Monday, 30 November 2015

Rawat Sel Kanser Usus Dengan VIVIX


Usus dan rektum merupakan sebahagian dari sistem pencernaan yang berfungsi mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa tersebut sehingga ia dikeluarkan dari tubuh sebagai najis. 

Seseorang dikatakan mengidap kanser usus bermula dari 180 cm ataupun 6 kaki pertama usus besar. Di situlah makanan akan ditukarkan menjadi najis dan ia akan bergerak ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 cm atau 6 inci terakhir usus besar usus besar yang berakhir dengan dubur.

Punca sebenar masalah kanser usus atau kolon adalah tidak diketahui, tetapi dipercayai bermula dari gaya hidup dan pemakanan seseorang. Kanser usus terjadi apabila terdapatnya sel-sel yang tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar

[Sumber ; http://anizyn.blogspot.my/2012/01/kanser-usus-kanser-kolon-tanda-punca.html]

Punca Kanser Usus

1. Golongan berusia cenderung terdedah kepada kanser usus terutama yang berumur 50 tahun ke atas.

2. Kurangnya mengambil makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

3. Pengidap diabetes dan obesiti.

4. Pengambilan alkohol dan perokok

5. Mempunyai keluarga yang memiliki sejarah kanser usus meningkatkan potensi untuk mengidap kanser usus.

6. Keluarga yang memiliki polip usus atau penyakit usus, penyakit ulserative usus ataupun penyakit Crohn.

Tanda Kanser Usus 
 
Kanser usus seringkali kurang menampakkan tanda-tanda sehingga ia berada diperingkat kritikal. Antara gejala-gejala kanser usus adalah seperti;

1. Najis berdarah

2. Cirit-birit atau sembelit yang berlainan dari biasa.

3. Sering sakit perut

4. Sering letih

5. Penurunan berat badan yang tidak pasti punca sebenar.

Tahap Kanser Usus



Tahap 0

Merupakan tahap dimana sel kanser dikenalpasti pada lapisan dalam usus atau rektum.

Tahap 1

Merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah merebak ke dinding-dinding usus atau rektum tetapi belum merebak keluar.

Tahap 2

Merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah menyerang rangkaian sekitarnya tetapi belum merebak ke kelenjar lain.

Tahap 3

Merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah merebak ke kelenjar lain tetapi belum merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Tahap 4

Merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah merebak ke bahagian tubuh yang lain misalnya hati dan paru-paru.

[Sumber ; http://www.ubatkanseralternatif.com/index.php/kanser-usus ]

Rawatan Pengesanan Kanser Usus

1. Pemeriksaan Rektal Secara Digital

Melalui ujian ini, doktor akan  membuat pemeriksaan terhadap beberapa inci pertama bahagian rektum untuk polyp besar dan kanser. Kaedah ini selamat dan tidak menyakitkan. Akan tetapi ia hanya melibatkan bahagian bawah rektum dan tidak boleh mengesan masalah lain di bahagian atas rektum dan kolon.

2. Ujian darah fekal okulta

Ujian ini mengesan kehadiran darah pada najis. Akan tetapi tidak semua darah memberikan keputusan bahawa anda pengidap kanser, dan tidak semua pesakit kanser mempunyai najis berdarah. Ini juga tidak menghasilkan keputusan yang tepat kerana kehadiran darah dalam najis mungkin juga disebabkan oleh buasir atau keadaan usus selain kanser.

3. Sigmoidoskopi yang fleksibel

Doktor akan menggunakan tiub yang fleksible, halus dan hujungnya berlampu untuk memeriksa rektum dan sigmoid yang terletak lebih kurang dua kaki terakhir dalam kolon anda.

4. Enema barium
Sinar X digunakan untuk melihat keseluruhan usus besar. Barium, merupakan sejenis bahan pencelup kontras diletakkan dalam usus. Kandungan udara akan ditambah sewaktu ujian ini dijalankan. Barium akan mengisi dan melapisi lapisan bowel, mencipta salah satu bayangan rektum serta kolon. Sigmoidoskopi yang fleksibel selalu dilakukan sebagai tambahan kepada enema bariun untuk membantu mengesan polyp-polyp kecil yang tertinggal di bawah sinar X enema barium, lebih-lebih lagi di bahagian bawah bowel dan rektum.

