10 Kebaikan Utama Minyak Ikan Yang Semua Orang Perlu Tahu

Berdasarkan kajian terkini oleh University Harvard, kekurangan Asid Lemak Omega 3 merupakan 10 penyebab utama kematian dikalangan rakyat Amerika. Minyak ikan banyak digunakan dalam perubatan terutama sekali penyakit berkaitan jantung, ADHD, cemas, tekanan, kolesterol tinggi, masalah keradangan usus, arthritis, alzheimer, ekzema, diabetes, kanser, lemah imun dan masalah autoimmune. Pengambilan minyak ikan turut terbukti mampu menangani masalah berat badan, kesuburan, kesihatan semasa hamil, kulit yang sihat serta meningkatkan tenaga.


Pengambilan minyak ikan dikatakan mampu memberi kesan yang sangat hebat pada kesihatan seseorang kerana ia adalah salah satu sumber semulajadi yang memiliki Asid Lemak Omega 3 seperti Docosahexa Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA)

Kesan Ketidak Seimbangan Pengambilan Asid Lemak Omega-3 dan Omega-6.

Mengikut kajian yang dilakukan di Amerika, kebanyakkan masalah kesihatan yang di hadapi adalah kerana  pengambilan Asid Lemak Omega 3 dan Omega 6 dalam kadar yang tidak seimbang. Pengambilan Asid Lemak Omega 6 yang diambil dalam kuantiti yang banyak tanpa diambil bersama dengan Asid Lemak Omega 3 akan mengakibatkan keradangan yang kronik. Kebanyakkan rakyat Amerika mengambil 2 jenis Asid Lemak ini dalam kadar 20 : 1 ( 20 = Asid Lemak Omega 6, 1 = Asid Lemak Omega 3) jika dibandingkan dengan nisbah sihat 2 : 1. Kekurangan Asid Lemak Omega 3 adalah disebabkan terlalu banyak memakan makanan bergoreng, makanan segera dan makanan yang menggunakan sumber minyak sayuran seperti minyak soya, minyak canola dan minyak jagung.

Antara penyakit yang dikaitkan dengan pengambilan Asid Lemak yang tidak seimbang adalah :-

- Asma
- Penyakit autoimmune
-  Masalah jantung
- Diabetes type II
- Kanser
- Obesiti
- Masalah usus
- Masalah metabolik
- Macular degenaration

10 Kebaikan Minyak Ikan



1. ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)



Universiti of South Australia telah menemui bahawa gabungan minyak ikan dan Evening Primrose mampu mengurangkan simptom ADHD seperti kurang fokus, hiperaktif, kegelisahan dan tingkah laku impulsif. Para penyelidik berpendapat "Minyak ikan dipercayai memberi kesan yang baik pada otak. 60% bahagian otak adalah mengandungi lemak dan  pengambilan asid lemak omega 3 dan 6 menjadi sangat penting. Sumber lain yang membekalkan asid lemak ini adalah melalui pengambilan sayuran hijau, walnuts dan ikan"

2. Cemas (Anxiety)



European Journal of Neurosscience membuktikan keperluan minyak ikan dalam "tempoh kritikal dalam perkembangan otak". Ini menunjukkan bahawa pentingnya kanak-kanak diberikan minyak ikan sebagai makanan tambahan seawal mungkin agar simptom cemas dan tekanan dapat dibendung.

3. Arthritis (Sakit Sendi)



Pengambilan minyak biji borage yang diperkaya dengan GLA yang diambil bersama minyak ikan membantu merawat pesakit Rheumatoid Arthritis.

4. Alzheimer (Nyanyuk)



Minyak ikan bukan sahaja penting dalam mengawal tingkah laku, ia juga mencegah masalah nyanyuk dikalangan orang tua.

5. Kanser



Minyak ikan berpotensi melindungi tubuh dari serangan pelbagai sel kanser seperti kanser kolon, prostat dan payudara. Berdasarkan kajian di Taiwan "Docosahexa Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA) adalah antara n-3 polyunsaturated fatty acid (PUFAs) yang terdapat dalam minyak ikan yang mengurangkan risiko kanser prostat".

6. Depresi



Nutritional Neuroscience telah menerbitkan jurnal kesan pengambilan minyak ikan dikalangan remaja yang mempunyai masalah depresi. Didapati terdapat penurunan sebanyak 40% simptom depresi dan terdapat perkembangan positif terhadap kandungan asid amino dan nutrien yang terdapat dalam otak.

7. Diabetes



Brain Research telah menerbitkan kajian bagaimana ikan yang diperolehi dari laut dalam dapat membantu pesakit diabetes. Keupayaan minyak ikan bukan sekadar boleh mengalakkan perkembangan otak dengan pesat tetapi minyak ikan juga mampu menghalang sel hippocampus dari musnah.

8. Masalah Gangguan Mata



Minyak ikan turut terbukti mencegah masalah mata kering dan katarak. Penyelidik dari Perancis telah menguji sekumpulan 290 pesakit dengan masalah Age-Related Mocular Degeneration (AMD) dan mereka mendapati  pengambilan minyak ikan serta makanan laut mampu merendahkan masalah AMD dikalangan pesakit yang diuji. Kandungan EPA dan DHA yang tinggi dalam minyak ikan menjadikan pengambilannya disarankan dalam menangani risiko neovascular AMD.

9. Masalah kardiovaskular (CVD)



Kajian membuktikan minyak ikan berupaya mengurangkan risiko keradangan akibat masalah jantung. Antara EPA dan DHA yang terdapat dalam minyak ikan, didapati DHA paling membantu mengurangkan risiko terhadap penyakit koronari jantung. Pastikan anda memperoleh DHA sekurang-kurangnya 550mg setiap hari.

10. Masalah Autoimun




Tingkatkan kuasa imun tubuh dengan memakan minyak ikan dengan sumber antioksidan seperti astaxanthin dan Vitamin D bagi menggalakkan penyerapan nutrien lebih efektif.


Sumber :
[http://draxe.com/fish-oil-benefits-health/]



" Dah ketahui 10 kebaikan utama minyak ikan?? Shaklee pun mempunyai minyak ikan yang terbaik iaitu OMEGA GUARD ?? Pernah cuba tak ?? Alhamdulillah saya dah cuba, mak saya dah cuba, ayah saya dah cuba, malah... anak saya pun dah cuba Omega Guard Shaklee. Nak konsultasi secara percuma tentang produk Shaklee ?? Hubungi saya... pengedar Shaklee Labuan yang sentiasa akan membantu anda mencari produk yang terbaik :) " Pengedar Shaklee Labuan


Comments