Tips Penyusuan Eksklusif Untuk Ibu dan Bayi

Mengapa Penyusuan Eksklusif Sangat Disarankan ?


Susu ibu merupakan susu terbaik untuk bayi anda kerana ia menyokong pertumbuhan serta perkembangan mental, fizikal dan emosi. Bukan sahaja memberi kebaikan kepada bayi, malah ibu turut mendapat faedahnya. Terdapat juga pendapat, ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif inshaAllah dapat menghindarkan diri dari masalah meroyan (Postpartum Depression).

Menurut World Health Organization (WHO) dan United National Children's Fun (UNICEF) , penyusuan eksklusif seumpama menyediakan makanan yang lengkap untuk bayi yang disusukan. Organisasi ini menyarankan bayi disusukan secara eksklusif selama 6 bulan secara optimum sehingga mencapai usia bayi 2 tahun.

1. Bayi disusukan seawal ia dilahirkan
2. Penyusuan eksklusif = Bayi hanya disusukan dengan susu ibu tanpa campuran dari susu formula.
3. Penyusuan dengan demand bayi. Disusukan mengikut kehendak bayi pada bila-bila masa
4. Tidak menggunakan botol susu.  

Kebaikan Penyusuan Secara Eksklusif

1. Bayi yang menyusu sepenuhnya susu ibu mampu terhindar dari penyakit kerana susu ibu kaya mampu melindungi bayi dari penyakit dengan cara meningkatkan imun bayi.

2. Sebagai kaedah merancang keluarga secara semulajadi

3. Mengurangkan peluang diserang kanser ovari dan kanser payudara

4. Dapat berjimat dari membeli susu dan botol susu :)

Persediaan Penyusuan Secara Eksklusif

1. Dapatkan pam susu yang bagus. Mungkin ada sesetengahnya tidak memerlukan pam susu, akan tetapi sangat penting untuk ibu bekerja menyediakan pam agar pengeluaran susu lebih kerap dan lancar. 

2. Bagi memastikan payudara disokong dengan baik, pakailah baju dalam (bra) yang sesuai untuk aktiviti penyusuan. Pilih baju dalam yang selesa serta diperbuat dari fabrik yang sesuai.



3. Gunakan bantal yang menyokong penyusuan dengan postur yang betul supaya ibu lebih selesa



4. Jika ibu mempunyai masalah puting susu yang kecil ataupun tidak kelihatan, terdapat produk yang mampu menyelesaikan masalah ini. Penggunaannya mungkin membantu masalah puting ibu.


Tips Penyusuan Eksklusif Untuk Ibu


1. Dapatkan posisi penyusuan yang terbaik dan selesa. 

Selain menjaga postur ibu, cara penyusuan yang terbaik mengurangkan risiko puting ibu luka. Bayi juga dapat menyusu dengan selesa



2. Gunakan sepenuhnya kedua-dua belah buah dada semasa menyusukan bayi anda. 

Kaedah ini memberi peluang payudara yang telah dihisap menghasilkan susu serta mengelakkan payudara sakit akibat air susu yang penuh.

3. Susukan Bayi Anda Sekerap Mungkin

Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin ia membantu menghasilkan susu ibu. Normalnya, susu ibu dihasilkan apabila kerap dihisap oleh bayi. Oleh yang demikian jangan menentukan masa untuk menyusukan bayi anda, contohnya hanya menyusukan bayi pada waktu pagi, tengahari dan malam. Susukan mengikut kehendak bayi anda.


Dapatkan bantuan pakar penyusuan jika gagal menghasilkan susu. 

Ramai pakar penyusuan yang dapat membantu masalah ini terutama masalah penghasilan susu yang tidak mencukupi. Kepakaran mereka mungkin mampu meredakan kerisauan ibu tentang kuantiti susu



4. Gunakan alat bantu menyusu seperti bantal khas menyusu

Bantal khas ini akan memberi sokongan sewaktu menyusukan bayi anda serta meletakkan bayi dan ibu dalam keadaan selesa

5. Jangan stress

Anggap penyusuan eksklusif sebagai cabaran. Tekanan berlebihan akan membuatkan ibu lebih risau serta menjejaskan aktiviti penyusuan



6. Sendawakan bayi anda 

Sendawakan bayi anda dengan cara menepuk-menepuk perlahan bahagian belakang bayi. Cara ini juga membantu bayi daripada kembung akibat cara penyusuan yang salah


7. Suami.... tolong sokong isteri!!!!
Salah satu cara adalah para suami boleh bantu ibu dengan membuat kerja-kerja rumah sementara si ibu menyusukan bayi


8. Gunakan pam susu jika perlu. 

Ada masa dan ketikanya ibu perlu menggunakan alatan pengepam terutama ibu-ibu yang bekerja. Mengepam susu mengikut waktu adalah untuk menggalakkan payudara sentiasa menghasilkan susu. Hal ini akan mengurangkan risiko susu kurang


9. Supplimen Set Penyusuan Eksklusif

Untuk memperkayakan nutrisi susu agar bayi kenyang, sihat serta memiliki imun yang baik, Shaklee menyediakan Set Penyusuan Eksklusif khas untuk ibu-ibu bijak yang pentingkan susu yang berkualiti


ESP 

Mengandungi isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu. Disamping itu, isoflavone membantu melembapkan, melembutkan serta menganjalkan payudara

Vitalea

Merupakan supplimen yang penting untuk keperluan ibu dan bayi anda. Vitalea merupakan supplimen yang lengkap dengan nutrisi dalam memastikan kesihatan yang sempurna.

B Complex

Amat penting bagi memastikan perkembangan saraf yang sempurna bagi bayi anda, selain memastikan kesihatan mata, mulut dan kulit serta bayi. Selain itu, B complex turut membantu menghasilkan tenaga dan darah.

Vita-C Sustained Release 

Amat penting untuk mengoptimumkan sistem imun anda dan bayi. Disamping itu vita-c juga membantu menghasilkan kolagen, bagus untuk kulit cantik dan sihat

Alfalfa Complex

Telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu. Selain itu, alfalfa bagus dalam kesihatan buah pinggang serta merendahkan kandungan kolesterol

Ostematrix

Ostematrix sangat penting dalam memastikan kesihatan gigi dan tulang ibu. Susu yang dibekalkan oleh ibu memiliki sumber kalsium yang tinggi. Jika ibu kurang mengambil kalsium sewaktu menyusukan bayi, kalsium ibu akan semakin berkurangan kerana kalsium akan diserap sewaktu penghasilan susu. Lama kelamaan ibu akan mengalami masalah tulang reput (osteoperosis), gigi rongak serta bongkok.


Testimoni






https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fcc4103fcaf40d4720096ea4ed0fa2a7
Jom beli secara online


*********************************************************************************




Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

Comments