Wednesday, 5 April 2017

Vitamin Sintetik, Organik Atau Semulajadi... Yang Mana Satu Vitamin Anda?

"Sis........... Shaklee ni semulajadi ke?"
"Sama ke dengan vitamin lain?"
"Apa beza Shaklee dengan vitamin lain?"

Memang dah tak pelik setiap kali diajukan soalan macam ni. Bukan sekali dua, malah dah berkali-kali soalan yang sama yang bertanyakan status vitamin Shaklee sama ada ia sintetik, organik atau semulajadi.  

Lambakan vitamin pada zaman sekarang yang membuatkan ramai lebih berhati-hati dalam pemilihan vitamin. Ini menjadikan kita, pelanggan yang bijak serta sentiasa berwaspada dengan produk-produk tiruan. Tak salah pun bertanya apa sebenarnya jenis vitamin Shaklee ni, sekurang-kurang dapat pilih jenis vitamin terbaik.

Apa beza vitamin sintetik, organik dan semulajadi?? Ada yang sebenarnya kurang pasti pun bezanya, cuma mungkin sedikit pendedahan tentang jenis vitamin membuatkan kita sedikit berjaga-jaga. Ok... meh nak kongsi beza antara ketiga-tiga jenis vitamin ni.. semoga bermanfaat ok!

Vitamin Sintetik


1. Nutrien yang dihasilkan dalam persekitaran makmal bersumberkan tar arang batu

2. Kos penghasilannya sangat murah kerana melibatkan penggunaan bahan kimia dalam proses pembuatannya.

3. Kebanyakkan makanan tambahan adalah dalam jenis ini.

4. Syarikat makanan tambahan yang mementingkan keuntungan akan memilih cara ini kerana melibatkan kos yang murah.

5. Walaupun dari segi penggunaan kimianya ia semulajadi, akan tetapi dari segi strukturnya ia jauh berbeza.

6. Menggunakan label 'I' berbanding label 'D' bagi vitamin semulajadi.

Rujukan ; How to understand food supplement labels by Dr Bruce B Miller

Vitamin Organik

1. Nutrien yang khususnya dipencilkan dari 1 sumber semulajadi, biasanya dengan menggunakan haba, tekanan yang tinggi atau pelarut kimia yang kuat.

2. Ia tidak sama dengan vitamin semulajadi disebabkan proses yang dilaluinya semasa pemprosesan melibatkan haba yang berlebihan.

3. Produk petroleum biasanya digunakan menyebabkan ia kehilangan nutrien

Vitamin Semulajadi


1. Dihasilkan dengan pemprosesan seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan semulajadi.

2. Kos penghasilannya adalah lebih tinggi berbanding vitamin sintetik

3. Perlukan pelaburan yang tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti tinggi.

4. Kebanyakkan syarikat supplimen tidak menjual vitamin semulajadi atau mineral semulajadi disebabkan kosnya yang tinggi

5. Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang menjual vitamin semulajadi

Jadi, ... yang mana satu pilihan kawan-kawan?? Tahun 2017 merupakan tahun ke 4 saya mengamalkan Shaklee sebab lebih selamat, dipercayai dan semulajadi. Alhamdulillah masih lagi setia dengan Shaklee. Nasihat saya pada kawan-kawan yang masih ragu-ragu dengan Shaklee, Vitamin Shaklee adalah vitamin terbaik dan sangat berbaloi nilainya.

No comments:

Post a Comment