Thursday, 17 December 2015

Sarapan Tinggi Kalori, Awasi Menu Anda !


MULAKAN PAGI ANDA DENGAN SARAPAN 
YANG MENYIHATKAN !!!!!

Cuba tengok balik sarapan pagi ni... menyihatkan atau tidak??
hhhmmmm.... Pagi ni dalam jam 8pagi saya minum segelas nestum yang dicampur oat dan 1 biji cucur badak. Pukul 10.30 pagi ni ambil 2 ketul naget ayam. Tapi yang pasti tak lupa 2 biji Vita-C, 2 biji Vitalea dan 1 sudu Vivix. Biasanya saya ambil segelas ESP untuk sarapan, tapi memandangkan masih bercuti di rumah mak, so bekalan tu memanglah tak bawa.

Berapa Kalori Sarapan Saya Hari Ini Ya?

Nesvita - 122kcal
Mix Fruit Yogurt - 99kcal
1 biji cucur badak (saiz kecil) - 75kcal
2 ketul naget ayam - 118kcal
Jumlah = 414 kcal

Sehingga jam 11 pagi saya telah ambil sehingg 414kcal. Kalau saya nak kekalkan berat badan sekarang, saya perlu makan tidak melebihi 1120kcal ( mengikut bacaan resting metabolism). Saya ada 706kcal lagi untuk hari ini.

Tapi kalau saya perlu menurunkan berat badan, saya perlu sehingga 1480kcal sehari (Berdasarkan perkiraan https://www.glucernachallengeme-bm.com.my/tools/bmr-calculator) .

Ini kerana jumlah pengambilan kalori yang terlampau sedikit (seperti di atas) juga tidak membantu menurunkan berat badan. Kalau nak gemuk senang je, makanlah melebihi 1480kcal... hehehe....

Saya pasti ramai yang tahu dan faham tentang pengambilan kalori seharian. Kebanyakkan mereka turut sedar menu sarapan yang diambil memiliki kalori yang tinggi. Pengambilan makanan tinggi kadar kalori meningkatkan potensi untuk mengalami masalah obesiti dan juga masalah kesihatan yang lain. Tapi, apakan daya, selera sukar disekat. Jom kita tengok beberapa menu sarapan tinggi kalori yang menjadi kegemaran ramai orang.

1. Roti Canai



Kalau makan roti canai, dapat pulak yang garing-garing sikit, tambah lagi kari pekat dengan daging kambing... perrgghhhh.... gila sedap. Selalu je order gitu.. tak sedar-sedar diri. Tahu tak yang roti canai sahaja boleh mencecah sehingga 400kcal sekeping?? Tu baru roti canai... kari kambing punye kalori?? waaaaa....... Tu pun kalau order 1 keping.. kalau 2 keping??? Tak heran lah kalau orang Malaysia ni gebu-gebu belaka... huhuhu. Apakata tukar roti canai dengan tosei atau capati. Menu kurang minyak dan lemak.

2. Nasi Lemak



Kalau di Malaysia, semua kaum makan nasi lemak. Macam menu kebangsaan la pulak. Nasi lemak tanpa lauk boleh mencecah sehingga 390kcal tau tak? Belum tambah sambal, telur, ikan bilis dan kacang goreng. Cara memasak nasi lemak dengan menggunakan santan  yang menjadikan ia lebih tinggi kalori. Makin banyak santan makan sedap sebab nasi semakin lemak, betul tak??? tapi makin tinggilah kalori nasi lemak tu. Nasi lemak lengkap dengan lauk pauk boleh mencecah sehingga 500kcal atau lebih bergantung kepada pemilihan lauk pauk. Tak salah jika inginkan nasi lemak sebagai sarapan pagi, tetapi mungkin saiz hidangan boleh dikurangkan agar kalori yang diambil juga berkurangan.

3. Kuih Muih



Tidak kira manis atau tidak, kalori sebiji kuih boleh mencecah sehingga 114kcal. Tapi kebiasaannya kita bukan makan sebiji kan?? Nak-nak lagi kuih dijual 3 biji rm1, dah alang-alang beli 3, makan lah semua. hehehe....

4. Mee Bersantan



Semangkuk mee / mihun dan disiram dengan kuah yang berasaskan santan pastinya membuka selera. Ditambah lagi dengan aroma masakan yang pastikan sukar ditolak. Pastinya kalori makanan jenis ini boleh mencapai sehingga 500kcal untuk 1 hidangan. Adalah baik jika kuah tersebut ditukar dengan sup. Bukan sahaja kurang berminyak dan berlemak, tetapi hanya mengandungi kalori sekitar 380kcal sahaja.

5. Teh Tarik.



Semakin kaw, semakin pekat semakin lah sedap ... kan??? Susu pekat yang digunakan dalam teh tarik merupakan penyumbang utama nilai kalori dalam teh tarik sehingga nilai kalori 140kcal.

6. Burger



Gaya hidup yang mengejar masa membuatkan ramai yang memilih makanan barat sebagai sarapan pagi. Biasanya burger mengandungi daging, salad, mayonis, keju dan adakalanya telur sebagai pelengkap selera dan kalori juga boleh menjadi sehingga 475kcal. Apa kata buat burger sendiri. Hasilkan daging kisar sendiri, lebihkan salad dan kurangkan garam. Pasti lebih sihat.

Cadangan Sarapan Dengan Produk Shaklee



Pilihan sarapan dari produk Shaklee yang pastinya memberikan khasiat yang tinggi. Tak rugi jika memulakan sarapan sama ada dengan ESP, Mealshakes, Cinch Shakes ataupun Cinch Energy Tea Mix.

Jika anda seorang pengidap diabetes, ESP amat sesuai untuk pengidap diabetes kerana memiliki nilai Index Glicemik yang rendah iaitu 39.

Jika anda kekurangan nutrien tertentu, Mealshakes membekalkan 24 jenis nutrien, vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh.

Inginkan sesuatu yang dapat meningkatkan metabolisma tubuh?? Cubalah Cinch Energy Tea Mix sebagai sarapan pagi anda. Pastinya lebih bertenaga dan bersemangat.

Cinch Shakes merupakan campuran protein yang diperkaya dengan leucine dimana ia berupaya memelihara otot. Minuman ini turut memiliki nilai GI yang rendah iaitu 22. Oleh itu turut sesuai untuk pengidap kencing manis.

'Apa kata anda?? Ada rasa nak ubah menu sarapan tak? Kalau bukan sekarang, bila lagi kan? Jom hubungi Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan produk Shaklee.Free penghantaran tau?? Boleh COD sekitar Labuan juga. Bagi yang berminat, jangan tunggu lama-lama' - Pengedar Shaklee Labuan





 






No comments:

Post a Comment