Friday, 30 December 2016

Sambaleena.... Memang Umph !


Wowww !!!!! Memang ummphhh sambal keluaran Sambaleena ni. Bukan satu je produk keluaran Sambaleena ni tau... ada tujuh semuanya. Semua saya dah rasa, dan semua sambalnye memang sedap mabeles! Bagi yang dah pernah rasa, saya sangat yakin mesti akan repeat order. 

Apa Kelebihan Sambal Keluaran Sambaleena ni?



1. Keluaran Bumiputera 
2. Produk muslim
3. Memudahkan tugas memasak. Merupakan sambal 'Ready To Eat'
4. Pedas ! Sedap ! Menyelerakan

Jom berkenalan dengan sambal-sambal keluaran Sambaleena ni...

Sambal Ijo



Sambal ijo dihasilkan daripada cili padi hijau, lada hijau dan ikan bilis berkualiti tinggi. Rasanya yang enak dan pedas membangkitkan selera !!

Cadangan Hidangan ;

Makan bersama nasi putih panas, bubur, bihun sup, pulut dan ubi kayu rebus.
Dimakan bersama ulam-ulaman

Cadangan Masakan ;

Dijadikan pes nasi goreng

Sambal Ketuk



Sambal ketuk diperkaya dengan adunan ikan bilis premium dan cili berapi yang terpilih dijamin memikat hati penggemar sambal yang sukakan kepedasan yang lazat.

Cadangan Hidangan

Makan bersama nasi putih panas, roti, bihun dan mee goreng.

Sambal Merah



Sambal Merah dihasilkan lebih lemak manis dan kurang pedas berbanding Sambal Ijo. Cili besar, cili padi merah dan ikan bilis yang terpilih menjadikan rasa sambal merah ini sedap luar biasa !

Cadangan Hidangan

Sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi lemak dan bihun goreng
Sesuai dimakan bersama roti kosong

Cadangan Masakan

Boleh dijadikan sebagai pes makanan untuk nasi goreng  dan bihun goreng.

Sambal Tumis  


Sambal Tumis dihasilkan untuk memudahkan penyediaan masakan tanpa perlu menumbuk dan menumis. Sambal Tumis ini sudah siap diadun dengan bahan terpilih dan sesuai digunakan dalam apa jua jenis masakan

Cadangan Masakan

Ayam masak merah, rendang, udang sambal, asam pedas, nasi goreng, mee goreng

Sambal Penyet

Sambal Penyet adalah sambal tradisi kesukaan ramai yang wajib  ada bersama setiap hidangan nasi. Sambal Penyet ini seperti Sambal Wong Solo yang terkenal di Indonesia.

Cadangan Hidangan

Nasi putih dengan ayam goreng
Nasi putih dengan daging bakar

Cadangan Masakan

Nasi goreng, Ayam sambal, Terung masak sambal

Sambal Itam



Sambal Itam adalah sambal yang popular di Pahang. Istimewanya, sambal ini dibuat menggunakan belimbing buluh. Ianya lebih kering berbanding Sambal Ijo dan Sambal Merah. Rasanya sangat enak hinggakan sekali makan tidak terasa habis sebotol.

Cadangan Hidangan

Dimakan bersama nasi putih, nasi goreng, bihun goreng, bubur dan pulut

Acar Ikan Masin



Acar ini sangat istimewa kerana ianya dihasilkan bersama buah pala dan ikan masin terpilih. Rasanya pasti membangkitkan selera dan tidak sama dengan acar yang berada dipasaran.

Cadangan Hidangan

Dimakan bersama nasi putih, nasi goreng, bihun goreng, bubur dan pulut

Macam mana Nak Dapatkan Stok Sambaleena Yang Ummph ni?

