Rawat Cirit Birit Dengan Vitamin

Musim banjir sekarang amat mudah terkena masalah cirit birit. Ini kerana air merupakan medium penyebar wabak penyakit yang paling cepat. Tak hairanlah ramai yang akan terdedah dengan masalah cirit birit ini jika kebersihan tempat tinggal, makanan dan minuman tidak dipentingkan. 



Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), cirit birit adalah penyebab kematian kedua tertinggi dikalangan kanak-kanak terutama yang berumur lima tahun kebawah. Kebanyakkan kes disebabkan dehidrasi badan yang sangat teruk berpunca dari cirit birit yang berpanjangan.

Apa itu Cirit Birit?

Menurut WHO, seseorang dikatakan mengalami cirit-birit apabila pembuangan najis lembut dan berair tiga kali atau lebih dalam sehari. Jika pembuangan najis melebihi tiga kali sehari tetapi najis berbentuk keras/normal bukan dikategorikan cirit birit. Cirit birit biasanya dikaitkan dengan gejala jangkitan salur pencernaan yang disebabkan oleh bakteria atau parasit. Pesakit yang mengalami cirit birit turut mengalami rasa loya, muntah-muntah serta kekejangan perut.

Punca-Punca Berlakunya Cirit Birit

1. Amalan minum air yang tidak bersih merupakan faktor utama cirit birit.

2. Sistem penghadaman yang kurang berkesan terutama sekali kanak-kanak.

3. Bekalan air domestik yang mungkin telah dicemari dengan mikroorganisme penyebab cirit birit seperti Bakteria Escherichia Coli, Vibrio Cholera, Shigella Spp, Salmonella Spp dan Campylobacter adalah di antara bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan salur pencernaan.

4. Bencana alam seperti banjir meningkatkan potensi penyebaran bakteria penyebab cirit birit.

Kepentingan Rehidrasi Badan Semasa Cirit Birit

Cirit birit yang berpanjangan akan menyebabkan badan mengalami dehidrasi akibat kehilangan cecair dalam badan dan elektrolit utama (natrium, klorida, kalium dan karbonat) melalui najis, muntah, peluh, air kencing dan pernafasan. 



Rawatan utama bagi mangsa yang mengalami dehidrasi adalah melalui pengambilan Garam Hidrasi (Oral Rehydrasi Salt) atau dikenali sebagai ORS. Ia mengandungi elektrolit utama dan sukros pada kepekatan yang rendah. Elektrolit dalam ORS berfungsi mengekalkan cecair dalam badan, manakala garam berkepekatan rendah membantu menambah tenaga. ORS seharusnya diberikan seawal mungkin apabila pesakit mula menunjukkan gejala cirit birit. Akan tetapi untuk kes yang lebih kronik, pesakit perlu mendapatkan rawatan.

Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu Masalah Cirit-Birit?




Performace Drink

Menggantikan cecair serta elektrolit yang hilang akibat cirit birit. Kelebihan PD berbanding sumber isotonik yang lain adalah tidak mengandungi perisa, pewarna serta gula tiruan.

ESP Soy Protein Isolate Powder

Memberi tenaga segera kepada pengidap cirit birit 

Nutriferon

Meningkatkan imun tubuh dari serangan bakteria penyebab masalah cirit birit

Sustained Vita C Plus

Meningkatkan imun tubuh dari serangan bakteria penyebab masalah cirit birit

Peppermint Ginger Plus

Memberi kesan lega kepada perut serta membantu membuang angin  

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=698467bb1b9c8c4398d7817b9c37aa09
 Jom beli secara online di sini





Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

Comments