Sunday, 2 October 2016

Kenali Pengasas Shaklee ; Dr Forrest C Shaklee

Dr. Forrest C Shaklee merupakan pengasas kepada penubuhan Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan teknologi boleh digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Beliau berpegang kepada falsafah penting iaitu Living In Harmony With Nature.


Berbekalkan kepada prinsip tersebut, beliau telah mengasaskan produk supplimen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesra alam sekitar. Bersandarkan konsep "Mencipta kehidupan Yang Lebih Baik" telah menjadi asas pembentukan syarikat Shaklee.

Sejarah Dr. Forrest Clell Shaklee

Dr, Forrest C Shaklee telah dilahirkan di Carlisle, Lowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau telah disahkan mengidap penyakit tuberculosis iaitu batuk kering dan doktor yang merawatnya telah meramalkan beliau hanya akan hidup dalam tempoh 8 tahun.

Disebabkan penyakit tersebut, keluarga Dr. Forrest telah membuat keputusan untuk berpindah keluar dari kediaman mereka di Carlisle dimana ia merupakan kawasan lombong arang batu ke kawasan utara Lowa kerana keluarga beliau percaya hanya udara segar dan sihat serta rehat yang mencukupi mampu merawat penyakit batuk kering tersebut.

Zaman kanak-kanak beliau dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Apabila meningkat remaja, doktor yang merawat beliau berpuas hati dengan tahap kesihatan dan menyatakan turberculosis beliau adalah dalam keadaan yang terkawal. Walaubagaimanapun keadaan beliau tidak seperti remaja lain, tidak sesihat dan secergas mereka.

Bermula Sebagai Seorang Chiropratic Practitioner

Dr. Forrest telah menghabiskan banyak masanya dengan membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah 'Physical Magazine' yang mengatakan bahawa "Dadah (ubat) hanyalah menutup simptom tanpa mengubati penyakit". Beliau berpendapat manusia mampu diubati secara semulajadi berdasarkan pemerhatiannya terhadap alam sekitar. Inilah salah satu sebab Dr. Forrest amat meminati dengan Science Of Chiropraticcare. 

Minat yang mendalam dalam bidang ini membuatkan Dr. Forrest telah mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropratic yang diketuai oleh B.J Palmer. Walaupun beliau mengkagumi B.J Palmer, beliau kurang setuju dengan pendapat B.J Palmer yang percaya bahawa Chipropratic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal.


Kejayaan Pertama Sebagai Nutritionist

Minat beliau terhadap nutrisi semakin mendalam sewaktu menjadi Chiropratic Practitioner. Beliau banyak membuat pembacaan berkaitan biochemist dan kajian-kajian saintifik tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, Dr. Forrest telah berjaya mencipta supplimen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang dinamakan sebagai "Vitalized Mineral" yang kini dikenali sebagai Vitalea Iron Formula.


Pada tahun 1917, Dr. Forrest telah berpindah ke Fort Dodge, Lowa dan membuka sebuah pusat rawatan kesihatan alternatif yang dilengkapi dengan 15 buah katil serta 32 bilik rawatan. Pusat rawatan ini bukan hanya terdiri daripada chiropractors, bahkan osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Pesakit yang berada di pusat rawatan itu diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai alternatif penyembuhan. Semakin hari, pusat rawatan tersebut semakin maju.

Dr. Forrest Diuji Kanser

Sepanjang menguruskan pusat rawatan yang diusahakan oleh beliau, Dr. Forrest telah menghabiskan banyak masanya mempelajari tentang bidang baru dalam perubatan, iaitu X-ray Dignosis. Pada waktu itu, bahaya tentang pendedahan terhadap sinar X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, kebimbangan terhadap kesakitan yang dialami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau.