Hubungi agen Sambaleena terdekat anda, atau hubungi saya ;

 Mizan Adlia binti Mohd Shoib 
(Agen Sambaleena Labuan)
019-648.8182
COD Seluruh Labuan

Thursday, 29 December 2016

Masalah Kencing Kotor Ketika Hamil dan Cara Pencegahan

Masalah kencing kotor atau dikenali sebagai Urine Tract Infection (UTI) terjadi apabila sistem perkumuhan mengalami jangkitan bakteria. Wanita hamil merupakan golongan berpotensi tinggi mengidap masalah ini. Perubahan hormon yang berlaku dikalangan wanita hamil meningkatkan peluang wanita hamil dengan masalah kencing kotor. Masalah kencing kotor melibatkan jangkitan pada bahagian pundi kencing dan salur air kencing. Masalah ini juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang, serta berkemungkinan memberi kesan kepada kelahiran bayi.



Tanda-tanda Anda Mengalami UTI Termasuklah ;

1. Sakit atau rasa pedih ketika membuang air kecil.
2. Sakit pada bahagian pelvis, bahagian bawah abdomen, bahagian belakang atau bahagian sisi badan (kebiasaannya pada bahagian sebelah)
3. Kencing tidak lawas
4. Badan terasa mengeletar
5. Mengalami kenaikan suhu badan
6. Rasa sejuk dan panas berselang seli
7. Terasa loya dan muntah
8. Kerap kali ke tandas
9. Tidak mampu mengawal air kencing
10. Air kencing bertukar warna keruh, berdarah serta berbau
11. Perubahan kuantiti air kencing (sedikit atau berlebihan)
12. Sakit ketika bersetubuh

Bagaimana Merawat Masalah Kencing Kotor Semasa Hamil?



1. Pengambilan antibiotik yang disahkan selamat oleh doktor untuk ibu hamil.
2. Minum air garam jenis URAL yang boleh didapati dari klinik (jangan lupa jumpa doktor dulu ye)
3. Minum 2-3liter air masak supaya proses pembuangan air kencing lebih lancar.
4. Sentiasa mengamalkan rutin pemakanan yang sihat dan seimbang. Elakkan pengambilan gula terlalu banyak.
5. Jika keadaan berlarutan, dapatkan rawatan doktor dengan segera agar kuman tidak menjangkiti bayi dalam kandungan

Cegah Masalah Kencing Kotor Ketika Hamil

1. Setelah ke tandas, lap dari bahagian hadapan ke belakang untuk menghalang bakteria dari saluran belakang merebak ke hadapan.
2. Utamakan penjagaan faraj dengan mengelakkan penggunaan sabun yang mempunyai PH yang tinggi. Sabun yang tidak sesuai dikhuatiri membunuh bakteria baik dan merengsa saluran kencing yang sensitif.
3. Gunakan air suam untuk membersihkan faraj
4. Kosongkan sepenuhnya pundi kencing apabila anda ke tandas
5. Pastikan kencing sebelum dan selepas anda bersama suami
6. Apabila mandi, elak terlalu lama dan terlalu kerap
7. Pilih seluar dalam dari material kapas dan elakkan memakai seluar yang ketat
8. Jaga kebersihan seluar dalam dengan menukarnya dengan kerap untuk mengelakkan bakteria membiak
9. Banyakkan minum air kosong.

Cara Cegah Masalah Kencing Kotor Dengan Vitamin Shaklee


Garlic Complex

Mengandungi Allisin, antibiotik terbaik dalam melindungi tubuh dari jangkitan bakteria terutama sekali saluran air kencing yang terdedah dengan bakteria. 

Vita C Plus

Vitamin tinggi antioksida yang mampu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria penyebab masalah kencing kotor semasa hamil

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d9f1f4dc0015d78e977e427cbc75736a
 Jom order online di sini




Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

Wednesday, 14 December 2016

Bayview Hotel, Melaka

Destinasi bekerja sambil bercuti kali ini adalah di Melaka Bandar Bersejarah. Kalau naik teksi dari KLIA2 dalam rm218 atau boleh je naik bas dalam rm35 je. So boleh pilih ikut bajet masing-masinglah. Disebabkan ada 2 geng lagi, kami decided naik teksi je, Sepanjang perjalanan memang tak berenti bercakap. Almaklumlah setahun sekali je jumpa, confirm macam-macam cerita yang nak kita orang kongsi. 

