Wednesday, 8 June 2016

Tips Kekal Cergas Sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum... macam mana puasa hari ini?? Masih ok..
Dua hari berpuasa, dua hari juga tanggung sakit kepala... masuk hari ke 3 ni alhamdulillah.... 

Tetapi berpuasa bukanlah alasan untuk tunjuk-tunjuk lemau, lesu, letih, malas.... kerana berpuasa merupakan detok terbaik untuk membersihkan tubuh dari toksin yang dibina bertahun.. Hari ini nak kongsi tips kekal cergas sepanjang Ramadhan sebagai panduan kawan-kawan untuk kekal bertenaga ;

1. Kekal Hidrasi



Air manis seringkali menjadi pilihan tatkala berbuka puasa, ditambah lagi ketulan ais yang meningkatkan rasa segar setelah seharian berpuasa. Tidak salah untuk menikmati air manis tetapi kekalkan keperluan air putih 8 gelas sehari untuk mengelakkan diri dehidrasi.

2. Pilih Tinggi Nutrisi

Jika tidak mengambil sebarang suplemen, pastikan berbuka dan bersahur dengan makanan bernutrisi tinggi dan bukanlah makan berproses atau makanan segera. 

3. Fokus Pada Protein dan Fiber Untuk Kekal Tenaga



Makan sahur.... tapi masih lapar ... Pernah tak mengalaminya? Pernah tak terfikir kenapa??


Salah satu punca adalah pengambilan makanan yang memiliki Indek Glicemik (GI) yang tinggi. Contohnya GI bagi nasi adalah sehingga 89 GI. Semakin tinggi nilai GI makanan, semakin ia akan menyebabkan kita cepat lapar. Jika makan nasi, pastikan porsi makanan berserat dan berprotein lebih banyak agar dapat mengelakkan rasa lapar yang cepat.

4. Jangan Tinggal Sahur




Ramai yang malas sahur kerana sayangnya tidur. Kita disarankan untuk melewat-lewatkan waktu sahur. Ambillah makanan yang lengkap dari segi nutrisi kerana sahur membekalkan tenaga untuk berpuasa. Tidak sahur hanya akan merendahkan tahap glukos dalam darah dan boleh menyebabkan letih, lesu dan mungkin pitam.

5. Pengambilan Multivitamin dan Suplemen Mineral

Seseorang mungkin mengalami masalah kekurangan nutrisi kerana pengambilan juadah berbuka dan sahur yang tidak seimbang. Pengambilan multivitamin dan suplemen mineral membantu melengkapkan nutrisi yang tidak cukup agar tubuh lebih sihat bertenaga selama menjalani ibadah puasa

6. Elak Pengambilan Kopi

Seeloknya elakkan pengambilan kopi atau teh semasa berbuka kerana ia akan mengaktifkan asid penyebab gastrik. Pengambilan kafein yang berlebihan juga memberikan kesan diuretik atau 'lawas kencing' yang menyebabkan kerap kencing sekaligus menjadi faktor dehirasi semasa berpuasa. 

Pengambilan Suplemen Membantu Kekal Cergas Sepanjang Berpuasa

Shaklee memperkenalkan Set Ramadhan yang sangat sesuai diambil sepanjang tempoh berpuasa bagi membekalkan nutrisi yang mencukupi disamping menyalurkan tenaga agar kekal cergas sepanjang hari. Set Ramadhan Shaklee mengandungi 4 produk iaitu ESP, Performance Drink, Mealshakes dan Lecithin.

Energy Soy Protein (ESP)

Merupakan produk NON-GMO Soy Protein. Memiliki nilai Index Glicemik yang rendah iaitu 39, menjadikan ESP Shaklee amat sesuai diambil oleh pengidap kencing manis. Indeks Glisemik yang rendah akan memecahkan gula secara perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Ini bermakna gula dalam darah akan cuba dikekalkan pada paras yang rendah dan ini amat penting dalam proses penurunan berat badan serta menjaga kesihatan dalam jangkamasa yang panjang. Pelepasan gula secara perlahan-lahan juga akan mengekalkan rasa kenyang yang lama dan ini amat sesuai di amalkan sepanjang tempoh bulan Ramadhan.

Meal Shakes

Diperkaya dengan 19 jenis asid amino penting serta mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Amat sesuai dijadikan minuman seisi keluarga terutama kanak-kanak yang memiliki pola pemakanan yang tidak seimbang lebih-lebih lagi sewaktu bulan Ramadhan.

Performance Drink

Kekal cergas sewaktu bulan puasa agar tidak mudah dihidrasi. Dihidrasi terjadi apabila kurangnya jumlah cecair diambil lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan. Performance Drink merupakan sejenis minuman penghidrat sepanjang menjalani ibadah puasa.


Lecithin

Berbuka puasa dengan pelbagai juadah menyelerakan pastinya memberi kejutan kepada perut kerana seharian dibiarkan kosong tanpa makanan. Lecithin merupakan pengemulsi yang akan membantu tubuh memecahkan lemak dalam bentuk yang kecil agar mudah dibuang melalui sistem perkumuhan.  

"Nakkan supplimen yang membantu tubuh kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan puasa? Cubalah Set Ramadhan Shaklee yang mampu memberikan kecergasan agar mampu berpuasa sepanjang hari tanpa rasa letih dan lesu. Dapatkan konsultasi secara percuma dari saya, Pengedar Shaklee Labuan."


No comments:

Post a Comment