Monday, 21 December 2015

Tingkatkan Imun Dengan Makanan Sihat




Pernah tak anda mengeluh kerap dijangkiti penyakit seperti demam, batuk dan selsema?? Pernah tak anda terfikir mengapakah anda sering sakit?? Pernah tak anda terfikir apakah sebabnya?? Ada masanya kita akan cuba membandingkan kesihatan diri kita dengan rakan yang lain, walaupun sering menjalani aktiviti yang sama, di persekitaran yang sama, akan tetapi kitalah yang paling mudah jatuh sakit. 

Sistem ketahanan tubuh adalah tidak sama pada setiap individu. Sistem ketahanan tubuh juga tidak bergantung sepenuhnya terhadap pengambilan vitamin dan supplimen semata-mata. Vitamin dan supplimen hanyalah penambah kepada daya tahan badan terhadap penyakit dan jika kita kurang mengambilnya, tubuh akan lemah. Untuk meningkatkan lagi sistem ketahanan tubuh, pemakanan juga perlu diambil kira. 

1. Bawang Putih


Penggunaan bawang putih telah menjadi amalan sejak ratusan tahun yang lalu sebagai sumber antiseptik yang dipercayai. Pengambilan bawang putih secara konsisten, memberi perlindungan terhadap demam, batuk, selsema serta jangkitan penyakit yang lain. Bawang putih mengandungi Vitamin C, B1 dan B6, mineral iaitu fosfur dan zat besi dan sulfoxide alliin yang dikenali sebagai anti bakteria.

2. Omega 3


Ikan salmon, tuna dan mackeral merupakan jenis ikan yang membekalkan asid lemak omega 3 serta membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh. Amalan memakan ikan jenis ini mambantu melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit. Untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh, kita disaran untuk mengambil hidangan yang mempunyai khasiat asid lemak omega 3 sebanyak 3 hidangan seminggu.

3. Kacang dan Biji-bijian



Vitamin E yang terkandung dalam kekacang dan biji-bijian merangsang pengeluaran sel untuk menyingkirkan bakteria dan sel kanser dalam badan. Selain dari itu, makanan ini juga membantu meningkatkan fungsi pembuluh darah.

4. Gandum



Beras merah, oat dan produk makanan yang dihasilkan dari gandum amat tinggi kandungan serat, protein dan antioksidan. Jika ia diambil secara berterusan, makanan jenis ini akan meningkatkan daya ketahanan badan. 

5. Buah-buahan dan Sayur-sayuran


Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran amatlah disarankan dalam setiap hidangan makanan seharian. Serat yang terkandung dalam buah dan sayuran dipercayai mampu menjaga ketahanan tubuh, menurunkan tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol dalam badan. Diet lebih sayuran dan buah-buahan berpotensi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan melindungi sel badan dari mengalami kerosakkan.

Apakah Supplimen Peningkat Imun Tubuh Shaklee??


Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting. Juga mengandungi 9 jenis asid amino penting. Sangat tinggi protein, kalsium dan serat yang amat diperlukan oleh tubuh serta rendah Indeks Glisemik.




Diperbuat dari bawang putih yang memang terkenal dengan kandungan antibiotik yang tinggi dalam menangani penyakit. Mengandungi Allisin yang merupakan sebatian yang terdapat dalam bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Secara tradisionalnya bawang putih melegakan demam, batuk dan selsema. 






Vitamin C memainkan peranan yang penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi serta keseluruhan kesihatan yang baik.


Asid lemak omega 3 berfungsi untuk meningkatkan sistem imun manusia. Selain dari itu, asid lemak omega 3 juga membantu mengurangkan keradangan akibat sesuatu penyakit dan juga membantu mengurangkan berat badan.


Nutriferon

Nutriferon Shaklee dihasilkan dari bahan semulajadi dimana ia sangat bermanfaat mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. 




"Perlukan yang lebih selamat dalam menjaga sistem imunisasi?? Dapatkan vitamin yang semulajadi untuk keperluan tubuh badan anda. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk vitamin peningkat imun tubuh badan. Khidmat COD turut diberikan kepada warga Labuan" - Pengedar Shaklee Labuan

No comments:

Post a Comment