Ok... just nak share apa yang ada kat hotel ni. Bagi korang yang tengah skodeng2 hotel, maybe boleh try Bayview Hotel kat Melaka ni. Dari hotel nak ke Bangunan Merah di Bandar Hilir dalam 10-15minit jalan kaki. Shopping Complex paling dekat korang boleh terjah The Shore. Dalam 5 minit je, jalan lelaju.. kihkihki... but don worry.. tak jauh.

Ni katil yang daku dapat, single bed. 






Ada 2 cafe... akan berubah ikut kapasiti pengunjung. Kadang-kadang2 sini, kadang-kadang sana.. heheh

Kemudahan lain yang ada dalam Bayview Hotel ni ;
1. Swimming pool
2. Sauna
3. Gym
4. Karaoke

The Shore Shopping Complex.

Shopping Complex paling dekat. Jalan kaki lebih kurang 5-10 minit je. Tak jauh pun. Dalam The Shore ni ada The Sky Tower yang paling tinggi dalam Bandar Melaka, so boleh tengok keseluruhan Bandar Melaka. Jangan lupa ye.... naik tingkat 42..





Boleh bergambar di Deck Sky tapi kena bayar rm40 rasanya..... wahahahaha...
Masuk je kena rm25... bayar lagi gambar di Deck rm40... tak lah aku... seroyo !!!!!!!...
Dapat bergambar di siring-siring pun jadilah.... wakakaka

Sini je aku mampu bergambo :)

Rate lupa nak tanye lak... sebab duduk free... hehehehe

Monday, 5 December 2016

Tips Kawal Kolesterol Dengan Mudah


Nak jaga kesihatan ni tak susah pun. Tips paling mudah... JAGA PEMAKANAN, sebab kesihatan bermula dari pemakanan. Kalau pemakanan kita seimbang dan terkawal, insyaAllah kesihatan pun akan terjaga (Siapa tak setuju sila komen :) )

Saya pun takut nak cek kolesterol. Pernah cek, alhamdulillah masih dalam tahap yang terkawal lah.. (Boleh bantai makan... ekekekek). Memang agak gerun bila melibatkan bab-bab kesihatan ni. Keadaan dalam tubuh kita tak nampak, elok ke, rosak ke.... setakat buat pemeriksaan kesihatan biasa belum tentu mampu mengambarkan kesihatan tubuh secara menyeluruh. Tu yang seram bila nak buat medical check up.

Masalah kolesterol tinggi, sesiapa sahaja boleh mengalami. Paling bahaya pada si kurus. Kenapa? Sebab si kurus mungkin punya kolesterol tinggi berbanding si comel montel. 'Hati-hati' kata Amira Othman. So hari ni nak share tips kurangkan kolesterol dalam makanan harian yang mungkin membantu sesetengah golongan yang mengalami masalah kolesterol tinggi. Ingat.... jangan 'Keliru' kata Ruth Sahanaya... kolesterol bukan dari tumbuhan, jadi kawal pemakanan berunsur daging untuk masalah kolesterol tau!!!  

Tips Kurangkan Kolesterol Dalam Darah




1. Kurangkan makanan bergoreng, coklat, kek dan biskut
2. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
3. Pilih makanan kekacang dan daging berikut ;
Boleh ; Ayam, Ikan, Kacang, Soya
Elak ; Burger, sosej, daging, lembu
4. Kurangkan makan kuning telur dan telur ikan
5. Pilih makanan tenusu (dairy products) rendah lemak
6. Kurangkan pengambilan jenis-jenis kerang-kerangan, udang dan organ dalaman
7. Gunakan minyak sayur-sayuran



Tips Penyediaan Makanan Untuk Elak Mengalami Masalah Kolesterol Tinggi



1. Buang kulit dan lemak yang terdapat pada ayam dan daging sebelum di masak

2. Kurangkan minyak dalam masakan

3. Rebus, kukus, singgang, panggang

4. Amalkan ulam-ulaman

5. Gantikan santan dengan susu kurang lemak semasa menyediakan makanan.

Ok tak tips ni?? 
Harap-harap dapat membantu walaupun sikit.
Saya suka nak suggest SET KOLESTEROL Shaklee tau untuk langkah pencegahan masalah kolesterol tinggi ni!!! Set lengkap yang berupaya mengawal tahap kolesterol. Kurang sikit rasa risau bila ada set lengkap macam ni... Nak tau maklumat lengkap tentang set ni tak?? Haaa.... semua dah ada kat bawah, baca ye.... jangan malas membaca tau.. RUGI !!!!

