Tuesday, 31 January 2017

Resipi No Bake Vivix Cheesecake

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdullah..... masih bersemangat ber Shaklee.... Wow... Dengar ceritanya jualan VIVIX team OSF laku macam goreng pisang panas. Dengar cerita juga stok VIVIX pun banyak yang sold out di sesetengah branch..... Gila dorang ni... hebat betul !!!!!!!! Memang VIVIX jadi kegilaan untuk sesetengah orang yang dah jatuh cinta dengan kehebatan VIVIX. Ramai dah tahu VIVIX bekerja dari SEL, dari akar umbi... Katanye VIVIX mahal... tapi kenapa orang sanggup beli sampai 6 botol ???? Jadi taklah mahal pun VIVIX ni kann....

Ok... nak share resipi No bake VIVIX cheesecake. Senang je.... macam kacang putih. Yang tak pandai masak pun boleh buat sebab tak yah masak pun. 

Jom kita layan resipi :)




Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan No Bake Vivix Cheesecake ;

VIVIX
MEALSHAKES
250g Cream Cheese (Pastikan sudah dalam suhu bilik supaya senang pukul)
Salted Cheese Crackers
Susu Pekat
Esen Vanila (Optional)


1. Pukul cream cheese guna mixer. Masukkan esen vanila
2. Masukkan susu pekat. Kuantiti ikut kesukaan. Kalau sukakan manis, boleh letak lebih. Pukul lagi.
3. Lepas itu tuangkan lebih kurang 1 sudu teh VIVIX. Nak tuang lebih pun takpe. Kacau je pakai sudu. Biar nampak berbelang-belang. Ataupun nak ratakan pun boleh, ikut suka.


4. Bancuh MEALSHAKES. Bancuh pekat supaya sedap... hehehe
5. Celup Salted Cheese Cracker dalam bancuhan MEALSHAKES lepas tu susun macam dalam gambar


6. Sapukan Cream Cheese yang dicampur dengan VIVIX tadi atas permukaan biskut. Ulang langkah tersebut sampailah habis Salted Cracker tu


7. Setelah siap semua layer, taburkan MEALSHAKES di permukaan atas sebagai topping gitew.


8. Ok... masuk fridge... lepas tu boleh makan... 

Selamat mencuba :)


No comments:

Post a Comment