Monday, 29 February 2016

Rasa Senak, Mual dan Muntah Tanda Awal Batu Karang Hempedu

Batu karang hempedu (Gall Bladder), iaitu bahan buangan kolesterol dalam bentuk pepejal atau garam kalsium yang terbentuk dalam pundi hempedu, duktus hempedu, dan duktus sistik . Keadaan ini turut disebut sebagai kolelitiasis. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida) atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz yang berbeza-beza.


Tanda-tanda dan Simptom Batu Karang Hempedu

Masalah batu karang hempedu boleh wujud tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda dan simptom. Tetapi, terdapat sesetengah pengidap menunjukkan simptom awal seperti rasa mual dan rasa sakit di bahagian tengah atau atas sebelah kanan abdomen.

1. Rasa Senak Yang Kronik

Tanda-tanda seperti rasa mual, berangin (gas), kembung perut dan kadangkala sakit dibahagian abdomen. Ada kalanya tanda-tanda ini mungkin terjadi atau menjadi lebih teruk apabila pengidap memakan makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

Tanda-tanda lain yang mungkin dikaitkan dengan rasa senak yang kronik adalah apabila kesakitan yang datang secara tiba-tiba dan berulang. Bermula dari sakit yang sederhana ke rasa sakit yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen. Rasa sakit ini boleh terjadi selepas waktu makan selama 1-2 jam atau pada waktu malam. Kebiasaannya rasa sakit akan berlarutan dari 15minit ke 30minit sehinggalah ke beberapa jam.

2. Rasa Mual dan Muntah

Terdapat banyak bahagian yang berkemungkinan dimana batu hempedu terperangkap. Adakalanya batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu yang biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas. Terdapat kes dimana ketulan batu karang tersumbat dan menyekat duktus sehingga mengakibatkan maut jika tidak dirawat. Pengidap berkemungkinan akan mengalami demam dan kesakitan akibat pembengkakan pada kawasan tersebut. Terdapat beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah ;

* Kulit menjadi kekuningan dan kawasan mata putih akan menjadi kuning (jaundis)
* Air kencing bertukar gelap seperti warna air teh pekat
* Demam panas
* Demam sejuk

Punca Terjadinya Batu Karang Hempedu

Batu Karang Hempedu

Fungsi hati adalah menghasilkan cecair hempedu yang disimpan di dalam pundi hempedu sehinggalah ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil. Pundi hempedu akan mengecut dan melepaskan cecair hemedu melalui duktus hempedu apabila kita makan. Selepas itu, duktus hempedu akan membawa cecair hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan. Akan tetapi, sekiranya hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Proses ini memakan masa sehingga beberapa tahun. Saiz batu karang adalah bermula dari sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf. Ada yang berbentuk licin seperti bulat atau bentuk yang tidak tentu. Berkemungkinan terdapat beratus-ratus batu karang hempedu di dalam badan anda

Kenali Batu Karang Hempedu.

1. Batu Karang Hempedu Berkolesterol

Batu karang hempedu berkolesterol kebiasaannya berwarna kekuningan. Batu karang jenis ini mengandungi kolesterol tidak terlarut, dan mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin iaitu sisa-sisa sel-sel darah merah yang lemah. Sebanyak 80% batu karang hempedu adalah jenis batu karang berkolesterol.

2. Batu Karang Hempedu Berpigmen

Apabila terlalu banyak bahan yang dikenali sebagai bilirubin, ia akan membentuk batu karang berwarna coklat gelap atau hitam. Batu karang hempedu berpigmen ini biasa terjadi oleh mereka yang menghidapi sirosis hati, jangkitan trek biliari dan anemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.

3. Batu Karang Hempedu Duktus Yang Primer

Batu karang jenis ini terbentuk dalam duktus itu sendiri.

Komplikasi

1. Duktus Hempedu Tersumbat

Terdapat kes, batu karang hempedu akan menyekat duktus dari pundi hempedu, hati atau pankreas ke intestin kecil anda. Antara tanda-tanda yang menunjukkan duktus hempedu yang tersumbat adalah seperti warna kekuningan di bahagian mata yang berwarna putih dan kulit, air kencing berwarna gelap serta merasa sakit di bahagian abdomen. Jika anda demam, berkemungkinan anda mempunyai komplikasi terselindung seperti pembengkakan pundi hempedu (Kolesistitis Akut) atau jangkitan dalam duktus hempedu anda (Kolangitis Akut).

