Tip Rendahkan Paras Kolesterol



"Kolesterol encik agak tinggilah...... mungkin encik perlu buat sesuatu"

Mau terasa gelap dunia seketika kot bila doktor maklumkan macam tu kan??.

Sesiapa sahaja inginkan kehidupan yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Bila badan sihat semua yang dilakukan akan menjadi senang tanpa menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan. Orang kata 'mencegah lebih baik dari mengubati'. Jom amalkan beberapa tips yang mungkin membantu merendahkan paras kolesterol dalam darah.

1. Kawal Porsi Makanan Dengan Tapak Tangan



Kesukaran mengawal nafsu makan merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan seseorang. Kebanyakkan mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang kurang baik kerana sering mengambil makanan dalam porsi yang tidak betul. Cara paling mudah adalah gunakan ukuran tapak tangan sebagai penyukat. Contohnya 1 hidangan ikan atau ayam hanya sebesar tapak tangan anda sahaja. Ini cara mudah untuk memastikan porsi pemakanan anda tidak berlebihan.

2. Pilih Makanan Yang Sihat



Apakata latih diri untuk memenuhkan pinggan makan anda dengan himpunan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil hidangan jenis ini sekurang-kurangnya 5 - 9 hidangan sehari dalam usaha mengurangkan kolesterol jahat 'LDL'. Pemakanan yang tinggi kandungan antioksidan memberi banyak manfaat terhadap tubuh. Makanan yang diperkaya dengan sterol tumbuhan dipercayai mampu menurunkan tekanan darah dan mengalakkan kesihatan optimum.

3. Makan Ikan



Makanlah ikan sekurang-kurangnya 2 hidangan seminggu. Ikan merupakan sumber asid lemak yang rendah tetapi kaya dengan asid lemak omega . Asid lemak omega 3 membantu menurunkan paras triglycerides, sejenis  lemak dalam darah. Selain itu, Asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan juga menurunkan paras kolesterol serta menghalang pembentukkan plag pada salur darah.

4. Mulakan Hari Anda Dengan Bijirin Penuh



Semangkuk oat atau bijirin penuh pastinya memberikan kebaikan sepanjang hari. Makanan dari bijirin penuh mempunyai serat yang tinggi dan sentiasa membuatkan anda terasa kenyang. Selain dapat mengurangkan lemak jahat 'LDL' , amalan memakan bijirin penuh juga boleh menurunkan berat badan.

5. Makanlah Kekacang



Perlukan kudap-kudapan ?? Jadikan kekacang seperti gajus, almond dan pecan sebagai kudapan . Kandungan lemak monotaktepu dalam kekacang berupaya menurunkan kadar kolesterol jahat dalam badan serta memelihara kolesterol baik. Kajian menunjukkan individu yang mengamalkan kekacang sebagai kudapan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Jika boleh makanlah kadang tanpa disalut dengan tepung atau gula agar kesihatan lebih terpelihara.

6. Pilih Minyak Dari Sumber Terbaik.



Lemak juga penting dalam diet seharian kerana lemak membantu proses dalam tubuh badan. Usahakan untuk menggunakan lemak yang diperolehi dari minyak canola, minyak zaitun dan minyak safflower. Dipercayaai minyak jenis monotaktepu ini mampu mengurangkan kolesterol LDL dan meningkatan kolesterol HDL. Pengambilan makanan jenis lemak tepu dalam sesetengah makanan seperti daging meningkatkan risiko peningkatan kolesterol jahat.

7. Pilih Sumber Karbohidrat Terbaik



Kacang dan sumber bijirin penuh seperti beras perang kaya dengan serat yang mampu mengawal kadar gula dalam darah. Selain boleh menurunkan paras kolesterol, ia juga memberi kesan kenyang yang lama

8. Bersenam



30 minit setiap hari, 5 kali seminggu cukup untuk aktiviti fizikal berupaya membantu menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik. Amalan hidup aktif akan menjamin tubuh yang sihat dan menurunkan risiko berlakunya salur darah tersumbat yang berpunca dari kolesterol yang tidak dikawal.

9. Relax dan Bersiar-siarlah.



Tidak mampu melalukan aktiviti fizikal yang berat??? Apakata sarungkan sepasang kasut dan berjalan-jalanlah sekitar taman atau tasik. Aktiviti ini juga membantu mengurangkan stress yang menjadi punca peningkatan tekanan darah. Tarik nafas sedalam-dalamnya sambil menikmati udara segar dan sekaligus dapat membantu mengurangkan kalori.

10. Pilih Makanan Secara Bijak



Makan di kedai memang memudahkan terutama mereka yang sebuk dengan jadual harian yang ketat. Harus diingat, peniaga makanan diluar tidak menitik beratkan jumlah kolesterol dalam makanan yang mereka sediakan. Makin banyak bahan perisa yang ditambah, maka sedaplah makanan tersebut. Oleh itu, berwaspadalah dalam membuat pemilihan menu. Untuk memastikan anda kekal di landasan yang betul anda boleh pilih cara masakan yang sihat seperti rebus, kukus dan elakkan makanan gorengan atau dapatkan dihidangan separuh dengan berkongsi bersama rakan.

11. Periksa Label Makanan.



Rajinlah untuk membaca label makanan yang terdapat pada pembungkus makanan yang dibeli. Ini membantu anda untuk memilih makanan yang rendah kolesterol dengan bijak.

12. Kawal Berat Badan.



Berat badan berlebihan menjadi punca kepada pelbagai penyakit seperti kolesterol tinggi dan kencing manis. Penyakit seperti ini memudaratkan salur darah kerana menjadikannya semakin sempit serta mengundang penyakit seperti penyakit jantung. Tapi jangan lupa....... orang kurus pun boleh mengalami masalah kolesterol tinggi. Jadi berhati-hatilah.

[Rujukan: http://www.webmd.com/cholesterol-management/ss/slideshow-lowering-cholesterol]


DAPATKAN SEGERA SET KOLESTEROL DARI SHAKLEE
 


OMEGA GUARD

EPA dan DHA menurunkan kolesterol jahat "LDL"

PHYTOCOL-ST

Menghalang pembentukan kolesterol baru



"Runsing untuk mendapatkan produk Shaklee???.  Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan produk Shaklee yang anda perlukan. Bukan setakat konsultasi percuma..... penghantaran secara COD juga percuma untuk anda, pelanggan di sekitar Labuan. Apa tunggu lagi!!!" - Pengedar Shaklee Labuan.

 

Comments