Rawat Segera Kanser Payudara : Semua Wanita Berisiko




Terdapat segelindir wanita yang sedar mereka mempunyai simptom kanser payudara tetapi tidak mahu melakukan pemeriksaan.

 Kenapa agaknya ya?? 
Takut untuk melakukan ujian?
atau takut apabila mendapat tahu keputusannya??

Tetapi saya percaya ramai wanita yang sedar tentang bahaya penyakit ini kerana terdapat wanita yang bersedia mengambil langkah awal untuk mengesan penyakit merbahaya ini.

Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara kerana sel kanser memang telah wujud dalam tubuh semua manusia. Apa yang membezakannya adalah faktor-faktor yang menyebabkan sel tersebut menjadi aktif dan merebak. Pendedahan kepada hormon estrogen secara berlebihan meningkatkan risiko untuk seseorang wanita mengidap kanser payudara. Antaranya seperti ;



1. Akil baligh pada usia muda dan mencapai menopaus sekitar usia 50an

2. Tidak pernah melahirkan anak atau bersalin selepas umur 30 tahun.

3. Tidak menyusukan anak langsung atau menyusukan hanya kurang dari 6 bulan.

4. Mengambil rawatan gentian hormon lebih dua tahun atau pil perancang.

5. Pengambilan alkohol secara berlebihan

6. Obesiti (kerana sel lemak menghasilkan hormon estrogen)

Tanda Awal Kanser Payudara






1. Ketulan yang tidak sakit di sekitar ketiak dan payudara

2. Ruam yang berpanjangan di sekeliling puting

3. Pendarahan atau lelehan luar biasa dari puting

4. Pendarahan pada kulit
    Bengkak dan menebal, berlubang dan permukaan kulit   
    payudara berkedut

5. Puting tertarik ke dalam


Faktor Lain Penyebab Kanser Payudara

1. Keluar darah haid seawal usia 12 tahun

2. Memiliki sejarah ahli keluarga yang mengidap kanser payudara

3. Obesiti

Langkah Awal Pencegahan Kanser Payudara
 
1. Buat pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan dan 5 hari selepas haid. Kaedah ini dikenali sebagai Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

http://www.breastcancer-emedicine.com/breast-self-examination/

2. Pemeriksaan selepas melahirkan anak pertama sebelum usia 30 tahun

3. Berikan susu badan pada bayi sekurang-kurangnya 6 bulan

4. Sentiasa mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat

5. Bersenam dengan teratur

6. Jaga berat badan agar tidak berlebihan

Rawatan Mengesan Kanser Payudara.

Sekirannya, anda memiliki simptom-simptom kanser payudara, dapatkan rawatan segera bagi memastikan ianya benar-benar kanser atau bukan. Antara rawatan yang boleh dijalankan adalah;

1. Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC)

Ujian ini dilakukan dengan cara mengambil sampel dari ketulan yang disyaki yang tumbuh di kawasan ketiak dan payudara. Ia dilakukan dengan cara menggunakan picagari dan jarum halus dengan menggunakan teknik steril. Sampel yang diambil dibawa ke makmal untuk diuji.

2. Mammogram

Mammogram merupakan ujian yang dilakukan dengan menggunakan mesin x-ray khas yang mengesan perubahan tisu pada payudara. Kedua-dua payudara akan ditekan diantara 2 keping logam. Kaedah ini akan menyebab sedikit ketidakselesaan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser pada payudara.

3. Core Needle Biopsy



Ini menggunakan kaedah dimana sampel tisu payudara diambil dengan menggunakan saiz jarum yang lebih besar saiznya. Sampel akan dihantar ke makmal untuk ujian.

[Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/organ-pembiakan/ujian-saringan-kanser-payudara]

Rawatan Alternatif










"Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut kebaikan dan kelebihan Vivis Shaklee? Hubungi saya , Pengedar Shaklee Labuan berkaitan produk Shaklee. Saya juga menyediakan perkhidmatan COD secara percuma untuk warga Labuan :)
Luar labuan??? Owh... jangan susah hati... pengeposan juga secara percuma untuk anda " -Pengedar Shaklee Labuan-

 


  

Comments