Setelah berjumpa dengan pakar kanser di Chicago, akhirnya masalah itu disahkan berpunca dari masalah kanser. Pakar tersebut mencadangkan supaya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated) untuk menyekat penyebaran sel kanser ke bahagian lain. Dr. Forrest kemudiannya meminta pandangan dari sumber kedua iaitu dari Mayo Clinic di Rochester dan jawapan yang diberikan adalah sama. Pada waktu itu kerjaya beliau sedang melonjak naik dan pada masa yang sama isterinya sedang hamil dan mempunyai seorang anak. Beliau tidak dapat menerima cadangan dari pakar kanser dan percaya penyakitnya boleh disembuhkan secara semulajadi.

Kaedah Semulajadi Lawan Kanser

Setelah beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatannya dan memulakan perubatan intensif dengan nutrisi, membuat analisis darah secara kerap serta sering berpuasa. Beliau mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta mengambil supplimen dalam kuantiti yang tinggi.

Pada awalnya tidak terdapat tanda-tanda positif yang menunjukkan kanser beliau akan sembuh, akan tetapi beliau tidak berputus asa. Beliau percaya pemikiran positif serta pengambilan nutrisi yang lengkap mampu membantu meningkatkan kesihatan beliau.

Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan serta tenaga beliau semakin pulih dan meningkat. Ini menyebabkan beliau semakin percaya dengan pendapatnya tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat telah berjaya melawan sel kanser. Beliau percaya nutrisi dapat membantu orang lain untuk hidup sihat.

Dr. Forrest Memulakan Bisnes Supplimen

Doktor Forrest Shaklee sekali membuka pusat rawatan pada tahun1924. Rawatan kali ini, Dr Forrest menggunakan formulasi makanan tambahan (supplimen) yang dipakejkan dan diberikan kepada pesakit. Pada tahun1929, sekali lagi Dr. Forrest diuji apabila pusat rawatannya musnah dalam kebakaran. Tragedi tersebut telah memusnahkan juga segala rekod perubatan beliau. Hanya buku inspirasi dari Elbert Hubbart yang bertajuk  Little Journeys to The Homes Of The Great yang tidak musnah. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi "when all else distroyed, only the product of the mind exist".

Dr. Forrest telah mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian dalam bidang nutrisi. Beliau mahu menumpukan minatnya membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang sakit. Beliau telah berpindah ke Eugune, Oregon dan kemudiannya Oakland, California.

Selain dari membuat kajian berkaitan dengan nutrisi, beliau juga aktif memberikan syarahan umum dan beliau juga berjaya mendapatkan dua ijazah kehormat ; Profesor of Chiropractic of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.

Beliau telah bersara pada tahun 1943 dan pada tahun 1945 beliau mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan. Falsafah dan ideologi beliau sejak kecil adalah pada kuasa alam (The power of nature). Dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1947 beliau telah menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai 'Thoughtmanship' (Copyrighted)

Dr. Forrest telah menulis serta menerbitkan empat jilid buku tentang Thougtmanship. Ini menyebabkan beliau telah dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. San Francisco dan Oakland telah banyak menyiarkan syarahan beliau melalui corong radio.

Penubuhan Shaklee Corporation

Pada penghujung tahun 1955 iaitu diwaktu Dr. Forrest berusia 62, beliau telah memberitahu anaknya Forrest Junior dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang mampu memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan supplimen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan supplimen.

Selepas enam bulan iaitu pada 1 April 1956, Shaklee Corporation telah ditubuhkan. Pada ketika itu, Amerika percaya bahawa negara itu adalah The Best Fed Nation Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan pembeli tentang kepentingan pengambilan supplimen terlebih dahulu.

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentinga supplimen ini tersebar luar, Dr. Forrest memberitahu kepada anaknya "Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajar kepada orang lain.

Dengan pelbagai kajian, kerja keras serta komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhirnya keluarga telah berjaya menjadikan konsep direct selling bagi produk supplimen mereka dan telah menjadi fenomena pada masa kini. Semua ini bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah 'Thoughtmanship' beliau


No comments:

Post a Comment