Wednesday, 25 May 2016

Berat Badan Susut Dengan Detok Parasit


Assalamualaikum..... salam sihat..... Alhamdulillah baru ada sikit kesempatan nak touch up semula blog kesayangan ni... sangat-sangat buzy, sangat-sangat exhausted dengan kerja (Masih mimpi untuk WAHM huhuhu).

Detok. Hari ni nak update pasal detok. Saya selalu sarankan rakan-rakan saya yang mengamalkan supplimen Shaklee untuk detok terlebih dahulu sebelum mengambil supplimen. Kenapa ya? Banyak kelebihan sebenarnya kalau kita rajin mengamalkan detok antaranya;

1) Menyingkirkan toksin
2) Mengalakkan penyerapan nutrisi
3) Mengurangkan keasidan dalam tubuh (Sel kanser suka sangat badan berasid ni)
Rugi rasanya kalau kita amalkan supplimen tapi toksin dalam badan masih tinggi.

Apa itu Detok ?

"Detoxification or Detoxication (Detox for short) is the physiological or medicinal removal of toxic substances from a living organism, including the human body, which is mainly carried out by the liver."


Setiap hari pola pemakanan kita mampu meningkatkan toksin dalam tubuh badan. Toksin ini bukan sahaja datang dari sumber makanan yang mungkin tercemar dengan bahan-bahan kimia contohnya baja yang digunakan dalam penanaman sayur, tetapi toksin turut dilepaskan oleh parasit yang menumpang dalam badan kita !!... PARASIT ???? Ye.... PARASIT... Parasit yang dimaksudkan adalah CACING yang menumpang makan dan hidup dalam badan manusia.

Alhamdulillah... 3 bulan mengamalkan detok parasit, nampaknya ada kesan-kesan positif yang tidak saya sangka-sangka. Mana tidaknya..... sebelum ni punya lah payah nak turunkan berat badan... tetapi dengan detok parasit berat pun susut... walaupun niat asal bukanlah nak turunkan berat badan... tapi anggaplah sajalah BONUS kan.... hehe

TESTIMONI DETOK PARASIT
Tahukah Anda?

1. Terdapat lebih kurang 270 jenis cacing yang boleh membahayakan tubuh manusia.
2. Anda tidak perlu berada dalam negara beriklim tropika untuk dijangkiti parasit. (Mana-mana pun boleh)
3. Cacing boleh hidup bertahun lamanya dalam tubuh manusia sehinggalah anda bertindak menyahkan cacing tersebut.
4. Cacing dan parasit boleh dipindahkan dengan mudah dari seseorang ke seseorang yang lain.

Apa Itu Parasit?



Selain kuman, bakteria, badan kita adalah perumah kepada organisma kecil yang digelar parasit. Parasit adalah organisma yang menumpang dalam hidupan lain yang disebut sebagai hos. Antara parasit yang berumahtangga dalam tubuh kita adalah cacing.  Dalam erti kata lain dalam tubuh saya atau tubuh anda berkemungkinan besar ada parasit !!! Parasit hidup dalam hosnya dan berkongsi makanan, zat dan nutrisi. (Terus rasa rugi sebab share vitamin dengan parasit). Kajian perubatan mendapati hampir 85% dari populasi di Amerika utara memiliki sekurang-kurangnya sejenis parasit yang tinggal dalam tubuh mereka.

Saya selalu ditanya, "Kenapa buat detok parasit? Ada cacing ke?? (Sambil ketawa-ketawa lak tu, kalau boleh nampak cacing tu limpas-limpas pada kulit, baru tau!!!). Jangan ingat cacing ada dalam perut saja tau. Banyak tempat dia boleh berkampung antaranya dalam paru-paru, hati, pankreas, mata dan otak.

Jangan terlalu yakin sangat apa yang kita lalui setiap hari benar-benar bersih. Parasit hidup dimana sahaja dan masuk ke dalam tubuh melalui banyak cara. Melalui gigitan serangga, berjalan tanpa kasut, memegang barang-barang yang mungkin telah tercemar dengan parasit, sentuhan, melalui binatang peliharaan, air dan juga memakan sayur-sayuran dan buah-buahan mentah yang tidak dicuci dengan bersih dan makan ikan atau daging yang tidak masak dengan sempurna. Sejujurnya hampir semua orang terdedah dengan perkara yang telah di senaraikan di atas (Tipulah kalau kata tidak)

Antara jenis-jenis parasit yang biasa menyerang manusia adalah cacing tambang (Paru-paru dan Usus), Anisakis (Cacing dalam ikan dan biasa berpindah ke usus manusia bila makan ikan mentah), cacing gelang (menyerang usus, paru-paru, otak dan hati), Acanthamoeba (bila tidak bersihkan contact lens dengan betul ) dan banyak lagi.

Cara-cara Parasit Masuk Ke Dalam Tubuh Kita

1. Melalui sumber mandian dan minuman
2. Mandi di tempat awam seperti kolam renang
3. Makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
4. Melalui haiwan peliharaan
5. Melalui orang yang telah dijangkiti penyakit
6. Travel ke tempat yang tidak hygenic
7. Mengambil antibiotik yang memusnahkan bakteria baik
8. Sayur-sayuran organik         

Kenapa Perlu Detok Parasit ?



