Wednesday, 16 December 2015

KELAS KARADA ; Pengalaman Pertama Ke HQ Shaklee.... Excited Betul !!!

Excited betul !!!!
Tu lah rasa yang mula-mula nak diluahkan. First time ke HQ Shaklee untuk mengikuti Kelas Karada pada 15 Dis 2015. Rupanya HQ dekat je dengan rumah di Jalan Kebun Kelang. Mula-mula tu ingat nak naik je Komuter ke Stesen Setia Jaya dan naik RapidBus ke stesen Sunway Lagoon, nasib baik ada adik ipar yang sudi hantarkan untuk kelas 2 jam hari tu.

Apa sebenarnya mesin karada tu?


Ni lah rupa sebenar mesin Karada. Tak sabar nak guna sebenarnya. Tapi dapat turn bulan 2 main kutu dengan kawan-kawan Shaklee. Bestkan?? Kenal dalam wasap je.. tapi sifat kepercayaan dikalangan rakan-rakan ni sangat tinggi. Harga pun boleh tahan. RM700 dengan pos. Beli mahal-mahal tapi tak pandai pakai, tak ke rugi namanya??

Apa bestnya beli mesin ni?? 

Mesin karada ni boleh bagi bacaan aktiviti yang berlaku dalam badan kita tau... Melalui mesin karada kita boleh tahu paras kesihatan tubuh badan kita antaranya ;

1. Berat
2. BMI
3. Body Fat Percentage
4. Visceral Fat
5. Resting Energy
6. Body Age
7. Subcutaneous Fat
8. Muscle



Penerangan tentang penggunaan mesin karada ni telah diberikan oleh Puan Sarah. Antara kebaikan menggunakan mesin karada ni adalah ;

1. Memberikan gambaran berkenaan status kesihatan seseorang
2. Menyedarkan tentang risiko penyakit merbahaya
3. Memberi maklumat tentang tubuh kekurangan nutrisi atau pun tidak.

Selepas sessi secara teori, peserta diberikan peluang menggunakan mesin karada secara praktikal agar mudah menggunakannya pada masa-masa akan datang. 

Tak boleh sebarangan pegang bahagian pemegang tu tau. 



Semasa menggunakan mesin karada, barang metal seperti barang kemas, jam dan telefon perlu dijauhkan agar tidak mengganggu bacaan mesin.


Bacaan pada mesin karada dicatat pada borang yang telah disediakan. Melalui rekod tersebut, kita dapat mengetahui keadaan dalam tubuh kita sama ada sihat ataupun tidak.

Sempat juga kami selfi.

HQ Shaklee terletak di Bangunan Pinnacle, Bandar Sunway.




Sempat juga bershopping. Selalunya shopping Shaklee online, dah alang-alang ke sini belilah juga.

In Sha Allah, harap-harap ada juga peluang untuk ikuti kelas Shaklee lagi lepas ni, Bukannya bayar pun, FREE je !!! Siapa yang tak nak. Lepas adanya mesin karada ini, semoga dapat memudahkan lagi usaha membantu rakan-rakan yang memerlukan nasihat berkaitan dengan kesihatan. 
 

No comments:

Post a Comment