2. Pankreas Yang Membengkak

Duktus pankreatik berkemungkinan tersumbat  serta menyebabkan keradangan apabila terdapat halangan di dalam duktus hempedu biasa ( Common Bile Duct) CBD. Pankreatitis akan mengakibatkan rasa sakit yang teramat sangat dan berpanjangan di bahagian  atas abdomen yang akan merebak ke bahagian belakang tubuh atau dada. Kesakitan pankreatitis yang kuat dan serius mampu meragut nyawa pengidap.

Punca Terjadinya Batu Karang Hempedu

Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada terjadinya batu karang hempedu termasuklah ;

1. Terlalu Banyak Kolesterol

Kebiasaannya hempedu mengandungi garam-garam hempedu dan lesitin (sejenis sebatian lemak) yang berfungsi untuk melarutkan kolesterol yang dikumuh oleh hati. Akan tetapi, sekiranya hempedu mengandungi jumlah kolesterol yang banyak lebih dari yang boleh dilarutkan, kolesterol berkemungkinan akan membentuk kristal dan batu karang. Paras kolesterol di dalam hempedu tidak mempunyai kaitan dengan tahap kolesterol di dalam darah. Ini kerana, ubat-ubatan yang digunakan untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah tidak mampu menghalang pembentukkan batu karang hempedu.

2. Pundi Hempedu Tidak Dikosongkan Sepenuhnya Atau Secara Tidak Kerap

Hempedu mungkin akan menjadi terlalu pekat dan akan membentuk batu karang hempedu jika pundi hempedu tidak dikosongkan sepenuhnya atau tidak kerap. Keadaan ini mungkin terjadi sewaktu hamil. Jika anda makan terlalu sedikit makanan berlemak atau tidak makan untuk jangka masa yang lama, anda mungkin terdedah kepada masalah batu karang dalam pundi hempedu.

Rawatan Batu Karang Hempedu

Kebanyakkan kes tidak menunjukkan simptom ketara bagi pengidap batu karang hempedu. Kebiasannya doktor akan menemui 'batu-batu senyap' atau turut dikenali sebagai 'silent stones' sewaktu membuat pemeriksaan kesihatan bahagian lain. Antara rawatan yang sesuai adalah;

1. Pembedahan

i) Pembedahan Laparoskopik

Pembedahan laparoskopik menggunakan laparoskop iaitu sejenis tiub senipis pensil yang dilengkapi dengan lampu dan video. Doktor akan memasukkan alat ini ke dalam abdomen melalui instrumen berongga (kannula). Hasil pembedahan ini, pesakit kurang merasa sakit, kurang parut dan mampu kembali melakukan aktiviti harian secara normal.

ii) Pembedahan Terbuka (Open Surgery).

Kaedah ini dilakukan dengan cara pundi hempedu akan dikeluarkann melalui insisi besar di abdomen. Terdapat sesetengah kes dianggap sebagai kaedah rawatan terbaik. Jika tidak doktor mungkin akan mencadangkan pesakit membuang batu-batu karang tersebut menggunakan endoskopi (ERCP).

2. Alternatif Lain

1. Pil Garam Hempedu

Rawatan ini amat sesuai bagi pesakit yang mempunyai batu karang hempedu bersaiz kecil. Doktor akan menyarankan pesakit untuk mengambil medikasi ursodial (Actigall) yang akan melarutkan batu-batu kolesterol dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

2. Terapi Gelombang Bunyi

Melalui kaedah ini, gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi digunakan untuk memecahkan batu karang hempedu. Kemudian pengambilan ursodiol diperlukan untuk melarutkan fragmen-fragmen tersebut.

Langkah Pencegahan.

Risiko pembentukkan batu karang hempedu boleh dikurangkan dengan mengamalkan beberapa langkah berikut ;

1. Mengekalkan berat badan yang ideal
2. Elakkan dari mengamalkan diet yang mendadak (crash diet) atau pengambilan kalori yang rendah iaitu kurang dari 800 kalori sehari.
3. Mengamalkan senaman secara teratur
4. Memilih diet rendah lemak, berserat tinggi dan lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran. Kurangkan pengambilan jumlah lemak haiwan, mentega dan marjerin, mayonis dan makanan bergoreng dalam makanan anda.


Sumber ;
[http://e-kesihatan.blogspot.my/2008/01/batu-karang-hempedu.html]
[Rapi, Mac2006]
[Rapi, April2006]


APA SHAKLEE MAMPU TAWARKAN ???





Vivix

Salah satu punca terbentuknya batu dalam hempedu adalah kerana paras estrogen yang tinggi dalam tubuh. Oleh yang demikian, fungsi Vivix adalah mengawal selia paras hormon estrogen. Selain itu juga, Vivix membantu mengurangkan paras kolesterol jahat, LDL.

