Vitamin B

Vitamin B merupakan vitamin yang sangat penting untuk tubuh kerana Vitamin B membantu tubuh dalam proses memperoleh tenaga dari sumber makanan. Vitamin B turut membantu dalam pembentukan sel darah merah. Vitamin B boleh diperolehi dari pengambilan makanan seperti ikan, daging, telur dan produk tenusu. Vitamin B turut mudah diperolehi melalui sayur-sayuran dan kekacang.

Lapan Jenis Vitamin B 


Vitamin B1 (Thiamin)

Vitamin B1 atau turut dikenali sebagai Thiamin merupakan vitamin 'anti-stress'. Ini kerana Vitamin B1 memperkuatkan sistem imun tubuh serta meningkatkan keupayaan tubuh menangani tekanan. Ia dinamakan Vitamin B1 sempena penemuannya yang pertama.

Thiamin boleh diperolehi dari sumber tumbuhan dan haiwan yang memainkan penting dalam sistem metabolik. Tubuh memerlukan Thiamin dalam membantu penghasilan Adenosine Thriphophate (ATP) dimana setiap sel dalam tubuh amat memerlukannya sebagai tenaga

Masalah kekurangan Thiamin adalah sangat jarang berlaku. Akan kekurangan Thiamin boleh menyebabkan gejala seperti sakit kepala, loya, keletihan, kemurungan, cepat marah dan ketidakselesaan abdomen. 

Kekurangan Thiamin mampu menimbulkan masalah kesihatan seperti Wernicke-Korsakoff Syndrom iaitu masalah pada sistem saraf pada otak, masalah katarak, Alzeimer, masalah jantung dan tekanan.

2. Vitamin B2 (Riboflavin)

Vitamin B2 atau turut dikenali sebagai Riboflavin sangat penting dalam pertumbuhan tubuh dan juga pembentukan sel darah merah dan membantu melepaskan tenaga daripada karbohidrat. 

Kekurangan Riboflavin akan menyebabkan anemia, kekeringan mulut dan bibir, masalah kulit, sakit tekak dan pembengkakan pada membran mukus. 

3. Vitamin B3 (Niacin) 

Selain berfungsi menukarkan makanan kepada tenaga, Vitamin B3 atau Niacin amat diperlukan dalam sistem pencernaan, kulit dan sistem saraf. Kekurangan Niacin mendedahkan tubuh kepada penyakit Pellagra. Antara simptom-simptom bagi masalah ini adalah seperti masalah pencernaan, radang kulit dan masalah kemerosotan mental.

4. Vitamin B5 (Pantothenic Acid)

Vitamin B5 wujud dalam sel tubuh sebagai koenzim (CoA). Vitamin B5 juga penting dalam pelbagai aktiviti tindak balas kimia dalam tubuh manusia. Pengambilan Vitamin B5 turut membantu dalam menurunkan paras kolesterol. Sumber seperti cendawan, susu, telur, avokado merupakan contoh-contoh makanan yang menyumbang kepada keperluan Vitamin B5.

5. Vitamin B6 (Piridoksin)

Vitamin B6 atau Piridoksin diperlukan bagi membantu proses metabolisma asid amino (protein), karbohidrat, lemak, pembentukkan sel-sel darah merah, serta pembentukkan neurotransmitter, iaitu sebatian kimia penghantar pesanan antara sel saraf seperti norefinefrin, dopamin serta serotonin.

6.  Vitamin B7 (Biotin)

Vitamin B7 atau Biotin adalah enzim penting  yang diperlukan dalam membantu memecahkan lemak dan karbohidrat. Biotin sangat diperlukan untuk ibu hamil, individu yang mengalami masalah penurunan berat yang mendadak, diabetes, masalah kulit, rambut dan kuku. Kekurangan biotin juga cenderung menyebabkan pertumbuhan uban dan tekanan.

7. Vitamin B9 (Asid Folik)







Asid Folik sangat diperlukan oleh ibu hamil ataupun yang merancang untuk hamil. Pengambilan asid folik amat penting sewaktu hamil kerana asid folik berfungsi untuk merangsang perkembangan janin, terutama saraf dan sel darah. Oleh yang demikian, ibu hamil perlu memastikan pemakanan seharian cukup kandungan asid folik kerana ia mengurangkan risiko bayi terkena neural tube defect (NTD), iaitu kecacatan semasa lahir yang serius pada otak dan sumsum tulang belakang.

Asid folik berperanan dalam penghasilan sel darah merah kerana ia adalah enzim bagi menghasilkan DNA (deoxyribonucleic acid). Kekurangan asid folik turut menyebabkan tubuh kekurangan kecekapan imuniti serta mengganggu fungsi limfosit. Pemakanan sayuran berdaun seperti taugeh, bayam, brokoli dan asparagus amat disarankan bagi memastikan bekalan asid folik yang mencukupi. 

8. Vitamin B12 (Cyanocabalmin)

Vitamin B12 merupakan nutrien yang diperlukan untuk memastikan sistem saraf dan sel darah kekal sihat. Vitamin B12 juga diperlukan dalam pembentukan DNA. Kekurangan Vitamin B12 akan menyebabkan masalah anemia yang turut dikenali sebagai megaloblastic anemia. Selain itu, Vitamin B12 juga membantu pembentukkan serta pematangan sel darah merah dan pertumbuhan janin. Sumber makanan dari hati, daging lembu, telur, keju, susu dan ayam 


Comments