5. Kolonoskopi

Kolonoskopi merupakan ujian yang paling sensitif untuk kanser usus, kanser rektal dan polyp. Jika terdapat mana-mana polyp sewaktu pemeriksaan, doktor mungkin akan membuangnya atau mengambil sampel tisu (biopsi) untuk dianalisis. 

[Sumber ; http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm]

[Sumber ;  http://www.ubatkanseralternatif.com/index.php/kanser-usus]

Cegahlah Kanser Usus Sebelum Terlewat

Langkah terbaik dalam mencegah kanser usus adalah dengan mengamalkan pemakanan seperti makanan tinggi serat contohnya bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan mengambil makanan yang menggunakan tinggi bahan pewarna dan pengawet. Elakkan alkohol dan berhentilah merokok. Pengambilan air putih yang mencukupi juga membantu. Jangan lupa.... stress turut menyumbang kepada masalah kanser usus. Jadi, uruslah stress dengan baik !!

Bagi mereka yang telah berusia melebihi 50 tahun, usahakanlah untuk membuat ujian saringan kanser sebagai salah satu pemeriksaan kesihatan setiap tahun.

Kandungan anti oksida VIVIX membantu pengidap kanser usus



Testimoni Kanser Usus Dengan Vivix

 



" Perlukan penawar tinggi anti oksidan untuk merawat kanser usus anda? VIVIX penawar paling mujarab kerana diperbuat dari bahan tinggi anti oksidan bagi memerangi sel kanser. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk maklumat lanjut berkenaan Vivix" - Pengedar Shaklee Labuan.

 

Thursday, 26 November 2015

Vitamin A

Vitamin A merupakan vitamin larut lemak pertama yang ditemui sekitar tahun 1913. Vitamin A terdiri daripada kumpulan sebatian yang dikenali sebagai retinoids. Terdapat 3 jenis vitamin A yang penting iaitu retinols, beta carotine dan carotenoids. Retinol merupakan vitamin yang terdahulu terbentuk dan merupakan bahan yang paling aktif diperolehi dari sumber makanan berasaskan haiwan. Beta Carotine yang dikenali sebagai Provitamin A, diperolehi dari sumber makanan berasaskan tumbuhan dan Carotenoids, bahan paling besar antara ketiga-tiga sebatian Vitamin A yang wujud dalam bahan bebas alkohol.

Fungsi Vitamin A

Vitamin A juga dikenali sebagai Beta Kerotin berfungsi menyokong pelbagai jenis proses metabolisme tubuh. Antaranya seperti sistem penglihatan, pembentukkan dan pertumbuhan yang berkaitan dengan sistem saraf, pembentukan tulang dan juga sistem imun tubuh.

Vitamin A juga merupakan jenis zat tinggi antioksidan yang membantu melambatkan proses penuaan, memadam reaksi karat lemak pembuluh darah, mempertahankan tubuh dari serangan radikal bebas yang bersifat karsinogenik. Pengambilan Vitamin A yang mencukupi mampu melindungi testis dan sel otak dari diserang kanser. 

Sumber Vitamin A


Vitamin A boleh diperolehi melalui pengambilan organ dalaman seperti hati ayam dan hati lembu, sayur-sayuran hijau tua seperti bayam dan kangkung. Selain itu, buah-buahan berwarna kuning dan oren seperti oren, ubi keledek dan lobak juga merupakan sumber Vitamin A.

Kesan Kekurangan Vitamin A



1. Masalah Penglihatan


Masalah mata sering kali dikaitkan dengan kekurangan Vitamin A . Antara gejala awal masalah kekurangan Vitamin A pada mata adalah apabila berlakunya mata kering (Xeropthalmia) iaitu kekeringan pada selaput lendir mata. Mata juga boleh mengalami rabun terutama waktu malam.