Lecithin

Berfungsi sebagai pengemulsi kolesterol berlebihan bagi menghalang pembentukkan batu karang

Alfalfa

Sebagai agen detoks dan mengurangkan keasidan darah. Darah yang tinggi kandungan asid akan membawa kepada pelbagai penyakit. Serta mengurangkan inflamasi dan keradangan.

B Complex

Mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang dan menampung vitamin B6 yang berkurangan.

Vita C

Kekurangan Vita C dalam tubuh juga merupakan punca pembentukkan batu karang

Vita E

Memecah lemak tengik

Herblax

Membersih usus serta merupakan agen detoks bagi usus 


'Anda mengalami simptom-simptom seperti senak, mual dan muntah?? Jika memang di diagnos anda mempunyai masalah Batu Karang Hempedu, Shaklee menawarkan rawatan alternatif secara pengambilan supplimen. Dapatkan konsultasi secara percuma dari saya, Pengedar Shaklee Labuan'

 



Thursday, 11 February 2016

Sakit Buah Pinggang, Penyakit Kronik Membawa Maut.

Tahap kesihatan seseorang bergantung kepada kesihatan buah pinggang. Buah pinggang yang sudah tidak mampu berfungsi dengan sempurna amatlah menakutkan pengidapnya kerana ia akan meningkatkan komplikasi kepada penyakit lain.


Sama ada anda percaya atau tidak, kebanyakkan penyakit kronik membuat serangan dalam diam. Serangan ini kebiasaannya membawa kepada risiko MAUT LEBIH CEPAT !!!!!!!!!! Tidakkah anda SEDAR ????? Sikap kesedaran dan kepekaan lebih awal terhadap penjagaan kesihatan adalah jalan terbaik untuk mengelakkan berlakunya serangan penyakit sebelum berada ditahap kronik.

Ramai yang beranggapan, mereka cukup sihat walaupun tidak pernah menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan bertahun-tahun. Tambahan lagi jika mereka langsung tidak pernah mengidapi penyakit serius dan beranggapan mereka sihat. Justeru, apabila penyakit kronik dikesan dikalangan mereka, golongan ini seolah-olah tidak mampu menerima kenyataan.

Kenali Fungsi Buah Pinggang


Buah pinggang adalah organ kembar yang terletak di sebelah menyebelahi tulang belakang di bawah rangka tulang rusuk. Fungsi utama buah pinggang adalah seperti ;

1. Membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalam darah.

2. Menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan menyimpan sesetengah kompaun dan membuang yang lain terutama bahan bertoksin / bahan kumuh dari tubuh.

3. Membantu membina beberapa hormon tertentu yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti mengawal tekanan darah serta pembinaan sel darah merah

4. Mengawal PH darah serta bertanggungjawab dalam mengaktifkan sejenis VITAMIN D yang membantu tubuh menyerap kalsium yang digunakan untuk pembinaan tulang dan menyelaraskan fungsi otot.

Apa Akan Berlaku Jika Buah Pinggang Rosak ?

Selepas membuang air kecil, pengidap akan dapati kesakitan pada bahagian pinggang akan beransur-ansur hilang, atau pengidap mengalami masalah kegatalan kulit seperti ruam dan mengalami kekeringan kulit, AWAS... INI AMARAN AWAL KEGAGALAN BUANG PINGGANG !!!! Kegagalan buah pinggang membuang bahan-bahan bertoksin dalam tubuh menyebabkan tubuh memberi signal masalah kulit. Akan tetapi, masalah kulit turut disebabkan oleh faktor lain seperti ketidakharmonian fungsi hati, ketidakseimbangan nutrien serta infeksi kulat.

Apabila buah pinggang hilang keupayaan, badan tidak mampu menolak pengeluaran air secukupnya, garam dan lain-lain bahan. Jumlah air dalam badan akan bertambah dan tisu-tisu membengkak (Edema). Sebatian cecair dalam badan akan berubah dengan pantas dan ia menjadikan ia tidak normal dan kematian akan berlaku kecuali jika pengidap menjalani pengubatan secara DIALISIS.

Buah pinggang turut membina hormon yang dikenali sebagai erythropoietin. Hormon ini diperlukan bagi membantu tubuh membina sel darah merah. Kerosakkan buah pinggang akan mengakibatkan kekurangan sel darah merah, seterusnya pengidap pengalami anemia. Keadaan ini mengakibatkan pengidap akan kelihatan lesu, letih dan pucat.



