Tuesday, 8 March 2016

Depresi, Gangguan Emosi Penyebab Bunuh Diri

Adalah normal bagi seseorang manusia merasa keciwa dalam kehidupan. Akan tetapi sekiranya kekecewaan itu tidak mampu ditanggung ia akan memburukkan keadaan mereka yang sedang dalam tekanan. Akhirnya rasa itu akan berubah menjadi kesedihan yang melampau yang mampu menggangu emosi sehinggalah ia boleh menyebabkan depresi. Depresi bukanlah tanda menunjukkan seseorang itu lemah atau mempunyai personaliti yang negatif. Tetapi ia lebih kepada masalah kesihatan yang memerlukan rawatan rapi. Depresi mampu menyebabkan kualiti kehidupan seseorang menjadi sangat teruk yang mungkin memberi kesan terhadap pekerjaan, tahap pembelajaran, kualiti tidur dan sebagainya.


Terdapat sesetengah kes pengidap depresi memilih untuk menamatkan hidup dengan cara bunuh diri setelah gagal keluar dari belenggu depresi. Tindakan ini adalah tindakan yang salah oleh mana-mana agama sekali pun. Pengidap mungkin merasakan tindakan membunuh diri mampu melenyapkan segala masalah yang dihadapi





Simptom depresi

1. Gangguan Emosi

Kesedihan atau kurang berminat meneruskan kehidupan harian merupakan simptom utama depresi. Pengidap sering dihantui dengan rasa bersalah, tiada keyakinan dalam hidup dan cenderung untuk membunuh diri. Rasa keseronokan menikmati kehidupan seolah-olah telah tiada bagi mereka.

2. Gangguan Fizikal

Depresi juga mengganggu tahap kesihatan seseorang. Pengidap akan mengalami keletihan dan kekurangan tenaga yang melampau, insomnia, sakit kepala yang kronik, kekejangan otot dan juga gangguan sistem pencernaan.

3. Gangguan Selera Makan

Perubahan corak pemakanan turut terjejas kerana depresi. Terdapat individu yang mempunyai selera makan yang tinggi akibat depresi, tidak kurang juga yang kehilangan selera. Simptom ini akan menyebabkan perubahan berat badan yang serius sama ada berlebihan berat atau mengalami kekurangan berat badan.

4. Perubahan Kehidupan Seharian

Tanpa rawatan yang sewajarnya, keadaan kehidupan seharian pengidap akan berubah. Pekerjaan, hobi dan hubungan akan terjejas. Depresi akan membuatkan seseorang mengalami kesukaran menumpukan perhatian dan membuat keputusan.

5. Cenderung Membunuh Diri

Mereka yang mengalami depresi cenderung untuk bercakap tentang kematian, bertindak agresif dan mampu mencederakan orang lain dan juga diri sendiri

Depresi... Siapa Yang Berisiko?

Sesiapa sahaja boleh terdedah dengan masalah depresi sekiranya gagal menangani segala masalah yang timbul dengan baik dan berkesan. Jika terdapat ahli keluarga yang memiliki sejarah depresi, potensi untuk mengalami masalah yang sama adalah besar.

1. Ibu Selepas Bersalin (Postpartum Depresi)

Masalah menyesuaikan diri sebagai ibu pada kali pertama terutamanya, penjadi punca kepada perubahan tingkah laku ibu. Selain itu gagal menyusukan bayi, tiada sokongan dari suami semasa proses dalam pantang dan terpaksa menguruskan anak-anak yang lain juga mampu memberi kesan yang buruk kepada ibu. Apabila ini terjadi, hubungan ibu dengan bayi yang baru dilahirkan juga agak dingin kerana ibu tidak mampu menangani masalah yang timbul.

2. Depresi Dikalangan Kanak-Kanak.

Menjalani kehidupan yang tidak mengembirakan seperti tidak dibenarkan bermain, menghadkan pergaulan antara kanak-kanak sebaya, masalah menyiapkan kerja sekolah juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Simptom depresi dikalangan kanak-kanak juga hampir sama dengan orang dewasa, tetapi cara mereka melepaskan yang berbeza. Mereka mungkin menjadi kanak-kanak pemarah atau ganas.

Jenis-Jenis Depresi
 
1. Mild Depression

Depresi jenis ini adalah adalah dikategorikan jenis ringan dimana keadaan depresi hanya akan muncul apabila seseorang mengalami masalah. Gangguan ini dialami dengan simptom-simptom minima dalam tempoh yang tidak lama. Bentuk depresi yang kurang parah ini juga dikenali sebagai Dystymic Disoder.