2. Kelahiran Pra-Matang

Kelahiran bayi pra-matang dengan masalah kekurangan vitamin A berkemungkinan akan mengalami masalah penglihatan dan masalah paru-paru. Berkemungkinan juga bayi yang bakal dilahirkan akan mengalami masalah berat badan. Antara kesan pada kelahiran bayi adalah ;

i. Bayi lemah
ii. Perkembangan bayi agak lambat
iii. Gangguan fungsi organ
iv. Mengalami masalah mata seperti xerosis kornea
 
3. Merencatkan Pertumbuhan 

Vitamin A diperlukan dalam pertumbuhan serta pembentukan tulang. Kekurangan Vitamin A menyebabkan terjadinya tulang dan gigi rapuh. Walaupun fungsinya tidak secara langsung, tetapi Vitamin A diperlukan dalam proses mensistesis protein sewaktu pertumbuhan dan pembentukan tulang dan gigi.

4. Masalah Pencernaan.

Dalam sistem pencernaan, usus sebagai media penyerapan air serta nutrien. Kekurangan  Vitamin A akan menyebabkan fungsi usus akan terganggu kerana Vitamin A berpengaruh dalam menjaga dinding-dinding usus. Akibatnya, usus tidak mampu menyerap air secara optimum dan ini menyebabkan kandungan air kecil menjadi sedikit kerana tubuh kurang cecair.

5. Masalah Kulit Kering


Kulit akan kurang kelembapan jika tubuh mengalami masalah kekurangan Vitamin A. Akibatnya kulit akan kelihatan bersisik, kering, pecah-pecah dan mudah diserang masalah kulit. 

[Sumber : http://halosehat.com/gizi-nutrisi/panduan-gizi/akibat-kekurangan-vitamin-a]

Kesan Berlebihan Vitamin A

Jika berlebihan Vitamin A ia dikenali sebagai Hipervitaminisos A dan boleh menyebabkan keracunan Vitamin A. Walaupun keadaan ini jarang-jarang berlaku, Vitamin A berlebihan boleh menyebabkan gejala seperti sakit kepala, loya, cirit birit, keguguran rambut, sakit-sakit badan, masalah hati dan limpa, kecacatan bayi dalam kandungan, gangguan kitaran haid dan sebagainya. 

Monday, 16 November 2015

Rangkaian Get Clean Shaklee Sesuai Untuk Kulit Sensitif



Kulit sensitif amat mudah menunjukkan kesan tidak serasi terhadap produk tertentu, pendedahan kepada bahan kimia, keadaaan cuaca ataupun persekitaran yang kurang bersih. Kulit sensitif tidak boleh dirawat sembarangan kerana silap aturan, makin buruk padahnya. Biasanya kulit sensitif akan memperlihatkan kesan jerawat, ruam-ruam, kering dan mengalami kegatalan pada kulit apabila terdedah kepada bahan-bahan atau punca yang menjadikan ia semakin sensitif.

Faktor Kulit Sensitif

1. Genetik

Faktor genetik juga menjadikan salah satu sebab mengapa berlakunya kulit sensitif. Keadaan kulit yang terlalu nipis dan lembut turut menyebabkannya sensitif dan mudah terkena selaran cahaya matahari. Secara umumnya kulit sensitif sentiasa kering, mudah pecah dan mudah mendapat alahan.
Terdapat juga antara mereka yang mengidap jangkitan seperti psoriasis, jerawat dan lain-lain.

2. Keadaan Persekitaran

Pencemaran udara dan air turut menyumbang kepada kulit mengalami iritasi. Tekanan harian, emosi dan cara pemakanan yang tidak seimbang mempengaruhi keadaan kulit. Sebagai contoh, jika anda kurang minum air putih, kulit akan menjadi kering, pucat dan tidak bermaya.

Ciri-ciri Kulit Sensitif

1. Warna semulajadi kulit kelihatan kemerah-merahan

2. Kulit mudah mendapat tompok-tompok

3. Penggunaan produk penjagaan kulit biasa mudah menjadi merah dan pedih

4. Kulit akan pecah jika terdedah pada pencuci detergen

5. Suhu mempengaruhi keadaan kulit

6. Penggunaan produk yang mengandungi alkohol seperti minyak wangi menyebabkan alahan dan iritasi


Cara-Cara Menjaga Kulit Sensitif

Kerana mudah mendapat alahan, penjaga kulit sensitif secara optimum haruslah dilakukan untuk mendapatkan hasil kulit yang baik. Dengan menggunakan produk yang lembut dan khas untuk kulit sensitif, anda boleh mengurangkan kesan alahan terhadap kulit anda. Cuba tips ini untuk kulit sensitif;

