Saturday, 6 February 2016

Surirumah, Buang Alasan Ini Jika Ingin Bantu Ekonomi Keluarga

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, hari ni hari pertama cuti sekolah sempena CNY, cuti yang ditunggu-tunggu untuk melegakan segala tekanan bekerja.. hehehe. Oooppsss bukan untuk sambut CNY tau... tapi peluang untuk merehatkan minda dari berdepan dengan macam-macam ragam pelajar. Fuuhhhh !!!!!! 

So, hari pertama cuti ni ambil peluang untuk menguruskan rumahtangga yang kadang-kadang tak sempat diselesaikan pada masa kerja. Hari ni je dah setelkan menggosok kain baju sekolah anak, tak banyak..... 14 pasang je... dan 5 pasang tshirt penggunaan semasa PJ dan Kokum. Selesai juga taip 10 soalan ujian bulanan. Huhuhuh.... 10 je dapat dari 24 soalan, dari 3 set yang perlu dibuat. Harap-harap mampu siapkan masa cuti ni lah... Naik sekolah dah boleh buat kerja lain pulak (Sapa kata cikgu ni senang???).

Itu baru sikit. Belum masuk cerita bab masak memasak hari ni,.. macam biasa I ada anak yang suka mama dia buka kedai. Tapi hari ni tak demand sangatlah. Petang pulak sejam tunggu tepi padang sebab si kecik training bola. Haiyoohhhh.... exhausted !!!!!! And finally malam baru ada peluang update blog. 

Kadang-kadang terfikir, kenapalah boleh terjebak dengan Shaklee ni.. Nak apa lagi ... Income ??? Bulan-bulan confirm ada sebab saya bekerja. Suami pun bekerja dan alhamdulillah kami tak ada masalah kewangan yang merumitkan. Rumah pun dah beli, kereta pun sorang satu. Walaupun tak sesenang mana, tapi bersyukur dengan apa yang ada sekarang.

Kenapa Saya Cari Income Lain?



Sebab saya tak tahu apa akan berlaku akan datang. Ekonomi negara pun makin sayup-sayup je. Rasa untuk terus membantu keluarga tu amat kuat sangat. Suami, walaupun bekerja tetap tetapi berkemahiran dalam bidang mekanikal.... so advantage di situ utk suami buka bengkel kalau ada request dari kawan-kawan dia. Sikit-sikit pun dapat menampung 'KEHENDAK' yang mengatasi 'KEPERLUAN'. 

Harga barang pun makin menjadi-jadi. GST takde di Labuan, tapi harga tetap naik dengan alasan barang diambil dari semenanjung ataupun Sabah Sarawak. hhhmmm 

Pada saya, surirumah dan penganggur pun perlulah fikirkan sesuatu agar kehidupan menjadi lebih mudah. Berniaga memang dituntut dalam islam;

"Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, sembilan per sepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha mencari penghasilan atau pendapatan untuk kesejahteraan hidup"

Tak salah rasanya membantu suami. Surirumah terutamanya, kalau perbelanjaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh suami, kalau apa-apa berlaku pada suami pada masa akan datang (harap-harap dijauhkanlah), bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup?? Ubahlah  beberapa alasan yang biasa saya dengar dan baca melalui beberapa sumber. Alasan tidak mengubah apa-apa, malah mungkin kita akan menyesal jika sering kali menggunakan alasan ini ;

1. Saya Sebuklah Dengan Anak-anak

Sebuk dengan anak-anak?? Semua mommies especially surirumah yang ada anak-anak confirm sebuk dengan anak-anak. Tapi mommies yang part time bisnes & bekerja lagilah DOUBLE sebuk dengan anak-anak

2. Ala.... Nanti Rumah Saya Tak Terurus



Uruslah masa dan rumahtangga dengan sebaiknya. Kot iye pun surirumah, kalau dah tengahari masih lagi mengadap FB, selfie sana sini, di situ nampak banyak sangat masa lapang. Eloklah tukar tabiat tu kepada yang lebih berfaedah dan mendatangkan hasil.

3. Saya Tiada Duit Nak Mulakan Modal

Ehhh.... Tak minta duit pun buat modal barang. Hanya modal keahlian sahaja rm69 dan kos pos kit bisnes Shaklee.

4. Kalau Cust Tanya Macam-macam, Nak Jawab Apa?


Shaklee tak menyusahkan. Ramai master berpengalaman yang boleh membantu. Banyak kelas-kelas online dan offline dianjurkan. Tak cukup dengan itu, kelas-kelas juga ada dianjurkan melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram. Kalau malu sangat, boleh pm Upline.

5. Suami Tak Benarkan Berniagalah

Memang yang ramai macam tu. Mula-mula tak bagi, tapi bila nampak isteri mula membantu lama kelamaan suami akan redha juga. Tapi wahai sang suami, janganlah ambil kesempatan. Nafkah khas untuk isteri tetap wajib walaupun isteri memiliki pendapatan sendiri.

6. Nanti Saya Tiada Masa Untuk Keluarga dan Anak-anak


Bukan suruh mengadap bisnes 24 jam. Orang yang kerja di ofis pun, jam 5 petang pandai balik rumah. Ambillah sekitar 1-2 jam sehari untuk mencari maklumat berkaitan produk atau apa sahaja yang dapat membantu meningkatkan pengetahuan untuk meningkatkan jualan. Saya pun tidak mengambil masa yang banyak sehari tau... malam je ada peluang untuk berShaklee

Bersedia untuk mencabar diri?? buat 2 kerja kata ******* oopppssssss...... kalau sukakan advanture dan bersedia membantu meningkatkan ekonomi keluarga, jomlah sertai Shaklee untuk bonus setiap bulan. Mula-mula 2 angka, lepas tu 3 angka, lepas tuuuu ...... bertambah-tambah angka.

Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk maklumat lanjut tentang Shaklee, apa yang Shaklee tawarkan dan apa yang Shaklee mampu berikan... Cepatt !!!!! 




No comments:

Post a Comment