Sunday, 7 February 2016

Derita Penyakit Asma 20 Tahun Lenyap.... Apa Yang Lelaki Ini Telah Lakukan?

Saban tahun penyakit asma yang dihidapi lelaki ini semakin kronik dan menderita selama 20 tahun. 20 tahun bukanlah jangka masa yang sekejap. Dalam tempoh itu juga, setiap bulan lelaki ini akan berulang alik ke hospital untuk mendapatkan nebulizer.

Keadaan lelaki ini semakin kronik selepas berkahwin dan disedari oleh isterinya. Mengambil supplimen dalam kuantiti yang banyak bukanlah sesuatu yang disukai oleh lelaki ini tetapi setelah dipaksa oleh isteri, akhirnya dia akur.

Akhirnya lelaki ini mampu melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga tanpa rasa penat yang melampau. Selain itu, kos rawatan hospital untuk penyakit asma juga semakin berkurangan setiap bulan.

Apa yang telah di lakukan oleh si isteri?? Jom sama-sama kita bongkar rahsia mereka.
 


                  

Asma merupakan penyakit yang sering ditemui. Apabila terjadinya asma, situasi panik akan muncul terutama apabila ia melibatkan kanak-kanak. Semua golongan terdedah kepada masalah asma bermula dari orang dewasa hinggalah kanak-kanak. Bagi mereka yang memang tahu mereka merupakan pengidap asma, semestinya peralatan seperti inhaler menjadi keperluan.

Kenali Penyakit Asma



Penyakit asma adalah penyakit yang disebabkan oleh keradangan dibahagian saluran pernafasan iaitu saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Saluran pernafasan pengidap asma akan menjadi sempit secara tiba-tiba seterusnya menyukarkan seseorang itu bernafas. Ia menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai 'serangan atau episod asma'. Penyempitan saluran pernafasan mungkin disebabkan alahan terhadap bahan-bahan tertentu. Kebiasaannya mereka yang mengidap asma  mula mengidapnya sejak zaman kanak-kanak lagi. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan rapi.

Dua Jenis Asma



1. Asma Alahan

Asma jenis ini dikenali sebagai Asma Ektrinsik (luaran) atau Atopik. Ia berlaku apabila mengidap menyedut bahan-bahan yang kebiasaannya tidak merbahaya pada individu yang sihat. Hanya mereka yang alah atau alergik pada bahan tersebut sahaja akan mendapat asma jenis ini. Antara contohnya debunga, spora kulat, hama, bulu kucing dan juga alergi pada bahan makanan. Asma jenis ini kebiasaannya akan disertai dengan gangguan lain seperti Dermatitis, Urtikaria dan Rinitis. Asma jenis ini dihidapi seawal kanak-kanak lagi.

2. Asma Bukan Alahan

Asma bukan alahan turut dikenali sebagai Asma Intrinsik (dalama). Kebiasaannya wanita paling mudah mengalami asma jenis ini berbanding lelaki. Cuaca sejuk, asap rokok, bau cat atau gasolin, infeksi atau jangkitan dan tekanan psikologi adalah antara faktor yang boleh mencetus dan memburukkan lagi asma jenis ini. Serangan asma boleh berlaku dalam bentuk yang ringan sehinggalah menjadi kronik dan ia mampu berulang dari beberapa minit hingga ke beberapa hari.

Bagaimana Asma Boleh Menyerang?

Penyakit asma merupakan suatu proses peradangan kronik yang melibatkan dinding saluran respiratori atau pernafasan. Keadaan ini akan mengakibatkan aliran udara menjadi terbatas serta menganggu saluran pernafasan. Kesannya, berlakulah penyempitan dibahagian saluran pernafasan sebagai satu tindakbalas terhadap pelbagai jenis rangsangan.

Inflamasi tiub di dalam saluran pernafasan mudah mengalami iritasi, keradangan serta kelihatan kemerah-merahan. Seterusnya , lendir pekat akan terhasil. Keadaan ini akan menyebabkan penyumbatan dibahagian saluran pernafasan. Pengidap yang terkena serangan ini akan mulai batuk apabila ia cuba untuk mengosongkan saluran pernafasan yang tersumbat. Apabila inflamasi sering berlaku serta keadaan semakin serius, tisu dari saluran pernafasan akan menebal secara kekal. Akibatnya, pengidap akan lebih sukar bernafas.

Otot yang mengelilingi saluran pernafasan berkemungkinan akan menguncup dan ini menambah kesukaran untuk bernafas kerana saluran pernafasan akan menjadi semakin sempit. Keadaan ini dikenali sebagai bronkospasme atau bronkokonstriksi. Pengidap akan terasa ketat dibahagian dada.

