Monday, 7 July 2014

VIVIX



Shaklee telah memperkenalkan Vivix, produk supplemen revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular. Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas menyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee.Dalam kajian makmal, ramuan Vivix menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.

4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular

1. Kerosakkan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan menganggu fungsi sel dan panjang umur (In sha Allah), ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2. Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-sel
Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4. Penimbunan Protein AGE
Penimbunan berlebihan protein AGE (Advanced Glycation End product) boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur 'muscadine') untuk melambatkan pembentukkan protein AGE

Selain daripada memberi impak positif bagi empat mekanisma penting, Vivix turut membantu :

~ memelihara kesihatan jantung
~ memelihara kesihatan otak
~ memelihara kesihatan sistem imun
~ memelihara kesihatan sendi
~ perlindungan antioksidan
~ peningkatan tenaga pada tahap sellular
~ kesihatan dan kesejahteraan.

Ramuan Semula Jadi Vivix

 

  
1. Polygonum Cuspidatum 
Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun), merupakan tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia. Banyak juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun merupakan sumber komersial Resveratrol yang juga terdapat dalam estrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan cina. Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal ke atas haiwan untuk menentukan manfaat kesihatan resveratrol. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratol membantu melambatkan proses  penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet, dan mengurangkan berat badan.

2. Anggur Muscadine
Anggur Muscadine merupakan satu-satunya jenis anggur yang memiliki lebih satu kromosom, dimana ahli saintis percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Ia memiliki asid allergik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai dalam anggur yang lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

Kajian sains oleh Universiti Georgia telah membangunkan satu proses estraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu estrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi. Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat di dalam Vivix, ahli sains telah mengabungkan resveratrol yang terlampau tulen dengan estrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Lobak Unggu. Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix
  
3. Elderberry Eropah (Sambucus Nigra)
Elderberry mampu mengubati simptom flu, terutama sekali Influenza B. Berry mengandungi flovonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria. Elderberry turut kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin yang memberi kesan anti radang. Ia juga mengurangkan simptom seperti sakit otot sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.

Elderberry tidak hanya kaya dengan antioksida, tetapi juga kaya dengan vitamin A, B dan C dan juga nutrien seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. Elderberry turut berkesan terhadap masalah seperti flu, jangkitan yeast, asma, batuk, sesak hidung dan dada  diabetes. Ia juga mampu merendahkan tahap kolestrol dan menghalang oksidasi kolestrol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.

Kesimpulannya, Elderberry mampu memberi  perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk, strok dan serangan sakit jantung. Manfaat lain dari Elderberry adalah mengurangkan stress, memperbaiki penghadaman dan penglihatan

4. Lobak Ungu  (Purple Carrot)
Lobak Ungu merupakan sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins memberi warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran, Berry banyak mengandungi anthocyanins, terutama sekali Blueberry, yang mengandungi antioksidan yang tinggi. 

Anthocyanins adalah antioksidan utama yang terdapat dalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren, manakala lobak ungu-kuning memiliki kapasiti antioksidan yang paling tinggi. Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua jenis lobak. Asid Klorogenik dipercayai mampu mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi. 

Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan  anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, antiradang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Tambahan pula, ia juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.







No comments:

Post a Comment