Simptom lain yang boleh menunjukkan bahawa buah pinggang mengalami kerosakkan adalah seperti ;

- Hilang selera makan
- Loya
- Muntah
- Melayang-layang
- Lesu kronik
- Sukar fokus
- Insomnia
- Sakit kepala
- Berat badan berkurangan
- Kulit gelap
- Otot kejang
- Sukar bernafas
- Sakit dada

Bagaimana Mengesan Masalah Buah Pinggang ?

Setiap penyakit memiliki ciri-ciri atau tanda yang hampir serupa tetapi pendekatan masalah yang berbeza. Anda mungkin mengalami masalah buah pinggang jika anda memiliki gejala-gejala seperti di bawah ;

1. Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil
2. Pengeluaran air kecil disertai dengan darah
3. Perubahan pada kekerapan membuang air kecil terutama pada waktu malam
4. Sering sakit belakang
5. Bengkak pada pergelangan kaki
6. Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi

Bagaimana Mencegah Masalah Kegagalan Buah Pinggang?




Gaya hidup dan tabiat pemakanan yang tidak sihat dipercayai boleh menjurus kepada masalah kegagalan buah pinggang. Justeru, adalah dinasihatkan untuk mengamalkan beberapa langkah pencegahan seperti ;

1. Pemakanan seimbang
2. Minum sekurang-kurangnya dua liter air
3. Berhenti merokok
4. Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Elakkan ubat yang tidak perlu seperti ubat kuruskan badan.
5. Kekalkan berat badan seimbang
6. Bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit.

Bagaimana Shaklee Membantu Pesakit Buah Pinggang ?


VIVIX

Vivix di formulasikan sebagai tonik anti penuaan yang membantu memperbaharui sel dan memulihkan sel kita secara keseluruhannya supaya kembali seperti DNA kita yang asal sewaktu kita sihat dan muda.

Proses ini menyebabkan tubuh akan menolak unsur asing yang tidak baik dan memulihkan semula sel seperti asalnya sebagaimana ketika kita sihat.

Dengan kaedah yang sama, VIVIX membantu melambatkan penuaan, menolak nikotin dari perokok, memulihkan sel dan luka pesakit diabetes, membantu memulihkan sendi pesakit strok dan membantu memulihkan kesihatan pesakit kanser.

Begitu juga dengan pesakit buah pinggan. Ia membantu memulihkan kesihatan pesakit buah pinggang secara menyeluruh dan menjadikan pesakit buah pinggang lebih sihat setelah mengamalkannya.

Nutriferon

Membantu pengeluaran bahan buangan dari buah pinggang.  Sangat perlu untuk Nephiritis

Ostematrix

Mempunyai magnesium yang penting untuk membantu penyerapan air dan menampung kehilangan kalsium akibat dialisis yang menyebabkan lenguh-lenguh badan dan tulang rapuh kepada pesakit buah pinggang

Omega Guard

Membantu surutkan bengkak pesakit buah pinggang

Alfalfa

Mengurangkan infeksi dan keradangan dan juga bengkak

B Complex

Menurunkan ritensi cecair



Sumber ;
http://www.sinarharian.com.my/rencana/awas-simpton-penyakit-buah-pinggang-1.264000
http://www.utm.my/bakes/info-pelbagai/tanda-awal-penyakit-buah-pinggang-dan-cara-mencegahnya/
Rapi, Jun2006 


"Masalah buah pinggang menghantui anda?? Perlukan kaedah lain dalam penjagaan buah pinggang? Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk konsultasi secara percuma. Khidmat COD secara percuma untuk warga Labuan turut diberikan" - Pengedar Shaklee Labuan


 


Tuesday, 9 February 2016

Set Jerawat Batu


1. ESP

ESP Shaklee merupakan sumber protein yang boleh membantu membina semula sel-sel kulit yang sihat disamping memudarkan parut dengan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru.

2. ALFALFA COMPLEX

Jerawat terjadi akibat tubuh yang terlampau tinggi toksin. Dengan bantuan alfalfa sebagai detoks darah, membolehkan toksin dikeluarkan dari tubuh yang menjadi punca kepada jerawat baru.

3. VITA C

Vitamin C diperluka oleh kulit dalam memastikan kolagen kulit bekerja dengan baik. Sifat antioksida yang tinggi membantu kulit dari masalah jerawat disamping meningkatkan sistem imun tubuh terhadap serangan bakteria penyebab tumbuhnya jerawat

4. VITA E COMPLEX

Vitamin E juga memiliki sifat antioksida yang kuat dalam menangani radikal bebas yang menjadi punca pertumbuhan jerawat. Vita E juga membantu memudarkan parut jerawat.