1.  Elakkan perubahan suhu yang terlalu panas dan terlalu sejuk

2. Elak supaya mengurut kulit terlalu kuat untuk mengelakkan kulit menjadi pecah

3. Pengambilan makanan terlalu pedas, kerap mengambil alkohol dan tabiat merokok merangsang pengembangan kapilari darah dan meningkatkan keadaan kulit sensitif

4. Sentiasa amalkan pemakanan seimbang dan pastikan minum air putih secukupnya. 

5. Makan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan kekacang kerana sumber ini mampu meningkatkan daya tahan terhadap alahan dan jangkitan.

6. Gunakan produk jenis hipo-alergenik






Produk Shaklee tidak hanya supplimen sahaja, malah penjagaan luaran turut dititikberatkan terutama mereka yang memiliki kulit yang sangat mudah menunjukkan kesan iritasi apabila terdedah dengan bahan-bahan yang lebih memudaratkan kulit jenis ini. Bermula dengan sabun pencuci pakaian, pencuci peralatan rumah serta pelembut fabrik mungkin mengurangkan derita mereka yang memiliki  kulit sensitif.


"Perlukan yang hipo-alergenik? Mungkin Get Clean Shaklee yang paling sesuai. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk :). " Pengedar Shaklee Labuan




Friday, 13 November 2015

Rawat Segera Kanser Payudara : Semua Wanita Berisiko




Terdapat segelindir wanita yang sedar mereka mempunyai simptom kanser payudara tetapi tidak mahu melakukan pemeriksaan.

 Kenapa agaknya ya?? 
Takut untuk melakukan ujian?
atau takut apabila mendapat tahu keputusannya??

Tetapi saya percaya ramai wanita yang sedar tentang bahaya penyakit ini kerana terdapat wanita yang bersedia mengambil langkah awal untuk mengesan penyakit merbahaya ini.

Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara kerana sel kanser memang telah wujud dalam tubuh semua manusia. Apa yang membezakannya adalah faktor-faktor yang menyebabkan sel tersebut menjadi aktif dan merebak. Pendedahan kepada hormon estrogen secara berlebihan meningkatkan risiko untuk seseorang wanita mengidap kanser payudara. Antaranya seperti ;



1. Akil baligh pada usia muda dan mencapai menopaus sekitar usia 50an

2. Tidak pernah melahirkan anak atau bersalin selepas umur 30 tahun.

3. Tidak menyusukan anak langsung atau menyusukan hanya kurang dari 6 bulan.

4. Mengambil rawatan gentian hormon lebih dua tahun atau pil perancang.

5. Pengambilan alkohol secara berlebihan

6. Obesiti (kerana sel lemak menghasilkan hormon estrogen)

Tanda Awal Kanser Payudara






1. Ketulan yang tidak sakit di sekitar ketiak dan payudara

2. Ruam yang berpanjangan di sekeliling puting

3. Pendarahan atau lelehan luar biasa dari puting

4. Pendarahan pada kulit
    Bengkak dan menebal, berlubang dan permukaan kulit   
    payudara berkedut

5. Puting tertarik ke dalam


Faktor Lain Penyebab Kanser Payudara

1. Keluar darah haid seawal usia 12 tahun

2. Memiliki sejarah ahli keluarga yang mengidap kanser payudara

3. Obesiti

Langkah Awal Pencegahan Kanser Payudara
 
1. Buat pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan dan 5 hari selepas haid. Kaedah ini dikenali sebagai Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

http://www.breastcancer-emedicine.com/breast-self-examination/

2. Pemeriksaan selepas melahirkan anak pertama sebelum usia 30 tahun

3. Berikan susu badan pada bayi sekurang-kurangnya 6 bulan

4. Sentiasa mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat

5. Bersenam dengan teratur

6. Jaga berat badan agar tidak berlebihan

Rawatan Mengesan Kanser Payudara.

Sekirannya, anda memiliki simptom-simptom kanser payudara, dapatkan rawatan segera bagi memastikan ianya benar-benar kanser atau bukan. Antara rawatan yang boleh dijalankan adalah;

1. Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC)

Ujian ini dilakukan dengan cara mengambil sampel dari ketulan yang disyaki yang tumbuh di kawasan ketiak dan payudara. Ia dilakukan dengan cara menggunakan picagari dan jarum halus dengan menggunakan teknik steril. Sampel yang diambil dibawa ke makmal untuk diuji.