  

Vivix

Resveratrol dalam VIVIX membantu menyelesaikan tekanan darah tinggi (hipertensi) melalui beberapa mekanisma. Ia menurunkan keradangan sel ke dalam dinding pembuluh darah dan menaikkan kemampuan pembuluh darah tersebut untuk bertindakbalas dengan perubahan dalam tekanan darah. Resveratrol turut dikenalpasti untuk menurunkan ketegangan pembuluh darah dan otot jantung yang menyebabkan hipertensi berlaku. Resveratrol juga bertindak di dalam sel otak untuk menaikkan tekanan darah yang disebabkan oleh faktor pemakanan dan hormon.

Omega Guard

Menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Omega Guard bertindak sehingga ke lapisan membran untuk membuang plak yang terdapat pada salur darah. 

Phytocol

Bertindak sebagai 'Cholesterol Blocker'. Kolesterol akan segera dihalang dari memasuki salur darah melalui pengambilan Phytocol

Garlic Plus

Merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah. Secara tradisinya bawang putih digunakan dalam membantu peredaran darah yang baik.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9802e8b631921383a4b9426bbae4a531
 Jom beli Set Lengkap Kolesterol Secara Online


Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

Thursday, 1 December 2016

Ketahui 10 Kebaikan Vita E Complex Terhadap Tubuh

Vitamin E juga dikenali sebagai vitamin larut lemak dan sangat penting pada tubuh badan. Vitamin E amat diperlukan untuk menentang radikal bebas yang boleh merosakkan sel sekaligus merosakkan tubuh. Untuk memastikan organ manusia berfungsi dengan sempurna, Vitamin E sangat berkesan mencegah penuaan sel yang berpunca dari pendedahan terhadap bahan radikal bebas. Bagaimana meningkatkan pengambilan Vitamin?  Vitamin E boleh diperolehi secara semulajadi melalui pemakanan contohnya penggunaan minyak dalam masakan, sumber kekacang, daging, telur, buah-buahan dan juga supplimen.


Antara 10 Kebaikan Vitamin E Terhadap Tubuh

1. Menyeimbangkan kolesterol

Kolesterol merupakan bahan yang di hasilkan oleh hati secara semulajadi dan ia diperlukan untuk memastikan sel membran, saraf dan hormon dapat berfungsi dengan baik. Jangan risau, bila kolestrol dalam tahap yang normal,  inshaAllah semua akan ok. Akan tetapi apabila kolesterol baik teroksida ia akan membahayakan tubuh badan. Dipercayai Vitamin E mampu menangani masalah kolesterol teroksida oleh radikal bebas.



2. Cegah Penyakit Kronik



Radikal bebas akan menyerang sel tubuh yang sihat dan boleh menyebabkan terjadinya masalah jantung dan kanser. Sel tubuh akan mengalami kerosakkan akibat terdedah dengan radikal bebas yang mungkin berpunca dari pemakanan atau pencemaran alam sekitar. Vitamin E sangat berkuasa menentang radikal bebas, keradangan serta berupaya melambatkan proses penuaan sel serta melindungi tubuh dari masalah penyakit kronik

3. Memperbaiki Kulit Yang Rosak



Vitamin E sangat bagus untuk kulit. Selain memperkuatkan lapisan kapilari pada kulit, Vitamin E juga meningkatkan kelembapan kulit dan memelihari keelastikan kulit agar tidak mudah kendur. Banyak kajian membuktikan Vitamin E mampu melindungi tubuh dari mengalami keradangan, memelihara kesihatan dan kulit yang awet muda. Bagi mereka yang sering terdedah dengan asap rokok atau sinaran ultra ungu, Vitamin E melindungi kulit  dari diserang kanser kulit. Gabungan Vitamin E dan Vitamin C mengurangkan risiko keradangan akibat pendedahan terhadap sinar UV atau sinar radiasi serta berupaya mengurangkan masalah acne dan ekzema. Vitamin E merupakan vitamin larut lemak yang akan tersimpan