5. GARLIC COMPLEX

Tahap antibiotik yang tinggi dalam  Garlic Complex membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh dari terus diserang bakteria yang menjadi punca jerawat.

6. GLA COMPLEX

Hormon yang tidak seimbang selalu menjadi penyebab kepada keradangan yang berlaku pada kulit. Pengambilan Gla Complex membantu menyeimbangkan hormon dalam badan

7. B COMPLEX

Jerawat yang banyak boleh meningkatkan tekanan kepada pengidapnya. B Complex membantu meredakan keradangan disamping mengurangkan rasa stress.
 
 
 
 
 
Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan jika anda memiliki masalah jerawat yang kronik
 
 

Set Asma

Set Asma Shaklee

VIVIX

Vivix mengandungi kandungan resveratoral yang tinggi. Resveratoral adalah salah satu agen anti keradangan yang hebat dan berkesan. Ia dapat membantu mengurangkan keradangan yang berlaku disaluran pernafasan dan membantu melancarkan peredaran udara dalam salur pernafasan pesakit asma. Jika salur pernafasan bebas dari keradangan, maka serangan asma dapat dielakkan


Omega Guard juga dapat membantu mengurangkan keradangan yang berlaku dalam salur pernafasan pesakit asma. Terdapat kajian yang menunjukkan mereka yang mengidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma, mempunyai kandungan Omega 3 yang rendah. Omega Guard yang kaya dengan asid lemak omega 3 dapat membantu dalam mengawal serangan asma.


Vita C Shaklee membantu mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh pesakit asma. Pesakit asma memiliki antibodi yang lemah dan mudah diserang allergen yang tidak merbahaya kepada manusia normal yang lain. Tetapi tidak bagi mereka. Oleh yang demikian, pengambila Vita C boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh.


Nutriferon bertindak sebagai pelindung dan perisai badan pesakit asma. Dengan mengamalkan Nutriferon setiap hari, dapat membantu badan pesakit asma menghasilkan interferon secara semulajadi untuk bertindak melawan serangan asma yang datang. Selain itu juga, Nutriferon bertindak sebagai agen pencegah serangan asma.


Disebabkan badan pesakit asma mempunyai antibodi yang amat lemah, Garlic Complex membantu memperkasakan antibodi badan pesakit asma supaya dapat bertahan dan tidak bertindak balas kepada bahan-bahan alergik yang merangsang kepada serangan asma.


Ostematrix kaya dengan kandungan kalsium dan magnesium yang dapat membantu merehatkan dan melancarkan saluran pernafasan pesakit asma. Dengan mengamalkan ostematrix setiap malam sebelum tidur, anda akan dapati tidur akan lebih lena tanpa gangguan asma lagi. 

Mengalami gangguan asma selama bertahun-tahun? 
ikuti kisah Derita Pesakit Asma 20 Tahun Lenyap ...... Apa Yang Lelaki Ini Telah Lakukan.

Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan ;



 

Sunday, 7 February 2016

Derita Penyakit Asma 20 Tahun Lenyap.... Apa Yang Lelaki Ini Telah Lakukan?

Saban tahun penyakit asma yang dihidapi lelaki ini semakin kronik dan menderita selama 20 tahun. 20 tahun bukanlah jangka masa yang sekejap. Dalam tempoh itu juga, setiap bulan lelaki ini akan berulang alik ke hospital untuk mendapatkan nebulizer.

Keadaan lelaki ini semakin kronik selepas berkahwin dan disedari oleh isterinya. Mengambil supplimen dalam kuantiti yang banyak bukanlah sesuatu yang disukai oleh lelaki ini tetapi setelah dipaksa oleh isteri, akhirnya dia akur.

Akhirnya lelaki ini mampu melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga tanpa rasa penat yang melampau. Selain itu, kos rawatan hospital untuk penyakit asma juga semakin berkurangan setiap bulan.

Apa yang telah di lakukan oleh si isteri?? Jom sama-sama kita bongkar rahsia mereka.
 


                  

Asma merupakan penyakit yang sering ditemui. Apabila terjadinya asma, situasi panik akan muncul terutama apabila ia melibatkan kanak-kanak. Semua golongan terdedah kepada masalah asma bermula dari orang dewasa hinggalah kanak-kanak. Bagi mereka yang memang tahu mereka merupakan pengidap asma, semestinya peralatan seperti inhaler menjadi keperluan.

