Thursday, 29 December 2016

Masalah Kencing Kotor Ketika Hamil dan Cara Pencegahan

Masalah kencing kotor atau dikenali sebagai Urine Tract Infection (UTI) terjadi apabila sistem perkumuhan mengalami jangkitan bakteria. Wanita hamil merupakan golongan berpotensi tinggi mengidap masalah ini. Perubahan hormon yang berlaku dikalangan wanita hamil meningkatkan peluang wanita hamil dengan masalah kencing kotor. Masalah kencing kotor melibatkan jangkitan pada bahagian pundi kencing dan salur air kencing. Masalah ini juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang, serta berkemungkinan memberi kesan kepada kelahiran bayi.



Tanda-tanda Anda Mengalami UTI Termasuklah ;

1. Sakit atau rasa pedih ketika membuang air kecil.
2. Sakit pada bahagian pelvis, bahagian bawah abdomen, bahagian belakang atau bahagian sisi badan (kebiasaannya pada bahagian sebelah)
3. Kencing tidak lawas
4. Badan terasa mengeletar
5. Mengalami kenaikan suhu badan
6. Rasa sejuk dan panas berselang seli
7. Terasa loya dan muntah
8. Kerap kali ke tandas
9. Tidak mampu mengawal air kencing
10. Air kencing bertukar warna keruh, berdarah serta berbau
11. Perubahan kuantiti air kencing (sedikit atau berlebihan)
12. Sakit ketika bersetubuh

Bagaimana Merawat Masalah Kencing Kotor Semasa Hamil?



1. Pengambilan antibiotik yang disahkan selamat oleh doktor untuk ibu hamil.
2. Minum air garam jenis URAL yang boleh didapati dari klinik (jangan lupa jumpa doktor dulu ye)
3. Minum 2-3liter air masak supaya proses pembuangan air kencing lebih lancar.
4. Sentiasa mengamalkan rutin pemakanan yang sihat dan seimbang. Elakkan pengambilan gula terlalu banyak.
5. Jika keadaan berlarutan, dapatkan rawatan doktor dengan segera agar kuman tidak menjangkiti bayi dalam kandungan

Cegah Masalah Kencing Kotor Ketika Hamil

1. Setelah ke tandas, lap dari bahagian hadapan ke belakang untuk menghalang bakteria dari saluran belakang merebak ke hadapan.
2. Utamakan penjagaan faraj dengan mengelakkan penggunaan sabun yang mempunyai PH yang tinggi. Sabun yang tidak sesuai dikhuatiri membunuh bakteria baik dan merengsa saluran kencing yang sensitif.
3. Gunakan air suam untuk membersihkan faraj
4. Kosongkan sepenuhnya pundi kencing apabila anda ke tandas
5. Pastikan kencing sebelum dan selepas anda bersama suami
6. Apabila mandi, elak terlalu lama dan terlalu kerap
7. Pilih seluar dalam dari material kapas dan elakkan memakai seluar yang ketat
8. Jaga kebersihan seluar dalam dengan menukarnya dengan kerap untuk mengelakkan bakteria membiak
9. Banyakkan minum air kosong.

Cara Cegah Masalah Kencing Kotor Dengan Vitamin Shaklee


Garlic Complex

Mengandungi Allisin, antibiotik terbaik dalam melindungi tubuh dari jangkitan bakteria terutama sekali saluran air kencing yang terdedah dengan bakteria. 

Vita C Plus

Vitamin tinggi antioksida yang mampu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria penyebab masalah kencing kotor semasa hamil

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d9f1f4dc0015d78e977e427cbc75736a
 Jom order online di sini




Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

No comments:

Post a Comment