Resvestrol : 6 Alasan Mengapa Perlu Ambil Vivix




Kenali Resveratrol











Resveratrol adalah sejenis bahan kimia semulajadi (Phytoalexin) yang dirembeskan oleh sesetengah tumbuhan sebagai agen pertahanan apabila diserang oleh pathogen seperti bakteria dan fungi. Resveratrol adalah sebahagian daripada satu kumpulan tumbuhan yang dipanggil pilofenol (polyphenol)

Kandungan Resveratrol yang tinggi ditemui dalam grapewine dimana tumbuhan ini menghasilkan Resveratrol secara semulajadi apabila ia diserang oleh kulat, bakteria dan virus. Berdasarkan penemuan ini didapati Resveratrol merupakan pelindung semulajadi bagi tumbuhan ini untuk melindungi dirinya sendiri daripada rosak. Sejak itu ia mula digunakan oleh manusia. Resveratrol turut ditemui pada sayur-sayuran dan buah-buahan terutama kulit anggur yang berwarna gelap.

Secara asasnya, Resveratrol bukanlah nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan. Akan tetapi, gaya hidup masa kini yang sangat terdedah dengan persekitaran kurang sihat mampu merosakkan sistem tubuh. Resveratrol berupaya memulihkan sistem tubuh dari peringkat selular, dimana penyakit itu bermula. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser dan peningkatan paras kolestrol disyorkan untuk menambah resveratrol dalam diet seharian mereka.



Kenali 6 Alasan Mengapa Perlukan Vivix Dengan Resveratrol

1. Meningkatkan daya ketahanan tubuh.

Kajian oleh Kanada pada tahun 2012, mendapati pengambilan supplemen yang mengandungi Resveratrol mampu memberikan manfaat yang baik terhadap pembinaan otot semasa latihan ketahanan. Selain berpotensi meningkatkan ketahanan otot dan tubuh, Resveratrol turut mampu menjadikan metabolisme oksidatif dan meningkatkan fungsi kardio. Gabungan latihan ketahanan dengan pengambilan Resveratrol mampu memberi kesan sehingga 21% lebih baik terhadap tubuh.

2. Menyelamatkan Sistem Kardiovaskular

Amalan mengambil supplemen mengandungi kandungan Resveratrol yang tinggi mengurangkan risiko untuk mengalami artherosclerotic, iaitu penyebab kepada penyakit jantung dan strok dan seterusnya mengurangkan risiko 30% kematian.

3. Perlindungan Terhadap Kanser

Adakah anda memiliki sejarah keluarga yang mengidap kanser? Berkemungkinan anda juga berisiko. Resveratrol berupaya memperlahankan keaktifan sel kanser, seterusnya menjadi agen antikanser yang sangat efektif.

4. Memelihara Penglihatan

Salah satu simptom penuaan adalah pandangan yang semakin kurang jelas. Resveratrol dikatakan mampu mengawal selia angiogenesis, dengan cara menghalang pertumbuhan salur darah yang tidak normal yang boleh merosakkan penglihatan. Selain dari itu, pengambilan asid lemak Omega 3, Beta kerotin, Vitamin C dan Vitamin E juga digalakkan untuk untuk memelihara kesihatan mata.

5. Merangsang Penghasilan Testosteron

Menginjak keusia 30an, pengeluaran hormon testosteron akan semakin menyusut. Berdasarkan kajian yang dijalankan di Korea, pengambilan Resveratrol mampu meningkatkan pengeluaran testosteron sehingga 50%. Pada lelaki, hormoni ini diperlukan dalam meningkatkan fungsi seks seperti penghasilan sperma, merangsang perkembangan otak, otot dan tulang serta meningkatkan tenaga. Hormon ini juga dihasilkan oleh wanita dalam meningkatkan aktiviti seks, menghasilkan hormon estrogen serta merangsang perkembangan otot.

6. Meningkatkan Ketajaman Mental

Pengambilan Resveratrol secara konsisten membantu meningkatkan fungsi memori otak. Ini kerana Resveratrol berupaya memperbaiki perjalanan darah ke otak seterusnya meningkatkan kesihatan mental.      



"Perlukan konsultasi secara percuma berkaitan dengan Tonik Ajaib Vivix? Dapatkan konsultasi dari saya, Pengedar Shaklee Labuan. Perkhidmatan COD secara percuma turut di berikan kepada warga Labuan. Jangan risau untuk mereka yang berada di luar kawasan Labuan, kos penghantaran juga dikenakan secara PERCUMA" - Pengedar Shaklee Labuan





 










Comments