2. Mammogram

Mammogram merupakan ujian yang dilakukan dengan menggunakan mesin x-ray khas yang mengesan perubahan tisu pada payudara. Kedua-dua payudara akan ditekan diantara 2 keping logam. Kaedah ini akan menyebab sedikit ketidakselesaan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser pada payudara.

3. Core Needle Biopsy



Ini menggunakan kaedah dimana sampel tisu payudara diambil dengan menggunakan saiz jarum yang lebih besar saiznya. Sampel akan dihantar ke makmal untuk ujian.

[Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/organ-pembiakan/ujian-saringan-kanser-payudara]

Rawatan Alternatif










"Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut kebaikan dan kelebihan Vivis Shaklee? Hubungi saya , Pengedar Shaklee Labuan berkaitan produk Shaklee. Saya juga menyediakan perkhidmatan COD secara percuma untuk warga Labuan :)
Luar labuan??? Owh... jangan susah hati... pengeposan juga secara percuma untuk anda " -Pengedar Shaklee Labuan-

 


  

Wednesday, 11 November 2015

Pesanan Untuk Lelaki, Lakukanlah 8 Pemeriksaan Kesihatan Wajib Untuk Elak Risiko Penyakit



Pada umumnya, lelaki kurang cenderung untuk melakukan peperiksaan kesihatan berbanding wanita. Pemeriksaan kesihatan membantu mencegah sebarang penyakit dikalangan lelaki. Demi mengekalkan tahap kesihatan dan mengelakkan dari mendapat risiko penyakit, terdapat beberapa jenis pemeriksaan kesihatan yang wajar dibuat oleh lelaki

1. Ujian Paras Kolesterol


Kolesterol merupakan lemak protein di dalam darah yang mampu menimbulkan masalah salur darah tersumbat apabila berada pada tahap tinggi. Pemeriksaan paras kolesterol amat penting dalam mengetahui tentang tahap kesihatan jantung.

Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu kolesterol jenis HDL, iaitu kolesterol baik yang melindungi jantung. Manakala kolesterol jenis LDL merupakan kolesterol jahat yang mengundang risiko penyakit jantung

Lakukan ujian di awal usia 20an dengan kekerapan 2-5 tahun sekali bergantung kepada paras normal. Jika bacaan jantung adalah berada dalam paras tidak normal, ujian perlulah dilakukan setiap 6 bulan atau mengikut nasihat doktor.

2. Tekanan Darah

Lakukan pemeriksaan tekanan darah bagi mengelakkan penyakit serius seperti angin ahmar dan penyakit jantung koronari. Kajian menunjukkan 1/5 setiap orang dewasa atau lebih kurang 50 juta penduduk dunia mengalami masalah tekanan darah.

Awas jika bacaan tekanan darah anda melebihi 140/90mmhg. Keadaan ini memberi kesan dan boleh menimbulkan ketegangan terhadap jantung serta merbahaya  untuk jangka masa panjang. Pemeriksaan adalah baik jika dilakukan seawal remaja dengan sekurang-kurangnya setahun sekali.

3. Pemeriksaan Darah Kesan Diabetes

Ujian darah membantu anda mengesan jika anda seorang pengidap diabetes. Jika keputusan darah menunjukkan tahap yang tinggi, anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan 'glucose tolerance test' untuk mengesahkan simtom diabetes. Ujian ini dilakukan dengan memberikan minuman bergula dan selepas pemeriksaan akan dilakukan dengan mengambil darah.

Jika anda tidak menunjukkan simptom diabetes seperti berat badan berlebihan atau penyakit keturunan, anda boleh melakukan pemeriksaan diabetes pada usia 45 tahun. Namun, jika anda memiliki tanda-tanda kencing manis atau mempunyai sejarah keluarga mengidap kencing manis, lakukanlah pemeriksaan darah dengan lebih awal lagi. Kekerapan pemeriksaan darah bagi mereka yang tidak menunjukkan masalah kesihatan, dinasihatkan menjalani ujian darah setiap 3 tahun sekali.

