Detok Ramadhan ; Cabaran Berpuasa Di Bulan Ramadhan



Alhamdulillah..... Ramadhan menjelma lagi. Pastinya kehadiran Ramadhan sentiasa dinanti-nantikan oleh umat islam yang lain kerana bulan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh rahmat dan keberkatan jika dibandingan bulan-bulan yang lain. InshaAllah ibadah yang dilakukan pada Ramadhan kali ini diharap lebih mendapat keberkatan jika dibandingkan Ramadhan yang dulu. Aminnn...... . Sewajarnya telah dilakukan persiapan yang secukupnya dari segi rohani dan jasmani antaranya ;

 1. Memperbaiki ibadah puasa dan ibadah yang lain agar lebih baik dari yang dulu.
2. Membersih dan menenangkan jiwa agar bulan Ramadhan dihadapi dengan baik.
3. Memperbanyakkan doa agar bulan Ramadhan ini dikurniakan kesihatan, tenaga, pemikiran yang baik agar diberi kesempatan mengerjakan ibadah dibulan mulia ini.
4. Meningkatkan semangat dan ketaqwaan dalam menghadapi segala ujian dibulan Ramadhan kali ini.
InsyaAllah.


Kebaikan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

1. Berupaya mengawal diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah
2. Membantu membuang tabiat merokok.
3. Membantu mengurangkan ketagihan terhadap caffein
4. Lebih fokus
5. Jiwa lebih tenang
6. Berpeluang mengeratkan hubungan silaturrahim bersama keluarga dan sahabat handai.
7. Memberi rehat kepada organ yang bekerja tanpa henti.
8. Membuang toksin dalam badan.
9. Mengurangkan berat badan
10. Mengawal tekanan darah, kolesterol dan gula dalam darah

Cabaran Di Bulan Puasa

1. Tidak Berbuka dan Bersahur Dengan Betul


Dehidrasi adalah masalah yang paling mudah dihadapi jika kurang minum air. 8 gelas air putih sehari masih diperlukan walaupun kita menjalani ibadah puasa. Oleh yang demikian pastikan minum air masak secukupnya  sekaligus mengelakkan masalah sembelit.
Tekanan dan gula dalam darah berkemungkinan kurang stabil sewaktu berpuasa. Ini kerana kadar gula dalam badan akan menjadi rendah. Pastikan menu yang diambil semasa berbuka dan bersahur mampu mengekalkan kadar gula dalam darah pada paras yang normal.Selain itu gejala gastrik dan pedih hulu hati mungkin berlaku akibat pola pemakanan yang tidak betul. Terdapat sesetengah orang yang  bebas dari masalah kolesterol kerana berpuasa. Akan tetapi ada juga orang yang berpotensi mengalami masalah kolesterol semasa bulan puasa kerana pola pemakanan mereka yang berkolesterol tinggi semasa berbuka atau bersahur

2. Kanak-kanak



Berpuasa boleh mengakibatkan kanak-kanak menjadi kurang aktif. Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak mungkin terjejas kerana kurang fokus akibat berpuasa. Ibu bapa perlu memantau keadaan kanak-kanak yang berpuasa agar tidak memudaratkan kesihatan mereka.

3. Golongan Berkerja


Mengantuk, sakit kepala, cepat letih, tenaga berkurang dan cepat haus berkemungkinan menjadi punca utama prestasi bekerja menurun sepanjang bulan puasa. Janganlah menjadikan puasa sebagai alasan untuk merendahkan prestasi bekerja.

4. Ibu Mengandung dan Menyusukan



Bagi ibu mengandung, pengambilan nutrien yang tidak seimbang dikhuatiri mengganggu perkembangan fetus. Seharusnya ibu mengandung dan menyusukan menjaga pemakanan mereka agar tidak memudaratkan diri sendiri serta bayi yang dikandung dan disusukan. Kualiti susu badan mungkin juga terjejas jika ibu tidak mengambil berat nutrisi yang diambil sepanjang tempoh berpuasa.

5. Warga Emas

Kekurangan nutrien penting semasa berpuasa mungkin menjejaskan kesihatan warga emas. Warga emas berisiko mengidap penyakit yang berpunca dari kekurangan nutrien kerana faktor usia. Oleh yang demikian, keperluan nutrisi sepanjang menjalani ibadah puasa amat penting agar dapat memberi tenaga serta meningkatkan imun dari sebarang penyakit.

Set Ramadhan Shaklee




Shaklee memperkenalkan Set Ramadhan yang sangat sesuai diambil sepanjang tempoh berpuasa bagi membekalkan nutrisi yang mencukupi disamping menyalurkan tenaga agar kekal cergas sepanjang hari. Set Ramadhan Shaklee mengandungi 4 produk iaitu ESP, Performance Drink, Mealshakes dan Lecithin.

Energy Soy Protein (ESP)

Merupakan produk NON-GMO Soy Protein. Memiliki nilai Index Glicemik yang rendah iaitu 39, menjadikan ESP Shaklee amat sesuai diambil oleh pengidap kencing manis. Indeks Glisemik yang rendah akan memecahkan gula secara perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Ini bermakna gula dalam darah akan cuba dikekalkan pada paras yang rendah dan ini amat penting dalam proses penurunan berat badan serta menjaga kesihatan dalam jangkamasa yang panjang. Pelepasan gula secara perlahan-lahan juga akan mengekalkan rasa kenyang yang lama dan ini amat sesuai di amalkan sepanjang tempoh bulan Ramadhan.

Meal Shakes

Diperkaya dengan 19 jenis asid amino penting serta mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Amat sesuai dijadikan minuman seisi keluarga terutama kanak-kanak yang memiliki pola pemakanan yang tidak seimbang lebih-lebih lagi sewaktu bulan Ramadhan.

Performance Drink

Kekal cergas sewaktu bulan puasa agar tidak mudah dihidrasi. Dihidrasi terjadi apabila kurangnya jumlah cecair diambil lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan. Performance Drink merupakan sejenis minuman penghidrat sepanjang menjalani ibadah puasa.


Lecithin

Berbuka puasa dengan pelbagai juadah menyelerakan pastinya memberi kejutan kepada perut kerana seharian dibiarkan kosong tanpa makanan. Lecithin merupakan pengemulsi yang akan membantu tubuh memecahkan lemak dalam bentuk yang kecil agar mudah dibuang melalui sistem perkumuhan.  

"Nakkan supplimen yang membantu tubuh kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan puasa? Cubalah Set Ramadhan Shaklee yang mampu memberikan kecergasan agar mampu berpuasa sepanjang hari tanpa rasa letih dan lesu. Dapatkan konsultasi secara percuma dari saya, Pengedar Shaklee Labuan."




Comments