Faktor Pencetus Asma

* Alahan
* Emosi atau tekanan
* Jangkitan penyakit
* Zat makanan
* Perubahan cuaca

Tanda-Tanda Bahaya Terhadap Pesakit Asma

* Tidak dapat bercakap secara berterusan
* Tidak dapat berbaring
* Sesak nafas yang semakin membimbangkan
* Bibir dan hujung jari (kuku) berubah warna kepada biru gelap.

Bantuan Pesakit Asma

1. Inhaler

Jika didapati inhaler berada bersama-sama pesakit, bantu pesakit dengan alat ini. Inhaler dan Accuhaler ialah alat bantuan segera untuk melegakan serangan asma. Ia berfungsi membuka saluran pernafasan yang tertutup dan melancarkan perjalanan udara. Kebiasaannya alat ini memberi kesan serta merta bagi serangan asma yang tidak kronik.

2. Longgarkan Pakaian

Baju yang ketat akan menyukarkan lagi pernafasan. Longgarkan kawasan baju terutama kawasan leher. Jika pesakit memakai tali leher, buka tali leher supaya memudahkan pesakit bernafas.

3. Buka Tingkap dan Pintu

Beri persekitaran yang selesa pada pesakit jika diserang asma. Buka tingkap dan pintu untuk membenarkan aliran udara masuk.

4. Klinik

Jika pesakit masih menunjukkan tanda-tanda kesukaran bernafas, segeralah ke klinik untuk mendapatkan rawatan seterusnya. Jangan ambil mudah kerana serangan asma mampu membawa maut.

Peranan Keluarga

Jika anda merupakan salah seorang ahli keluarga pengidap asma, anda dan keluarga perlu mengetahui tentang penyakit asma. Kenali penyakit ini secara terperinci terutama berkaitan punca, kesan serta kaedah rawatan yang betul. 

Pengetahuan terhadap ubat-ubatan yang sesuai dari segi kegunaan juga kesan sampingan antara langkah yang perlu diambil berat agar tidak menjadi punca berlakunya serangan asma. Perawatan bukan sahaja perlu dilakukan sewaktu serangan asma sahaja, malah ketika tidak berlakunya serangan. Sokongan sebegini amatlah diperlukan oleh pesakit asma.

Apa Shaklee Boleh Bantu ???




Vivix mengandungi kandungan resveratoral yang tinggi. Resveratoral adalah salah satu agen anti keradangan yang hebat dan berkesan. Ia dapat membantu mengurangkan keradangan yang berlaku disaluran pernafasan dan membantu melancarkan peredaran udara dalam salur pernafasan pesakit asma. Jika salur pernafasan bebas dari keradangan, maka serangan asma dapat dielakkan


Omega Guard juga dapat membantu mengurangkan keradangan yang berlaku dalam salur pernafasan pesakit asma. Terdapat kajian yang menunjukkan mereka yang mengidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma, mempunyai kandungan Omega 3 yang rendah. Omega Guard yang kaya dengan asid lemak omega 3 dapat membantu dalam mengawal serangan asma.


Vita C Shaklee membantu mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh pesakit asma. Pesakit asma memiliki antibodi yang lemah dan mudah diserang allergen yang tidak merbahaya kepada manusia normal yang lain. Tetapi tidak bagi mereka. Oleh yang demikian, pengambila Vita C boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh.


Nutriferon bertindak sebagai pelindung dan perisai badan pesakit asma. Dengan mengamalkan Nutriferon setiap hari, dapat membantu badan pesakit asma menghasilkan interferon secara semulajadi untuk bertindak melawan serangan asma yang datang. Selain itu juga, Nutriferon bertindak sebagai agen pencegah serangan asma.


Disebabkan badan pesakit asma mempunyai antibodi yang amat lemah, Garlic Complex membantu memperkasakan antibodi badan pesakit asma supaya dapat bertahan dan tidak bertindak balas kepada bahan-bahan alergik yang merangsang kepada serangan asma.


Ostematrix kaya dengan kandungan kalsium dan magnesium yang dapat membantu merehatkan dan melancarkan saluran pernafasan pesakit asma. Dengan mengamalkan ostematrix setiap malam sebelum tidur, anda akan dapati tidur akan lebih lena tanpa gangguan asma lagi. 


"Jadi... tunggu apa lagi?? 20 tahun bukan jangka masa yang singkat menderita penyakit asma. Sekarang dan boleh aktif macam orang lain. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan jika tidak mahu menderita asma lagi"




Sumber ;

http://www.jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/infopdf/infopdf/Asma.pdf
http://www.fmcosmetics.com.my/blog/am/kawal-panik-apabila-asma-menyerang/
Rapi, Dis 2007


No comments:

Post a Comment