Saturday, 6 May 2017

Kencing Berbuih Petanda Penapis Buah Pinggang Bocor (Nephorotic Syndrome)

Buah pinggang menapis 200 liter darah setiap hari dan mengeluarkan kira-kira dua liter toksin sahaja dari badan kita. Setiap buah pinggang mengandungi 1.5 juta penapis darah yang dikenali sebagai Nefron. Ia berfungsi sebagai pembersih darah untuk membuang toksin.




Menurut Dr. Zubaidi, kehadiran buih dalam air kencing tidak semestinya menandakan seseorang itu mengalami masalah kesihatan. Terdapat 3 situasi yang dianggap normal bagi kehadiran buih dalam air kencing

1. Air Kencing Berbuih dikalangan Wanita Hamil.

Ketika hamil, terdapat sebahagian wanita yang mengalami pembesaran saiz saluran darah. Ini mengakibatkan lebih banyak protein yang terlepas dari penapisan dan berjaya masuk ke dalam air kencing. Akan tetapi kandungan protein dalam air kencing wanita hamil sangat rendah. Jika terdapat banyak protein dalam air kencing, berkemungkinan wanita hamil tersebut mengalami komplikasi kehamilan.

2. Dehidrasi

Terlalu kurang minum air akan menyebabkan tubuh dehidrasi. Jika keadaan dehidrasi sangat teruk, air kencing akan menjadi lebih pekat dan mudah berbuih. Akan tetapi ia bersifat sementara. Air kencing akan kembali normal jika air diminum secukupnya.

3. Pengambilan Minuman atau Makanan Berprotein Tinggi

Proteinuria bermakna terdapat kandungan protein dalam air kencing. Ia boleh berlaku kepada individu yang mengambil jumlah yang besar protein yang terdapat dalam minuman berprotein tinggi seperti ahli bina badan atau mereka yang sedang meningkatkan berat badan. Jika minuman berprotein ini tidak lagi diamalkan, tiada lagi kandungan protein dalam air kencing

Kandungan Protein Yang Tinggi Dalam Air Kencing

Kalau anda bukan wanita hamil, bukan individu yang dehidrasi dan juga bukan ahli bina badan yang mengamalkan minuman berprotein tinggi, kehadiran buih dalam air kencing mungkin menandakan anda mula mengalami masalah buah pinggang. Ini kerana proses penapisan tidak dapat dilakukan dengan sempurna menyebabkan protein dari dalam darah terlepas ke dalam air kencing.

Terdapat beberapa faktor wujudnya protein dalam air kencing yang mungkin membawa kepada masalah buah pinggang ;

Pengambilan makan/supplimen berprotein tinggi sehingga membebankan buah pinggang. Apabila protein diambil dalam jumlah yang lebihan, buah pinggang tidak mampu menyekat kemasukkan protein ke dalam air kencing. Jika mengambilan protein dikurangkan, akan tetapi kandungan protein masih tinggi dalam air kencing, besar kemungkinan anda mengalami masalah buah pinggang

Kencing Berbuih Petanda Penapis Buah Pinggang Bocor 




Penapis buah pinggang bocor dikaitkan dengan masalah Nephorotic Syndrome (NS). Individu yang disahkan mengalami masalah penapis buah pinggang bocor menunjukkan ciri-ciri berikut ;

1. Muka menjadi sembab serta bengkak anggota badan
2. Penurasan protein dalam air kencing (proteinura) melebihi 3g sehari
3. Paras serum protein albumin (hypoalbuminemia) rendah
4. Paras Kolesterol tinggi (Hypercholesterolemia)

Dalam buah pinggang terdapat glomeruli sejenis penapis halus dalam buah pinggang yang berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) dari terlepas ke dalam air kencing. Dalam kes , Nephorotic Syndrome (NS), glomeruli atau penapis telah bocor dan rosak. Keadaan ini menyebabkan lebih dari 3g protein terlepas ke dalam air kencing dalam tempoh 24 jam setiap hari. Masalah ini dikenali sebagai proteinura dan menyebabkan badan kehilangan banyak protein.
 
Kesan Penapis Buah Pinggang Bocor  Kepada Tubuh

Pengeluaran protein melalui air kencing akan menyebabkan tubuh kehilangan protein dari dalam darah atau dikenali sebagai Hypoalbuminemia. Keadaan ini akan menyebabkan air keluar dari salur darah ke dalam tisu badan. 

Akibatnya, tubuh akan mula membengkak yang disebut sebagai Edema atau bengkak air. Hati akan mula menghasilkan lebih banyak lemak dalam darah sebagai respon kehilangan protein. Ini akan menyebabkan tubuh mengalami Hypelipidemia atau lemak berlebihan dalam darah

Gejala Penapis Buah Pinggang Bocor

Pengidap Nephorotic Sydrome akan menjadi lebih lemah dan tidak bermaya. Setiap kali kencing, air kencing yang dihasilkan akan berbuih dan menghasilkan bau yang kuat.

Mata dan muka akan kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur, manakala kaki akan bengkak pada waktu petang kerana lama berdiri.

Selain itu, perut kembung dan cirit birit juga berkemungkinan berlaku

Komplikasi Yang Akan Berlaku Terhadap Pengidap Penapis Buah Pinggang Bocor

1. Jika masalah ini dihadapi oleh kanak-kanak, ia akan membantutkan pertumbuhan mereka. Ini akan menyebabkan mereka dimasukkan ke wad hingga sembuh

2. Antibodi pesakit akan menjadi lemah dan mungkin boleh membawa maut

3. Berpotensi mengalami jangkitan paru-paru kerana air terkumpul diselaput paru-paru dan tisu, ia menjadi tempat pembiakan kuman.

4. Kegagalan buah pinggang berfungsi peringkat akhir atau End Stage Renal Failure dimana buah pinggang tidak dapat berfungsi lagi

5. Kepekatan darah akan meningkat kerana air keluar dari saluran darah ke tisu berhampiran. Ini boleh menyebabkan salur darah tersumbat (Deep Vein Trombosis) boleh terjadi. Pengambilan Steroid akan memberi kesan sampingan.

Rawatan Pesakit Penapis Buah Pinggang Bocor

1. Doktor akan memberikan steroid iaitu prednisolone mengikut berat badan sehinggalah protein berkurangan dalam air kencing. Ia akan dikurangkan secara perlahan-lahan jika terdapat kesan positif

2. Sekiranya muka serta badan bengkak sehingga mampu mengancam nyawa, diuretic ataupun ubat kencing akan diberikan bergantung kepada kes dan keadaan pesakit

3. Dalam kes-kes tertentu, protein albumin akan diberikan untuk meningkatkan albumin dalam darah.

4. Antibiotik akan diberikan jika terdapat jangkitan

 Vivix Bantu Masalah Penapis Buah Pinggang Bocor












✔️ Jemput baca entri Vivix  untuk keterangan lanjut berkaitan produk

***********************************************************************************************************************





Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

 

No comments:

Post a Comment