Simptom-Simptom Yang Memerlukan Anda Detok Parasit

1. Masalah Pencernaan Yang Kronik

Parasit boleh meningkatkan risiko keradangan terhadap usus serta mampu menganggu organ pencernaan dari bekerja secara efektif. Jika masalah parasit tidak ditangani sebaiknya, berkemungkinan besar ia akan menjejaskan fungsi usus dan organ pencernaan. Jika anda masih mengalami masalah penghadaman, perut bergas dan kembung serta keletihan terlampau walaupun mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat seperti  mengambil makanan tinggi kandungan alkali dan memakan makanan yang mengandungi bakteria baik setiap hari, anda disarankan untuk melakukan detok parasit untuk membersihkan organ pencernaan.

2. Mengalami Tekanan

Masalah pencernaan yang disebabkan oleh parasit mampu meningkatkan pelbagai bentuk tekanan seperti kemurungan, kebimbangan, sakit kepala, sakit mata, halusinasi visual, perubahan tingkah laku serta mengalami satu rasa seperti ada sesuatu berada di kepala. Walaupun gejala-gejala ini boleh dipulihkan dengan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat anti depresi akan tetapi ia mampu berulang kembali sehinggalah usus dibersihkan dari parasit yang menumpang.

Usus dipenuhi dengan saraf-saraf neuron dan neurontransmitter khususnya serotonin. Ia membentuk satu sistem yang dikenali sebagai sistem saraf enterik. Sistem saraf ini menghubungkan antara usus dan juga otak. Hubungan antara otak dan usus mampu memberi kesan di antara satu sama lain. Misalnya jika terdapat keradangan pada bahagian usus, otak turut mengalami kesannya dan begitulah sebaliknya.

3. Masalah Autoimun

Parasit yang menjangkiti usus akan melepaskan toksin yang berkemungkinan besar menjana kepada masalah autoimun di mana sistem pertahanan tubuh yang sepatutnya melindungi tubuh dari ancaman luar akan menyerang diri sendiri.

Simptom-simptom Lain Jangkitan Parasit

EMOSI

Perubahan emosi
Cepat marah
Gemuruh
Kemurungan 
Sifat pelupa 
Pemikiran keliru
Kegelisahan
Kebimbangan
Refleks lambat
Obsesi
Kemurungan penyelarasan
Kekeliruan
Blur
Blank

TIDUR

Insomnia 
Laga gigi semasa tidur
Kencing malan
Meleleh air liur berlebihan semasa tidur
Gangguan tidur-sering terjaga pada waktu malam

KULIT

Kulit kering
Rambut kering
Rambut rapuh
Keguguran rambut
Alahan
Hidung gatal
Urtikaria (Gegata atau kelopak garam)
Jaundis
Alahan makanan
Sensasi merangkak di bawah kulit
Letusan
Ekzema
Ulser kulit
Bengkak

LAIN-LAIN SIMPTOM

Sensasi bendasing dalam tekak atau tidak selesa.
Kesukaran menelan.
Batuk atau batuk darah.
Masalah peredaran darah.
Kebas hujung kaki.
Kesukaran untuk bergerak.
Lebihan air liur.
Penglihatan yang kabur.
Nafas berbau
Tindak balas imun rendah.
Demam.
Masalah pernafasan
Eye floaters.
Bau badan.  
          
Kesan jangkitan parasit yang tidak dirawat amat bahaya. Ia boleh menyebabkan kanser.     

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Memulakan Detok Parasit? 

Mengikut prinsip detok parasit, untuk membantu membuang parasit yang tidak diperlukan dari tubuh kita, kita digalakkan untuk mengikuti diet detok parasit selama sekurang-kurangnya dua bulan. Ini memberi peluang tubuh badan untuk menyahkan segala jenis parasit serta telur yang berada di setiap bahagian organ yang berlainan.

Perasan tak dalam kalendar islam kita disunatkan untuk berpuasa setiap 13, 14 dan 15 haribulan dalam bulan islam. Berpuasa juga merupakan salah satu cara detok cara islam. Waktu ini juga merupakan waktu bulan penuh (full moon) dimana masa untuk parasit-parasit yang berjaya berhijrah dari paru-paru ke usus untuk mengawan. Detok Shaklee dilakukan pada setiap bulan penuh selama dua minggu.

SET DETOK PARASIT
Nutriferon = Kandungan biji labu mampu menguatkan imuniti serta menyingkirkan parasit.

DTX Complex = Membantu membuang toksin dan bendasing dari hati.

Herblax = Membantu membuang toksin dan bendasing dari usus

Alfalfa = Membantu detok seluruh tubuh

Garlic = Meningkatkan imun tubuh dan membantu membuang parasit.

VIVIX = Detox darah dan seluruh tubuh.  


"Nak tahu lebih lanjut mengenai detok parasit dan cara-cara detok parasit dengan Produk Shaklee?? Jom hubungi saya untuk konsultasi secara percuma" - Pengedar Shaklee Labuan 

 


http://parasitecleanse.com/parasites.htm