Penimbunan AGEs Protein Tingkatkan Komplikasi Diabetes

Penimbunan AGEs bagi pengidap diabetes menyebabkan komplikasi pada salur darah. Pengidap diabetes mempunyai risiko yang tinggi diserang penyakit jantung dan strok apabila mengalami kemusnahan salur darah yang banyak. Manakala berkemungkinan buta dan mengalami kegagalan buah pinggang bagi kemusnahan minor salur darah.

Kebanyakkan pesakit diabetes mengetahui bahawa bacaan glycated haemoglobin (HbA1c) digunakan untuk memantau kandungan gula pada paras normal. Kadar bacaan penimbunan AGE merupakan kaedah paling tepat untuk meramal kondisi sebenar pesakit diabetes, pesakit jantung dan strok.

Apa Itu AGEs Protein?
 
 



Ia merupakan hasil tindak balas semulajadi dalam badan apabila protein atau lemak bergabung dengan gula. AGEs Protein akan menjejaskan fungsi normal sel, serta menyebabkan kemusnahan dan kerosakkan sel. Penimbunan AGEs berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi ia akan bertindak lebih pantas dan memudaratkan kepada pesakit diabetes. Penimbunan AGEs merupakan faktor utama berlakunya komplikasi penyakit kronik. AGEs banyak terdapat pada produk berasaskan haiwan dimana tinggi kandungan lemak dan protein. Cara penyediaan makanan turut mendedahkan sumber makanan dalam penghasilan AGEs seperti makanan tinggi kandungan gula, makanan terproses serta kaedah penyediaan dengan haba yang tinggi seperti membakar.

 

Badan kita berupaya menyahkan AGEs ini secara semulajadi, akan tetapi jika ia terlalu banyak, ia tidak mampu disingkirkan secara efektif. Ini bukan hanya mengundang kepada kemusnahan sel tubuh, malah membuka peluang kepada penyakit kronik yang lain seperti masalah kegagalan organ. Ini kerana, apabila telah berlaku penimbunan AGEs dalam tisu tubuh, ia akan kekal di situ dalam tempoh yang panjang. 

Kesan Penimbunan AGEs

Penimbunan AGEs mengundang kepada pelbagai penyakit kronik terutama diabetes, kegagalan buah pinggang dan komplikasi jantung.
 
 

Apa Kaitannya Dengan Diabetes ?

Untuk mengurangkan penghasilan AGEs, pengambilan makanan yang mengandungi kadar AGEs yang rendah amat disarankan untuk mengurangkan risiko rintangan insulin dan diabetes jenis 2. 

Melalui kajian oleh Uribarri yang telah diterbitkan pada 2011, peningkatan AGE dikaitkan dengan tekanan oksidatif, dimana penyelidik mendapati kadar penimbunan AGE akan meningkat jika memakan makanan yang mengandungi tahap AGE yang tinggi. Semakin tinggi kadar penimbunan AGE dalam tubuh seseorang, semakin berpeluang mengidap diabetes jenis 2.

Cara Mengawal Penimbunan AGEs

1. Kaedah Penyediaan Makanan.

Cara penyediaan makanan yang menggunakan suhu yang tinggi akan menyebabkan penimbunan AGEs dalam makanan. Semakin lama makanan disediakan dalam suhu yang tinggi, semakin banyak penghasilan AGEs.

Lakukan lebih kerap aktiviti fizikal dan ikuti program pemakanan dengan berdisiplin. Ini kerana peningkatan aktiviti fizikal akan menurunkan penimbunan AGEs dalam tisu tubuh

2. Ubat-ubatan

Pengambilan ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan kadar AGEs mungkin membantu. Pastikan pesakit mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

3. Pengambilan Supplimen

Salah satu langkah berkesan dalam menurunkan penimbunan AGEs adalah dengan mengambil supplimen.

4. Penjagaan Kulit

Kulit merupakan organ yang paling menunjukkan penimbunan AGEs seperti pembentukkan kedutan pada kulit wajah. Syarikat pengeluar produk penjagaan kulit mensasarkan AGEs adalah faktor masalah kulit. 

Bagaimana VIVIX membantu?


VIVIX dengan kekuatan RESVERATROLnya berupaya mencegah berlakunya penimbunan Advanced Glycation End Products (AGEs).




Istimewanya VIVIX adalah 10 kali berkuasa berbanding RESVERATROL sahaja. Gabungan bahan VIVIX serta RESVERATROL meningkatkan keberkesanannya dalam menyekat penimbunan AGE yang boleh menyebabkan terjadinya diabetes jenis 2.




"Memerlukan konsultasi tentang produk diabetes - VIVIX? Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan- Agen Shaklee anda"

 

Comments