4. Cegah Botak



Kuasa antioksida yang ada pada Vitamin E menjadikan ia supplimen yang boleh mengurangkan masalah kerosakkan yang terjadi yang akhirnya menyebabkan botak. Vitamin E turut memelihara kulit kepala agar sentiasa sihat. Pengambilan Vitamin E yang mencukupi boleh mengekalkan minyak semulajadi pada kulit kepada seterusnya mencegah berlakunya kekeringan pada kulit kepala dan pembentukkan kuping. Kesannya akan memperlihatkan pertumbuhan rambut yang sihat dan segar. Oleskan beberapa titik minyak Vitamin E pada rambut terutama rambut yang kusam dan tidak bermaya.

5. Menyeimbangkan hormon



Pengambilan Vitamin E amat penting untuk memastikan sistem saraf dan sistem endokrin bekerja sebaik mungkin, terutama sekali menyokong penhasilan hormon secara seimbang. Antara simptom-simptom yang menunjukkan tubuh menghasilkan hormon secara tidak seimbang adalah seperti masalah PMS, kenaikan berat badan, alergik, jangkitan pundi kencing, perubahan struktur kulit dan keletihan. Dengan memastikan hormon berada pada paras yang normal, memudahkan anda menjaga kesihatan tubuh badan.

6. Membantu Menangani Simptom PMS



Dengan mengambil Vitamin E 2-3 hari sebelum dijangka datang bulan mengurangkan risiko kekejangan, berdebar-debar yang berkait dengan simptom PMS. Vitamin E turut membantu masalah kitaran haid.

7. Memperbaiki Masalah Penglihatan



Menangani masalah 'Macular Degeneration' atau situasi apabila pandangan menjadi kabur disebabkan kerosakan sel pada retina. Masalah ni boleh membawa kepada buta. Untuk menangani masalah penglihatan, selain mengamalkan Vitamin E, pengambilan Vitamin C, Beta Kerotine dan juga Zink perlu ditingkatkan agar penglihatan lebih baik dan jelas. Pengambilan Vitamin A dan E dalam dos yang tinggi dikatakan mampu memulihkan individu yang menjalani rawatan lazer mata.

8. Merawat Masalah Nyanyuk



Nyanyuk atau pun dikenali sebagai Alzheimer merupakan masalah kemerosotan memori. Ambil Vitamin E secara konsisten akan membantu mengurangkan masalah ini dari berterusan.

9. Kesan Positif Setelah Menjalani Rawatan Perubatan



Sekiranya anda baru sahaja selesai menjalani hari-hari yang perit setelah menjalani rawatan perubatan, Vitamin E digunakan untuk mengurangkan kesan radiasi dan dialisis. Kuasa antioksida yang terdapat pada Vitamin E berupaya menangani kesan radikal bebas hasil rawatan tersebut. Vitamin E turut membantu mengurangkan kesan sampingan ubat-ubatan seperti masalah keguguran rambut.

10. Meningkatkan Kekuatan Otot



Mereka yang kerap bersenam perlukan keajaiban Vitamin E agar mengurangkan tekanan oksidatif pada otot setelah selesai bersenam. Vitamin E juga mampu menguatkan otot serta mengurangkan keletihan apabila Vitamin E berupaya memperbaiki aliran darah seterusnya menguatkan kapilari darah serta sel

Oleh yang demikian, pengambilan vitamin E dalam kuantiti yang mencukupi mampu mencegah terjadinya masalah-masalah di atas agar tidak memudaratkan tubuh seterusnya mengakibatkan berlakunya penyakit yang lebih kronik.

Vita-E Complex Shaklee, Vitamin E Terbaik !!!


Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.