Kenali Penyakit Asma



Penyakit asma adalah penyakit yang disebabkan oleh keradangan dibahagian saluran pernafasan iaitu saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Saluran pernafasan pengidap asma akan menjadi sempit secara tiba-tiba seterusnya menyukarkan seseorang itu bernafas. Ia menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai 'serangan atau episod asma'. Penyempitan saluran pernafasan mungkin disebabkan alahan terhadap bahan-bahan tertentu. Kebiasaannya mereka yang mengidap asma  mula mengidapnya sejak zaman kanak-kanak lagi. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan rapi.

Dua Jenis Asma



1. Asma Alahan

Asma jenis ini dikenali sebagai Asma Ektrinsik (luaran) atau Atopik. Ia berlaku apabila mengidap menyedut bahan-bahan yang kebiasaannya tidak merbahaya pada individu yang sihat. Hanya mereka yang alah atau alergik pada bahan tersebut sahaja akan mendapat asma jenis ini. Antara contohnya debunga, spora kulat, hama, bulu kucing dan juga alergi pada bahan makanan. Asma jenis ini kebiasaannya akan disertai dengan gangguan lain seperti Dermatitis, Urtikaria dan Rinitis. Asma jenis ini dihidapi seawal kanak-kanak lagi.

2. Asma Bukan Alahan

Asma bukan alahan turut dikenali sebagai Asma Intrinsik (dalama). Kebiasaannya wanita paling mudah mengalami asma jenis ini berbanding lelaki. Cuaca sejuk, asap rokok, bau cat atau gasolin, infeksi atau jangkitan dan tekanan psikologi adalah antara faktor yang boleh mencetus dan memburukkan lagi asma jenis ini. Serangan asma boleh berlaku dalam bentuk yang ringan sehinggalah menjadi kronik dan ia mampu berulang dari beberapa minit hingga ke beberapa hari.

Bagaimana Asma Boleh Menyerang?

Penyakit asma merupakan suatu proses peradangan kronik yang melibatkan dinding saluran respiratori atau pernafasan. Keadaan ini akan mengakibatkan aliran udara menjadi terbatas serta menganggu saluran pernafasan. Kesannya, berlakulah penyempitan dibahagian saluran pernafasan sebagai satu tindakbalas terhadap pelbagai jenis rangsangan.

Inflamasi tiub di dalam saluran pernafasan mudah mengalami iritasi, keradangan serta kelihatan kemerah-merahan. Seterusnya , lendir pekat akan terhasil. Keadaan ini akan menyebabkan penyumbatan dibahagian saluran pernafasan. Pengidap yang terkena serangan ini akan mulai batuk apabila ia cuba untuk mengosongkan saluran pernafasan yang tersumbat. Apabila inflamasi sering berlaku serta keadaan semakin serius, tisu dari saluran pernafasan akan menebal secara kekal. Akibatnya, pengidap akan lebih sukar bernafas.

Otot yang mengelilingi saluran pernafasan berkemungkinan akan menguncup dan ini menambah kesukaran untuk bernafas kerana saluran pernafasan akan menjadi semakin sempit. Keadaan ini dikenali sebagai bronkospasme atau bronkokonstriksi. Pengidap akan terasa ketat dibahagian dada.

Faktor Pencetus Asma

* Alahan
* Emosi atau tekanan
* Jangkitan penyakit
* Zat makanan
* Perubahan cuaca

Tanda-Tanda Bahaya Terhadap Pesakit Asma

* Tidak dapat bercakap secara berterusan
* Tidak dapat berbaring
* Sesak nafas yang semakin membimbangkan
* Bibir dan hujung jari (kuku) berubah warna kepada biru gelap.

Bantuan Pesakit Asma

1. Inhaler

Jika didapati inhaler berada bersama-sama pesakit, bantu pesakit dengan alat ini. Inhaler dan Accuhaler ialah alat bantuan segera untuk melegakan serangan asma. Ia berfungsi membuka saluran pernafasan yang tertutup dan melancarkan perjalanan udara. Kebiasaannya alat ini memberi kesan serta merta bagi serangan asma yang tidak kronik.

2. Longgarkan Pakaian

Baju yang ketat akan menyukarkan lagi pernafasan. Longgarkan kawasan baju terutama kawasan leher. Jika pesakit memakai tali leher, buka tali leher supaya memudahkan pesakit bernafas.

3. Buka Tingkap dan Pintu

Beri persekitaran yang selesa pada pesakit jika diserang asma. Buka tingkap dan pintu untuk membenarkan aliran udara masuk.

4. Klinik

Jika pesakit masih menunjukkan tanda-tanda kesukaran bernafas, segeralah ke klinik untuk mendapatkan rawatan seterusnya. Jangan ambil mudah kerana serangan asma mampu membawa maut.

