Ketahui Jenis Diabetes Anda

Apa Itu Diabetes?


Seseorang dikatakan mengidap diabetes apabila paras gula (glukosa) dalam darah melebihi paras normal akibat PANKREAS TIDAK MEREMBESKAN INSULIN SECUKUPNYA ataupun apabila BADAN TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN INSULIN SECARA BERKESAN.

INSULIN merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas, yang menolong glukosa darah memasuki sel badan dan menukarkan glukosa kepada tenaga. Bagi pesakit diabetes, insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan dan menyebabkan ia terkumpul dalam darah, dan akhirnya ia berkumpul dalam air kencing. Apabila sel badan tidak menerima glukosa, badan akan menjadi kerap letih kerana kekurangan tenaga walaupun paras glukosa tinggi dalam darah.

Ketahui Jenis Diabetes

Diabetes Jenis 1

* Memerlukan insulin setiap hari
* Disebabkan kekurangan atau tiada insulin dikeluarkan
* Biasanya terjadi pada kanak-kanan, remaja yang lebih dikenali sebagai "Juvenille Onset Diabetes"

Diabetes Jenis 2

* Selalu dihidapi dikalangan orang dewasa dan individu yang memiliki berat badan yang berlebihan
* Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat-ubatan
* Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes

Faktor Risiko Diabetes

1. Sejarah Keluarga

Jika terdapat ahli keluarga yang disahkan kencing manis, kebarangkalian ahli keluarga yang lain juga mewarisi penyakit diabetes adalah tinggi

2. Berat Badan Berlebihan

Individu yang memiliki berat badan yang berlebihan berpotensi mengidap diabetes

3. Tidak Aktif Aktiviti Fizikal

Kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal membuka ruang kepada penyakit diabetes

4. Faktor-Faktor Lain

Selain faktor yang telah disebut di atas, umur, etnik selalu dikaitkan dengan penyakit diabetes.

Gejala Diabetes


 1. Sentiasa merasa dahaga

2. Kerap membuang air kecil

3. Merasa letih dan lesu

4. Susut berat badan walaupun berselera makan

5. Luka dan kudis lambat sembuh

Jadual di bawah merupakan jadual paras gula yang biasa digunakan untuk memastikan tahap glukosa seseorang berada ditahap mana. 



 Apa Yang Shaklee Mampu Bantu??





"Dapatkan SET DIABETES untuk membantu menangi masalah kencing manis anda. Dapatkan SET DIABETES dari saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk maklumat lanjut berkaitan produk. Istimewa untuk pengguna Shaklee, perkhidmatan COD secara percuma untuk warga Labuan, dan KOS POS PERCUMA untuk pengguna Shaklee di luar Labuan"- Pengedar Shaklee Labuan.

 

Comments