9 Tips Pemakanan Cegah Penyakit Kronik

Menurut U.S National Center for Health Statistics penyakit kronik ini di definisikan sebagai sakit yang berpanjangan. Ia mungkin tidak dapat dipulihkan sepenuhnya dengan vaksin atau ubat ubatan. Kalau nak tahu, gaya hidup dan pemakanan merupakan cara yang paling mudah untuk individu itu mengalami sakit kronik.


Pada pendapat sayalah kan, penyakit yang disebabkan keturunan tidaklah menjadi faktor utama dalam peningkatan jumlah pengidap sakit kronik hari ini. Ia lebih kepada macam mana kita menguruskan kehidupan seharian sama ada nak kekal sihat atau sebaliknya. Perokok tegar, kurang aktiviti fizikal dan tabiat pemakanan tidak sihat mengundang pelbagai masalah kesihatan terutamanya masalah jantung, kencing manis, strok dan kanser

Korang pun boleh pilih nak hidup sihat atau pun tidak. Kebanyakkan individu yang nak hidupnya lebih sihat akan lebih teliti dengan pemakanan dan gaya hidup. Lebih bersederhana. Makan sederhana, hidup sederhana. 

Saya nak kongsi beberapa tips pemakanan cegah penyakit kronik supaya menjadi panduan mereka yang memerlukan. Jom teruskan membaca ya :)

1. Kawal pengambilan karbohidrat berkanji



Setiap hari kita makan makanan berkanji. Sarapan pagi nasi lemak, tengahari nasi ayam penyet, petang sikit kononnye diet, makan roti aje lah. Malam karang lupa diri, sebat roti canai sekeping (takpelah, sekeping je kot…)

Kita makan makanan berkanji utk membekalkan tenaga, jadi pengambilannya dalam kuantiti yang sederhana amat diperlukan. Tapi ingat …!!! jangan berlebihan tau.... setiap gram kanji memiliki gram lemak yang boleh meningkatkan berat badan. Itu boleh menyebabkan obesiti. 

Dari obesiti boleh pula menyebabkan salur darah sempit sebab lemak-lemak terkumpul pada dinding salur darah. Bila salur darah tersumbat akan menyebabkan jantung bekerja lebih sebab nak pam darah seluruh darah, malangnya darah tak cukup dibawa sampai ke otak sampai menyebabkan oksigen kurang dan akhirnye strok !!!

Fuhhhh…. Bermula dengan obesiti je tau

2. Makan buah dan sayur-sayuran


Sehari berapa banyak hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran kawan2 ambil??Ada tak sampai 5 hidangan??

Kalau ikutkan pakar pemakanan, hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran seeloknya sehingga 5 hidangan. Akak kalau time detok memang makan buah & sayur sampai macam rasa nak muntah dah... hahahha... punye banyak... tapi hasilnye memang sangat fresh tau!!! 

Rasanye korang pun tahu, kedua-dua sumber ini kaya dengan vitamin dan mineral, sumber fiber yang baik terutama bagi mereka yang memiliki masalah pencernaan serta membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti jantung, strok dan kanser. 

Jadi dapat elak juga kanser usus!!!!

3. Ambil Hidangan Ikan


Mari makan ikan sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan seminggu termasuk hidangan ikan berlemak utk keperluan asid lemak omega 3 contohnya salmon, makerel & tuna. Ehhh kenapa ikan berlemak boleh pula makan, daging berlemak tak boleh pulak?? Haaa.... jangan confuse ye.

Asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan yang akak senaraikan tadi (banyak lagi tau) sangat bagus utk kesihatan jantung dan darah. Minyak ikan mengandungi 2 jenis asid lemak iaitu DHA & EPA. Kedua dua asid lemak ni akan jaga sistem kardiovaskular kita.

Jangan lupa jaga jantung dengan makan ikan ya!!

4. Kurangkan lemak tepu dan gula


Makanan yang banyak lemak ni memang selalu membuka selera. Betul tak?? Sup tulang, cheese cake, aiskrim... cendol.... hadoi.. kalau dapat time-time panas ni..

Ehhhh..... jangan ingat lemak tu tak penting tau.... sangat penting sebab lemak digunakan untuk menyerap vitamin larut lemak contohnya vitamin ADEK. Lemak juga perlu untuk keadaan seperti sejuk, ia akan memanaskan badan. Kesian weeiii yang kurus kering tu

Pengambilan lemak juga penting dalam diet seharian tapi jangan berlebihan. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan meningkatkan risiko kolesterol seterusnya masalah jantung.
Secara puratanya pengambilan lemak tepu bagi lelaki dewasa adalah 30g manakala wanita dewasa hanya 20g. Kanak-kanak disarankan mengambil makanan berlemak dalam kadar yang rendah. Awasi pada gula tersembunyi terutama sekali dalam kek, biskut & kuih muih.

