Wednesday, 20 January 2016

Pengambilan Makanan Tidak Berkualiti Penyebab Insomnia

Tidur merupakan keperluan yang penting bagi manusia. Tidur yang cukup mempengaruhi kualiti kerja seharian. Kira-kira satu pertiga waktu dari kehidupan dihabiskan dengan tidur. Jangan tidak tahu bahawa pengambilan makanan yang tidak berkualiti mampu menjejaskan kualiti tidur tau !!!! Jadi, untuk memastikan tidur anda tidak terganggu, pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat sahaja.



Pengaruh Pemakanan

Ketika tidur, organ-organ dalam tubuh kita akan berehat dan memulihkannya kembali setelah digunakan seharian. Ini adalah persediaan untuk menghadapi hari esok. Memandangkan tidur yang mencukupi merupakan satu keperluan, secara automatik proses  atau sistem tubuh akan terganggu apabila jumlah waktu tidur tidak mencukupi.

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah sukar tidur. Salah satunya adalah jenis makanan yang dimakan. Terdapat kelompok makanan yang membolehkan tidur dengan nyenyak, tidak kurang juga yang menganggu tidur yang lena.

Makanan Yang Mengganggu Tidur

Jika anda termasuk dalam golongan yang biasa makan pada waktu malam, ketahuilah jenis makanan yang seharusnya anda makan, termasuk jumlahnya. Makan berlebihan pada waktu malam dapat mengakibatkan saluran pencernaan terpaksa bekerja keras dan perut akan terasa penuh dan kembung. 

1. Protein

Selain kuantiti atau jumlah yang berlebihan, pengambilan protein pada waktu malam dengan kadar yang berlebihan dapat mengganggu waktu tidur anda. Ia akan meningkatkan produksi hormon 'norepinephine' dan 'dopamin' dimana kedua-dua jenis hormon ini akan meningkatkan kesedaran. Betapa sukarnya untuk tidur jika anda telah mengambil makanan dalam jumlah yang berlebihan ditambah pula dengan pengambilan protein. Oleh sebab itulah kita disarankan untuk makan malam sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam sebelum tidur.

2. Makanan Bergas 

Makanan yang mengandungi gas (seperti nangka dan durian), bawang putih berkeupayaan menimbulkan rasa panas ulu hati (heart burn) dan kembung. Jika anda mengalami kesukaran tidur akibat munculnya rasa panas di ulu hati dan kembung diperut, kurangkan pengambilan makanan jenis 'tajam' dalam masakan.

3. Makanan Tinggi Kandungan Gula

Dinasihatkan juga untuk mengurangi makanan yang memiliki kandungan gula yang tinggi seperti madu, kaffein seperti kopi dan coklat dan makanan tinggi alkohol.

4. Alahan

Gangguan tidur juga boleh disebabkan oleh alahan terhadap sesuatu makanan. Awasi jenis-jenis makanan yang boleh menimbulkan alahan pada sesetengah orang seperti susu, coklat, kekacang, putih telur, zat pewarna makanan dan makanan laut. Jika anda mengalami insomnia kerana alahan, hindarilah makanan tersebut untuk tempoh 1 hingga 2 minggu. Sekiranya kesukaran tidur dapat diatasi, eloklah berhenti memakannya dalam satu tempoh dan mencubanya kembali. Jika alahan tersebut kembali, maka adalah baik jika elakkan terus dari makan makanan tersebut.

Waktu Makan Yang Tidak Teratur

Gaya pemakanan turut dipengaruhi oleh gaya hidup masa kini. Kesebukan mendorong seseorang mengabaikan waktu makan. Makanan yang mudah dan ringkas merupakan pilihan mereka yang kekurangan masa. Akibatnya wujudnya 'fast food' yang disediakan untuk memberi kemudahan kepada golongan yang kurang masa ini. Pemilihan makanan yang tidak berkhasiat akhirnya melahirkan generasi yang kekurangan vitamin, mineral dan zat gizi. Justeru , kekurangan zat tertentu itulah menyebabkan timbulnya insomnia.

Kekurangan Zat Yang Boleh Menganggu Tidur

* Vitamin B (Niasin)
* Vitamin B12 (Cyanocobalam)
* Inositol
* Vitamin B5 (Asid panthotenat)
* Asid Folat
* Mineral (Kalsium dan Magnesium)

Makanan Yang Memudahkan Tidur

* Asid Folat - Asparagus, brokoli 
* Kalium - Daging, susu, kentang, pisang dan buah-buahan segar
* Magnesium - Kentang, biji-bijian, susu, daging, ikan, sayur-sayuran yang berwarna hijau.
* kalsium - Udang
* Niacin - Kekacang, susu
* Vitamin B 12 - Ikan, telur
* Vitamin B5 - Ikan, susu, kekacang

Apa Yang Shaklee Boleh Bantu??


ESP - Pembekal tenaga

* Membekalkan tenaga segera
* Meningkatkan sistem imun
* Meringankan kesakitan migrain akibat kurang tidur
* Mengurangkan tekanan

B Complex - Pengurang stress

* Menstabilkan tekanan
* Memastikan kesihatan saraf sekali gus membantu mengurangkan sakit kepala, kemurungan dan sukar tidur.
* Mengurangkan keletihan dan kelesuan  

Vitamin B berfungsi mengatur tubuh dalam menggunakan asid amino termasuklah 'tryptohan'. Niasin mempunyai daya meningkatkan kerja dari 'tryptohan' dan memanjangkan 'Rapid Eye Movement' saat anda sedang tidur. Vitamin ini efektif untuk mengatasi insomnia

Ostematrix - Penenang

* Memberikan kesan ketenangan
* Membantu merehatkan otot dan saraf
* Membantu mendapatkan tidur yang lena
* Mengurangkan depresi

Testimoni Set Insomnia


'Insomnia ke? Dah ada jalan penyelesaian? Set Insomnia dari Shaklee mungkin mampu membantu masalah anda. Dapatkan konsultasi secara percuma dari saya, Pengedar Shaklee Labuan. Perkhidmatan COD turut disediakan untuk warga Labuan tau !!! Luar Labuan??? Jangan bimbang, kos pos adalah percuma... !!! jangan tunggu lagi' - Pengedar Shaklee Labuan

 
    

  

      

 

No comments:

Post a Comment