Tips Kurangkan Gula Dalam Diet Seharian

Bagi mereka yang mula untuk mengamalkan diet rendah gula, di sini ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama. Perlu diingat, diet pengawalan rendah gula lebih mudah diamalkan berbanding dengan diet bebas gula kerana gula semulajadi daripada sumber seperti madu, buah-buahan, susu dan produk tenusu boleh diambil dalam jumlah yang sedikit.

Diet rendah gula merupakan diet pengawalan kadar pengambilan gula dalam makanan dan minuman harian kepada tidak lebih 10 peratus dari jumlah tenaga seharian. Ini juga bertepatan dengan saranan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan jumlah pengambilan gula bagi orang dewasa adalah sebanyak 3 sudu setiap hari. Jom semak tips yang berguna ini.



1. Kalau teringin sangat nak makan kuih dan kek, pastikan untuk memilih kuih muih dan kek yang memiliki kandungan gula yang rendah.


2. Buah-buahan adalah menu terbaik untuk mengantikan makanan manis seperti kuih dan kek

3. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula.

4. Jika terasa lapar pada lewat malam, cuba elakkan mengambil makanan yang bergula.




5. Maklumat pemakanan yang terdapat pada pek pembungkusan makanan sebenarnya membantu kita. Kandungan gula dapat diketahui sekiranya ia merupakan salah satu ramuan dalam makanan yang dibeli.


6. Minumlah air kosong kerana ia tidak mengandungi kalori

7. Hadkan pengambilan susu pekat manis kepada 1 sudu sahaja untuk setiap cawan

8. Semak kandungan gula dalam label minuman

9. Kurangkan pengambilan bergula seperti air berkarbonat, cendol dan ABC.

Macam mana? Bersedia dengan diet rendah gula yang akan diamalkan? Apapun, untuk dapatkan tubuh yang sihat, tidak cepat letih, kulit yang cantik, jerawat cepat pulih dan paling penting dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser dari terus aktif kerana makanan sel adalah gula. 
Selamat mencuba :)

Comments