Peranan Keluarga

Jika anda merupakan salah seorang ahli keluarga pengidap asma, anda dan keluarga perlu mengetahui tentang penyakit asma. Kenali penyakit ini secara terperinci terutama berkaitan punca, kesan serta kaedah rawatan yang betul. 

Pengetahuan terhadap ubat-ubatan yang sesuai dari segi kegunaan juga kesan sampingan antara langkah yang perlu diambil berat agar tidak menjadi punca berlakunya serangan asma. Perawatan bukan sahaja perlu dilakukan sewaktu serangan asma sahaja, malah ketika tidak berlakunya serangan. Sokongan sebegini amatlah diperlukan oleh pesakit asma.

Apa Shaklee Boleh Bantu ???




Vivix mengandungi kandungan resveratoral yang tinggi. Resveratoral adalah salah satu agen anti keradangan yang hebat dan berkesan. Ia dapat membantu mengurangkan keradangan yang berlaku disaluran pernafasan dan membantu melancarkan peredaran udara dalam salur pernafasan pesakit asma. Jika salur pernafasan bebas dari keradangan, maka serangan asma dapat dielakkan


Omega Guard juga dapat membantu mengurangkan keradangan yang berlaku dalam salur pernafasan pesakit asma. Terdapat kajian yang menunjukkan mereka yang mengidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma, mempunyai kandungan Omega 3 yang rendah. Omega Guard yang kaya dengan asid lemak omega 3 dapat membantu dalam mengawal serangan asma.


Vita C Shaklee membantu mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh pesakit asma. Pesakit asma memiliki antibodi yang lemah dan mudah diserang allergen yang tidak merbahaya kepada manusia normal yang lain. Tetapi tidak bagi mereka. Oleh yang demikian, pengambila Vita C boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh.


Nutriferon bertindak sebagai pelindung dan perisai badan pesakit asma. Dengan mengamalkan Nutriferon setiap hari, dapat membantu badan pesakit asma menghasilkan interferon secara semulajadi untuk bertindak melawan serangan asma yang datang. Selain itu juga, Nutriferon bertindak sebagai agen pencegah serangan asma.


Disebabkan badan pesakit asma mempunyai antibodi yang amat lemah, Garlic Complex membantu memperkasakan antibodi badan pesakit asma supaya dapat bertahan dan tidak bertindak balas kepada bahan-bahan alergik yang merangsang kepada serangan asma.


Ostematrix kaya dengan kandungan kalsium dan magnesium yang dapat membantu merehatkan dan melancarkan saluran pernafasan pesakit asma. Dengan mengamalkan ostematrix setiap malam sebelum tidur, anda akan dapati tidur akan lebih lena tanpa gangguan asma lagi. 


"Jadi... tunggu apa lagi?? 20 tahun bukan jangka masa yang singkat menderita penyakit asma. Sekarang dan boleh aktif macam orang lain. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan jika tidak mahu menderita asma lagi"




Sumber ;

http://www.jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/infopdf/infopdf/Asma.pdf
http://www.fmcosmetics.com.my/blog/am/kawal-panik-apabila-asma-menyerang/
Rapi, Dis 2007


Saturday, 6 February 2016

Surirumah, Buang Alasan Ini Jika Ingin Bantu Ekonomi Keluarga

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, hari ni hari pertama cuti sekolah sempena CNY, cuti yang ditunggu-tunggu untuk melegakan segala tekanan bekerja.. hehehe. Oooppsss bukan untuk sambut CNY tau... tapi peluang untuk merehatkan minda dari berdepan dengan macam-macam ragam pelajar. Fuuhhhh !!!!!! 

So, hari pertama cuti ni ambil peluang untuk menguruskan rumahtangga yang kadang-kadang tak sempat diselesaikan pada masa kerja. Hari ni je dah setelkan menggosok kain baju sekolah anak, tak banyak..... 14 pasang je... dan 5 pasang tshirt penggunaan semasa PJ dan Kokum. Selesai juga taip 10 soalan ujian bulanan. Huhuhuh.... 10 je dapat dari 24 soalan, dari 3 set yang perlu dibuat. Harap-harap mampu siapkan masa cuti ni lah... Naik sekolah dah boleh buat kerja lain pulak (Sapa kata cikgu ni senang???).

Itu baru sikit. Belum masuk cerita bab masak memasak hari ni,.. macam biasa I ada anak yang suka mama dia buka kedai. Tapi hari ni tak demand sangatlah. Petang pulak sejam tunggu tepi padang sebab si kecik training bola. Haiyoohhhh.... exhausted !!!!!! And finally malam baru ada peluang update blog. 