4. Ujian Kepadatan Tulang

Selain wanita, lelaki turut tidak terkecuali  dalam mengalami masalah tulang rapuh (osteoporosis). Berdasarkan kajian lalu, didapati lelaki yang berumur melebihi 50 tahun, 6% daripada mereka mengalami masalah patah tulang pinggul, manakala 5% daripadanya mengalami masalah patah tulang akibat osteoporosis.Nilai peratusan ini akan bertambah mengikut peningkatan usia.

5. Pemeriksaan Kolonoskopi 

Jika tidak dirawat diperingkat awal, kanser yang melibatkan usus besar dan rektrum sering menyerang lelaki. Ujian ini dilakukan dengan cara memasukkan tiub yang mempunyai kamera ke dalam dubur pesakit. Melalui ujian ini, seluruh bahagian usus besar dapat diperiksa, oleh itu jika terdapat sebarang ketumbuhan dan tanda kanser usus besar ia mudah dikesan. Jika anda memiliki kesihatan yang baik, anda boleh menjalani pemeriksaan ini pada usia 50 tahun.

6. Pemeriksaan Mata

Penyakit glaukoma mampu dicegah jika pemeriksaan mata dilakukan secara berkala. Bagi mereka yang berumur 18 tahun, perlu melakukan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya 1-3 tahun sekali. Jika anda merupakan pengidap diabetes, anda lebih berisiko untuk mengalami masalah penglihatan .

7. Pemeriksaan Buah Zakar

Awas pada lelaki berusia 15 hingga 34 tahun kerana anda berisiko untuk mengidap kanser buah zakar. Akan tetapi, jika masalah ini dikesan awal, 90% pesakit buah zakar boleh disembuhkan. Selain pemeriksaan oleh doktor atau pakar perubatan, pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri dengan mengesan benjolan atau pembesaran buah zakar. Lakukanlah pemeriksaan buah zakar setiap bulan agar kanser buah zakar mampu ditangani

8. Pemeriksaan Kanser Prostat

Lazimnya, ujian dijalankan adalah dengan membuat pemeriksaan rektum digital untuk mengenal pasti sebarang perubahan di kawasan yang dianggap kanser. Ujian PSA (Prostate Specific Antigen) atau secara pemeriksaan darah pula adalah bertujuan menyukat bahan protein yang dihasilkan oleh sel prostat. Semakin tinggi paras PSA semakin tinggi kemungkinan adanya kanser prostat. Pemeriksaan boleh dilakukan ketika usia mencapai 50 tahun. Akan tetapi jika terdapat ahli keluarga yang mempunyai sejarah kanser prostat, seeloknya dilakukan 5 tahun lebih awal.

[Sumber ; Rapi, Jan2011]

 

 







Tuesday, 10 November 2015

Sakit Sendi, Awas...Anda Mungkin Gout !!

Apa Itu Gout?

Penyakit gout terjadi apabila asid urik berlebihan berada dalam tubuh badan. Asid Urik adalah bahan kumuh yang berasal  dari sejenis protein yang di panggil Purin. Bahan ini kebiasaannya dibuang dari badan melalui pembuangan air kecil. Akan tetapi, jika asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan terkumpul pada sendi akan mengakibatkan gejala penyakit gout. Lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun berpotensi mengidap penyakit ini. Walaubagaimananpun wanita putus haid (menopaus) turut berisiko tinggi mengidap masalah ini. 

Apakah Gejala Gout ?


Kebiasaanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada serangan pertama). Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas dan bengkak dan sangat sakit. Serangan akan berlaku secara tiba-tiba. Antara bahagian sendi lain yang mungkin berisiko adalah tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang.

Peringkat-peringkat Serangan Gout

Terdapat 4 peringkat serangan gout yang perlu diketahui

1. Asimtomatik  (Peringkat pertama)

Pada peringkat ini, aras urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. 

2. Akut (Peringkat kedua)

Serangan gout peringkat pertama menandakan gout peringkat kedua (akut). Serangan yang tidak teruk biasanya akan pulih dengan cepat. Serangan yang teruk akan berlarutan beberapa hari atau beberapa minggu.