Dah masuk tip ke 4... tak jaga keempat empat tip,.. semua akan attact jantung. Perasan tak?? 

5. Kurangkan garam


Sejak-sejak akak rajin detok ni (walaupun kengkadang kelaut), lidah akak cukup sensitif dengan rasa masin. Rasa macam jem otak. Yang saraf dah out memang rilex je makan makasar hari tu.

Kenapa perlu kurangkan garam?

Apa kaitan dengan kesihatan??

Ok.. cam ni... bila kita makan garam dalam kadar yang tinggi automatik kadar sodium akan tinggi dalam darah. Garam ni sifatnya dia akan 'locked' air dalam badan. Ini akan menyebabkan buah pinggang tidak berupaya membuang lebihan air dalam badan. Hasilnya tekanan darah akan naik akibat kandungan air yang tinggi yang tersimpan dalam badan

Tekanan darah akan meningkat jika pengambilan garam tidak dikawal seterusnya boleh menyebabkan masalah jantung dan strok. 6g garam sehari sahaja untuk orang dewasa dan kalau boleh elakkan utk kanak-kanak

Peringatan untuk diri sendiri juga sebab akak suka masak. Walaupun tak pakai refined salt, but salt is always salt. Kesan tetap sama.

6. Capai Berat Ideal dan Kekal Aktif

  
Macam mana nak capai berat ideal??

Mestilah dengan makan makanan seimbang & jangan lupa sentiasa aktif dengan aktiviti fizikal. Kenalpasti juga BMI ideal korang, jangan under weight & jangan pulak over weight. Sebab kedua-dua pun boleh timbulkan macam-macam masalah kesihatan. Boleh guna juga guna sukatan Pinggan Sihat Malaysia iaitu SukuSukuSeparuh untuk pastikan porsi makanan yang diambil seimbang.
Alhamdulillah BMI akak pada rank yang ideal :)

Kalau tak rajin bersenam, rajin-rajinkan lah buat aktiviti fizikal macam menyapu, mengemop lantai, berkebun. Kalau ofis setakat tingkat 1-2 , eloklah guna tangga.. kalau tingkat 12 jangan la pulak nak guna tangga... hihi.... mungkin boleh naik lift sampai tingkat 10, lepas tu 2 tingkat lagi guna tangga (pandai je akak bagi cadangan kan..)

Workout akak joging je lah yang mampu. Kadang-kadang ikut zumba. Tu je lah harapan nak bakar lemak tersimpan. 

7. Minum air yang cukup


6-8 gelas sehari supaya tidak dehidrasi. Cukup tak minum air hari ni?? Ooooppppsssss..... air putih hokey!! Bukan air manis dan kaler-kaler. Lagi pun minuman manis ni buat gigi rosak je... ingat kanak-kanak je ke boleh rosak gigi. Orang tua lagi tak control minum manis.

Selain untuk mengelakkan dehidrasi, minum banyak air putih juga membantu proses menurunkan berat badan.

Pernah dengar gemuk air??

Gemuk air sebab badan ni dah jadi mcm tangki air tapi air susah nak dibuang dari badan. Kenapa ehhh???
Sebab suka makan makanan bergaram. Garamkan mampu memerangkap cecair. So nak buang air dalam badan kenalah minum air yang banyak supaya kita dapat buang garam dalam badan sekali gus buang air yang terperangkap dalam badan. 

Simple je kan??

8. Jangan tinggal sarapan pagi



Nak kurus konon, tapi tak sarapan. Lupakan aje lah... mungkin makin gemokssss...

Waktu sarapan terbaik adalah sebelum jam 9 pagi. Bangun tidur dengan badan yang tidak bertenaga sebab badan dah berpuasa semalaman, jadi sarapan pagi merupakan menu pertama yang masuk ke dalam perut supaya metabolisma badan akan meningkat. Bila metabolisma badan meningkat, ia akan membantu membakar lemak-lemak yang korang ternak tu. Kalau bangun jam 10, itu dah bukan sarapan. Memang patutlah tak kurus-kurus.

Pilih sarapan yang sihat tau. Jangan sarapan dengan fastfood pulak ye!!!

9. Ambil Vitamin Yang Sesuai.

Nak tak isikan lompang-lompang kosong dalam badan korang dengan vitamin? Gaya pemakanan yang tak sihat itu lah terjadinya lompang-lompang kosong yang sepatutnya diisi dengan vitamin/nutrisi yang baik. Kalau badan cukup nutrisi, inshaAllah penyakit kronik pun tak nak dekat. Betul tak?


Vitamin Shaklee adalah vitamin terbaik setakat ini. Sebab ada 10 sebab kenapa Shaklee terbaik.


************************************************************

Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.



Comments