Wednesday, 1 June 2016

Herba Bunuh Parasit Dalam Badan

Sepanjang mengamalkan detok parasit, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dihindari agar detok parasit lebih berkesan. Ooopppsss.... jangan risau, anda masih boleh menikmati makanan yang membantu membunuh parasit. Tapi apakah makanan larangan dan makanan perlu tersebut?

Bagi yang agak kurang pasti apakah jenis makanan yang tidak digalakkan dan makanan yang sangat disarankan sewaktu mengikuti program detok parasit ini bolehlah jadikan entry saya sebagai panduan. Makanan berasaskan gandum, makanan atau minuman bergula dan makanan berproses adalah jenis-jenis makanan yang patut dihindari semasa mengikuti detok parasit. Kenapa? Kerana makanan ini menyokong hidupan parasit dalam badan kita. Sekali gus menggalakkan untuk parasit untuk terus hidup dan menumpang dalam badan kita. 

Makanan Yang Dilarangkan Sewaktu Detok Parasit

1. Gula Bertapis (Refine Sugar)

Gula adalah makanan parasit. Parasit akan menyedut semua vitamin serta mineral penting untuk kelangsungan hidupnya. Parasit seperti cacing akan melepaskan toksin yang mungkin memudaratkan manusia dan menyebabkan tubuh akan mengalami ketagihan terhadap karbohidrat buatan (refined carbohidrate) dan juga gula buatan (refine sugar). Hindari makanan dari sumber ini agar cacing menjadi lemah dan mati bersama dengan telur. Manakala gula bertapis adalah seperti gula putih dan juga gula yang terdapat dalam makanan serta minuman

2. Karbohidrat bertapis (Refined carb)

Karbohidrat bertapis adalah seperti roti, kek, biskut, cereal, kuih muih dan pasta. Selain mampu menyekat kehidupan parasit, kadar gula dalam darah juga mampu dikawal. Pengambilan makanan dalam tin juga tidak digalakkan kerana berkemungkinan besar parasit juga banyak dari sumber makanan seperti itu. Kandungan gula yang tinggi pada makanan dalam tin juga menggalakkan kehidupan parasit.

Jenis Herba dan Sumber Makanan Yang Digalakkan Diambil Semasa Detok Parasit.


Cara paling baik untuk membuang parasit dalam badan adalah mengamalkan herba dan juga sumber-sumber makanan semulajadi. Diet yang diamalkan perlulah mengandungi mineral yang tinggi serta tidak mengandungi perasa atau pewarna tiruan. Berikut dicadangkan beberapa jenis herba dan sumber semulajadi untuk pengamal detok parasit.

1. Wormwood


Wormwood adalah sejenis herba yang boleh membunuh cacing dewasa dengan mewujudkan persekitaran yang tidak selesa untuk cacing tersebut untuk hidup. Kebiasaannya Wormwood digunakan dalam teh, berbentuk kapsul dan juga cecair (pati).

2. Bawang Putih

Bawang putih dikenali dengan herba yang tinggi kesan antibiotik (teringat nasihat doktor 'Kalau tak nak makan ubat.. amalkan bawang putih setiap hari'). Parasit akan meninggalkan toksin dalam badan kita. Jika antibodi kita rendah, berkemungkinan kita terdedah dengan pelbagai penyakit. Mengamalkan bawang putih akan meningkatkan antibodi disamping membantu membunuh cacing dan telurnya.


3. Bunga Cengkih

Bunuh telur cacing dengan memakan cengkih. Mungkin anda kurang gemar rasanya yang agak pedas tetapi khasiatnya dalam membunuh cacing dan suku sakat jangan dipandang ringan.

4. Black Walnut Hulls

Nak bunuh cacing dewasa?? Herba ini bantu membunuh cacing dewasa walaupun di mana sahaja ia berumah di dalam tubuh kita.



5. Rempah Pungent (Pungent Spices)

Lebihkan rempah dalam masakan. Rempah cili, kunyit, kulit kayu manis, bunga lawang, lada hitam dan banyak lagi rempah yang boleh membuat cacing berjoget kepanasan. 


6. Teh Jintan (Fennel Seeds Tea)

Amalkanlah meminum teh jintan kerana ia akan membuatkan cacing tidak dapat hidup aman.
 
7. Sayur-sayuran

Sama ada sayuran berdaun atau tidak, ia sangat memberi impak positif bagi tubuh kita. Sebagai sumber probiotik serta kandungan nutrien yang tinggi, sayur-sayuran mampu menjadi medium penting yang membuang toksin dalam badan. Sayuran lain yang memiliki sifat antioksidan yang tinggi seperti timun, tomato, lobak, keledek dan beri menolong membersihkan organ yang dicemari parasit. 

8. Minyak Kelapa

Minyak kelapa mengandungi 50% asid laurik iaitu sejenis asid lemak yang terdapat dalam produk kelapa. Apabila memasuki tubuh, minyak kelapa akan mengeluarkan bahan yang sangat efektif untuk membunuh parasit, virus serta bakteria jahat yang mencemari sistem pencernaan.

9. Cuka Epal

Ambil cuka epal sebelum makan akan meningkatkan asid perut yang boleh membunuh parasit. Selain itu juga, jika makanan yang dimakan mungkin kurang bersih dan tercemar dengan parasit, cuka epal yang diambil sebelum makan membantu membunuh larva cacing serta merta.

10. Betik

Buah betik sangat bagus diambil jika anda benar-benar inginkan parasit dalam tubuh mati. Khasiat betik mampu memusnahkan cacing seperti cacing tape dan juga kebanyakkan cacing yang bermastautin di dalam usus manusia. Untuk kesan yang maksimum rendamkan betik yang telah dibuang kulit di dalam cuka epal. Makan betik yang telah direndam dan juga cuka epal. Amalkan selama 4 hari berturut-turut.

11. Bawang Hijau

Sama seperti bawang putih, bawang hijau juga berupaya membunuh cacing. Bawang hijau akan merembeskan enzim alliinase apabila ia dipotong. Untuk mendapatkan kesan antiparasit, titiskan 2-3 titik minyak bijan (sesame oil) pada bahagian berwarna putih yang terdapat pada keratan bawang hijau. Dapatkan jus pada bahagian tersebut. Amalkan meminum jus tersebut selama 3 hari tanpa sebarang makanan.

12. Nenas

Enzim yang dikenali sebagai Bromelain yang dihasilkan oleh nenas bersifat antiparasit. Enzim ini membantu membersihkan tubuh dari cacing terutama cacing tape.

13. Ikan dan Daging Organik

Sumber protein yang tinggi pada ikan dan daging  menyokong  kekuatan imun dan membekalkan tubuh dengan asid lemak yang penting. Tubuh akan cukup kuat melawan penyakit akibat toksin yang dilepaskan oleh parasit.

14. Biji Labu

Kunyah biji labu kerana biji labu amat berguna dalam hal-hal membunuh cacing. 


"Berminat lebih lanjut tentang Detok Parasit? Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk konsultasi secara percuma dari saya.Saya akan membantu anda menjalani program Detok Parasit untuk kesan yang terbaik" -Pengedar Shaklee Labuan.

 

 

 

No comments:

Post a Comment