2. Moderate Depression

Moderate Depression bermula dari gangguan depresi jenis ringan (Mild Depression). Pada peringkat ini, pengidap gagal melepaskan diri dari belenggu masalah dalam jangka masa yang lama dan mengakibatkan dia terjerumus di dalam tahap depresi jenis sederhana.

3. Severe Depresion

Jika pengidap mengalami masalah seperti ganggu tidur, kualiti bekerja semakin menurun, masalah makan dan keengganan meneruskan hidup, bantulah mereka untuk mendapatkan rawatan agar tidak terus memudaratkan kehidupan dan keadaan mereka. Pada peringkat ini, risiko untuk membunuh diri dan orang lain juga tinggi kerana mereka dikawal dengan emosi yang tidak stabil.

Rawatan Depresi

Tiada ujian khas untuk mengesan depresi. Kebiasaannya doktor akan merawat berdasar simptom-simptom yang dialami oleh pengidap depresi. Maklumat seperti tahap kesihatan, ubat-ubatan yang diambil menjadi panduan doktor dalam memilih cara rawatan yang bersesuaian dengan pesakit. Pengidap masalah depresi digalakkan untuk berkongsi perasaan dan aktiviti harian dengan doktor yang merawat supaya permasalahan lebih mudah dikesan.

1. Talk Theraphy


Perkongsian secara lisan tentang masalah yang dihadapi mampu menjadi 'talk theraphy' yang baik untuk pengidap depresi. Akan tetapi kaedah ini hanya sesuai dijalankan bersama mereka yang terlatih dan dipercayai. Interpersonal terapi boleh memberikan kesan yang positif dalam perhubungan.

2. Ubat Anti Depresi


Ubat-ubatan anti depresi memberi kesan terhadap bahan  kimia dalam otak seperti serotonin dan norepinephrine. Kesan pengambilan ubat anti depresi akan menampakkan hasil dalam beberapa minggu. Pemantauan rapi dari doktor amat perlu untuk memastikan keberkesanannya.

3. Lakukan Senaman



Senaman merupakan aktiviti fizikal yang disarankan kerana dengan senaman mampu melepaskan hormon endorphins yang membantu menjana mood yang lebih baik. Senaman secara teratur membantu meningkatkan keyakinan diri, tidur lebih berkualiti, kurang tekanan dan lebih bertenaga. Pilihlah aktiviti fizikal yang bersesuai dengan anda seperti jogging, berenang ataupun melakukan kerja-kerja rumah.

4. Bermainlah Dengan Haiwan Peliharaan



Jika haiwan peliharaan mampu mengurang rasa depresi anda, jadikan lah ia sebagai teman rapat. Terdapat penyelidik mempercayai haiwan mampu mengurangkan rasa tekanan yang dialami. Haiwan peliharaan akan mewujudkan rasa cinta. Terdapat kajian menunjukkan, pemilik haiwan kurang mengalami masalah kurang tidur dan memiliki kesihatan yang baik

5. Mengikuti Program Komuniti

Menyendiri hanya akan memburukkan keadaan bagi pengidap depresi. Ikutilah mana-mana program komuniti yang dapat menghubungkan anda dengan ramai orang.



Bagaimana Supplimen Shaklee Membantu?



B-Complex

Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekali gus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Omega Guard

Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA dalam minyak ikan mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam memperkembangkan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety) , neurasthenia, insomnia, autisma, kanak-kanak hiperaktif  dan penyakit schizophrenia.

Ostematrix

Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung yang berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga turut membantu memulihkan depresi, mood swing, sakit kepala dan sering pitam



Rujukan =

[http://www.helpguide.org/articles/depression/depression-signs-and-symptoms.htm]
[http://www.webmd.com/depression/ss/slideshow-depression-overview?ecd=wnl_wmh_022616&ctr=wnl-wmh-022616_nsl-ld-stry_title&=
mb=CAcy7AIaNeseIAxwQkfltxXFE73IOX1cItGUupfNwEo%3d]
[http://www.psychologymania.com/2012/08/jenis-jenis-depresi.html]





'Jika anda atau orang terdekat mengalami simptom-simptom di atas, adalah bagus jika dapatkan rawatan secepat mungkin agar kesihatan emosi dapat dipulihkan segera. Dapatkan konsultasi secara percuma berkaitan dengan Produk Shaklee dari saya, Pengedar Shaklee Labuan"