Kadang-kadang terfikir, kenapalah boleh terjebak dengan Shaklee ni.. Nak apa lagi ... Income ??? Bulan-bulan confirm ada sebab saya bekerja. Suami pun bekerja dan alhamdulillah kami tak ada masalah kewangan yang merumitkan. Rumah pun dah beli, kereta pun sorang satu. Walaupun tak sesenang mana, tapi bersyukur dengan apa yang ada sekarang.

Kenapa Saya Cari Income Lain?



Sebab saya tak tahu apa akan berlaku akan datang. Ekonomi negara pun makin sayup-sayup je. Rasa untuk terus membantu keluarga tu amat kuat sangat. Suami, walaupun bekerja tetap tetapi berkemahiran dalam bidang mekanikal.... so advantage di situ utk suami buka bengkel kalau ada request dari kawan-kawan dia. Sikit-sikit pun dapat menampung 'KEHENDAK' yang mengatasi 'KEPERLUAN'. 

Harga barang pun makin menjadi-jadi. GST takde di Labuan, tapi harga tetap naik dengan alasan barang diambil dari semenanjung ataupun Sabah Sarawak. hhhmmm 

Pada saya, surirumah dan penganggur pun perlulah fikirkan sesuatu agar kehidupan menjadi lebih mudah. Berniaga memang dituntut dalam islam;

"Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, sembilan per sepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha mencari penghasilan atau pendapatan untuk kesejahteraan hidup"

Tak salah rasanya membantu suami. Surirumah terutamanya, kalau perbelanjaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh suami, kalau apa-apa berlaku pada suami pada masa akan datang (harap-harap dijauhkanlah), bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup?? Ubahlah  beberapa alasan yang biasa saya dengar dan baca melalui beberapa sumber. Alasan tidak mengubah apa-apa, malah mungkin kita akan menyesal jika sering kali menggunakan alasan ini ;

1. Saya Sebuklah Dengan Anak-anak

Sebuk dengan anak-anak?? Semua mommies especially surirumah yang ada anak-anak confirm sebuk dengan anak-anak. Tapi mommies yang part time bisnes & bekerja lagilah DOUBLE sebuk dengan anak-anak

2. Ala.... Nanti Rumah Saya Tak Terurus



Uruslah masa dan rumahtangga dengan sebaiknya. Kot iye pun surirumah, kalau dah tengahari masih lagi mengadap FB, selfie sana sini, di situ nampak banyak sangat masa lapang. Eloklah tukar tabiat tu kepada yang lebih berfaedah dan mendatangkan hasil.

3. Saya Tiada Duit Nak Mulakan Modal

Ehhh.... Tak minta duit pun buat modal barang. Hanya modal keahlian sahaja rm69 dan kos pos kit bisnes Shaklee.

4. Kalau Cust Tanya Macam-macam, Nak Jawab Apa?


Shaklee tak menyusahkan. Ramai master berpengalaman yang boleh membantu. Banyak kelas-kelas online dan offline dianjurkan. Tak cukup dengan itu, kelas-kelas juga ada dianjurkan melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram. Kalau malu sangat, boleh pm Upline.

5. Suami Tak Benarkan Berniagalah

Memang yang ramai macam tu. Mula-mula tak bagi, tapi bila nampak isteri mula membantu lama kelamaan suami akan redha juga. Tapi wahai sang suami, janganlah ambil kesempatan. Nafkah khas untuk isteri tetap wajib walaupun isteri memiliki pendapatan sendiri.

6. Nanti Saya Tiada Masa Untuk Keluarga dan Anak-anak


Bukan suruh mengadap bisnes 24 jam. Orang yang kerja di ofis pun, jam 5 petang pandai balik rumah. Ambillah sekitar 1-2 jam sehari untuk mencari maklumat berkaitan produk atau apa sahaja yang dapat membantu meningkatkan pengetahuan untuk meningkatkan jualan. Saya pun tidak mengambil masa yang banyak sehari tau... malam je ada peluang untuk berShaklee

Bersedia untuk mencabar diri?? buat 2 kerja kata ******* oopppssssss...... kalau sukakan advanture dan bersedia membantu meningkatkan ekonomi keluarga, jomlah sertai Shaklee untuk bonus setiap bulan. Mula-mula 2 angka, lepas tu 3 angka, lepas tuuuu ...... bertambah-tambah angka.

Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk maklumat lanjut tentang Shaklee, apa yang Shaklee tawarkan dan apa yang Shaklee mampu berikan... Cepatt !!!!!