3. Interkritikal

Selepas serangan pertama, pesakit gout akan melalui peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas dari sebarang gejala. Ia mungkin akan berlaku lagi dalam tempoh selang beberapa bulan atau beberapa tahun. Kebanyakkan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam tempoh enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

4. Kronik

Serangan gout akan menjadi lebih kerap serta lopiartikular pada peringkat terakhir. Serangan akan melibatkan banyak sendi pada setiap masa. Bagi sesetengah kes kronik, masalah lain mungkin timbul seperti masalah buah pinggang, hipertensi dan batu karang.

Komplikasi Yang Mungkin Berlaku

Pengumpulan Asid Urik dibawah kulit yang membentuk benjolan dikenali sebagai TOPHI. Asid Urik yang berkumpul di saluran pundi kencing akan membentuk Batu Karang. Selain daripada itu, pengidap gout turut berhadapan dengan masalah lain seperti :

1. Kegemukan
2. Darah Tinggi
3. Hiperlipidemia
4. Diabetes

Kaedah Rawatan Pesakit Gout


1. Rawatan Serangan Akut


i. Rehatkan sendi semasa serangan gout

ii.Pengambilan ubat-ubatan anti-radang untuk mengurangkan sakit dan keradangan
    
KESAN SAMPINGAN : Boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut

iii. Pengambilan ubatan lain seperti Colchicine
     
KESAN SAMPINGAN : Loya, muntah dan cirit-birit

iv. Pengambilan Steroid (lazimnya disuntik terus ke sendi yang mengalami keradangan)
    
KESAN SAMPINGAN : Tidak boleh diambil berpanjangan

2. Rawatan Jangka Panjang

i. Menjaga Berat Badan 

Kegemukan boleh menganggu keupayaan tubuh mengeluarkan asid urik yang berlebihan. Pengidap juga perlu mengelakkan pengambilan minuman keras.

ii. Menjaga Pemakanan 

Pengambilan makanan yang mengandungi Purin yang tinggi haruslah dielakkan. Contohnya daging, kekacang dan makanan laut

Bagaimana Mencegah Gout ?



1. Amalkan cara hidup sihat
2. Sekiranya mengambil Allopurinol, ia perlu diambil secara berterusan. Jangan mengubah atau menghentikan dos semasa serangan gout
3. Minum banyak air. INI SANGAT PENTING !!!!!


Tips Semulajadi Atasi Gout

1. Ambil beberapa helai Daun Peria Katak. Cuci dan bilas sehingga bersih, kemudian tumbuk daun sehingga lumat. Sapu pada kawasan sendi yang mengalami keradangan. Ia berupaya melegakan kesakitan


2. Mandian air suam mampu membantu peredaran darah disekitar sendi yang tidak dapat bergerak. Mandian air suam boleh melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Sebelum mengenakan pakaian, pastikan kawasan keradangan telah benar-benar kering



3. Alternatif lain dalam merawat gout adalah dengan amalan berbekam lintah.  Hirudin (pencair darah) yang terkandung dalam air liur lintah membantu penyembuhan.



4. Rebus anak pokok durian dengan akar sekali bersama kaki ayam (bukan ayam kampung) dan dibuat sup. Amalkan menghirup sup ini dan makan kaki ayam yang direbus bersama.








SHAKLEE MENAWARKAN SET GOUT YANG LENGKAP


1. Advance Joint Health Tablet

Membantu meningkatkan keselesaan sendi supaya kuat dan fleksibel serta menyokong pergerakkan
2. Omega Guard

Mempunyai DHA dan EPA yang mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit gout
3. Alfalfa Complex

Membantu menyingkirkan toksin secara lembut dari dalam tubuh. Turut melegakan rasa kebas dan sakit sendi.
4. Performance Drink

Mengelakkan tubuh dari terhidrat dan memastikan tubuh cukup kandungan gula dan air. 


Testimoni Gout





"Anda mempunyai simptom sakit sendi seperti di atas? Berkemungkinan anda juga adalah pengidap gout. Ubati gout dengan Set Gout Shaklee. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk konsultasi secara percuma. Perkhidmatan COD secara percuma turut di berikan untuk warga Labuan. Anda tinggal di luar Labuan? Jangan risau... cas pengeposan juga PERCUMA untuk anda. Apa tunggu lagi... mari dapatkan set kesihatan anda" Pengedar Shaklee Labuan.