SIKAP YANG BUAT SHAKLEE TIDAK BERKESAN

Mana-mana customer yang ambil Shaklee sebagai salah satu produk kesihatan memang mengharapkan hasil yang positif. Tapi kadang-kadang sikap sesetengah individu yang membuatkan produk kelihatan seperti 'tidak mujarab' atau 'tidak berkesan'. Sikap macam mana tu aaaahhh??? 
 
1. Suka Minta Diskaun

Ini bukan suka minta diskaun harga, tapi ambil vitamin tidak dalam set yang dicadangkan. Kita pun faham ada sesetengah customer yang tidak cukup badget untuk pembelian satu set. Tapi tak kurang jugak yang memang berkira sangat pasal kesihatan. Contohnya set kurus; terdapat pelbagai produk di dalam set kurus. Tapi nak cuba Lecithin je. Kononnya dah pernah terbaca yang Lecithin dapat turunkan berat badan. Alahai, kalau pakai baju pun mesti nak sepasang dengan kain atau seluar, barulah lengkap. Vitamin Shaklee ni special sikit, setiap ahlinya ada ikatan kasih sayang yang tak dapat dipisahkan. Barulah set dapat bekerja dengan efektif. Kalau beli dalam bentuk set. barulah dapat beli harga diskaun.

2. Ikut-ikut kawan

Lain badan, lain kesannya. Si A ambil set kulit ESP dan Vita E je dah molek kulit. Si B pula bila dah nampak si A dengan kulit glowing-glowing dan nak ambil set yang sama dengan si A. Pada hal si A ada jenis masalah yang lain dari si B. Bila di cadangkan ikut masalah kulit sendiri, keluar pulak ayat ,

'Hari tu kawan I pakai set tu ok je kulit dia, takkkan I tak boleh".... 

ok lah, kita ikut je... Lepas tu keluar pulak statement 

"Kenapa kulit I tak jadi macam kulit kawan I, kami guna set yang sama???" 

Bila badan lain-lain, kesan dan tempoh pun lain-lain lah dik. Sebab tu lah Shaklee menawarkan set yang pelbagai ikut masalah masing-masing.

3. Pelupa



Pengambil vitamin perlu konsisten dalam tempoh sekurang-kurangnya 3-4 bulan. Kalau boleh janganlah miss aturan makan tu. Bagi peluang badan bertindak balas dengan vitamin yang diambil. Kalau asyik-asyik lupa, akhirnya produk jugak disalahkan sebab takde kesan.

4. Minum air terlalu sedikit


Yang ini memang susah nak didik kadang-kadang. 1 liter pun dah dianggap banyak minum air. Sedangkan pakar pemakanan juga mencadangkan sehingga 2-3 liter sehari. Air sangat-sangat diperlukan oleh tubuh sebab ada sesetengah vitamin yang larut air, so water intake yang mencukupi sangat perlu. Lagi pun air merupakan medium detoks yang paling baik untuk tubuh badan. Keperluan air juga diperlukan kerana organ dalaman memang memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Kalau tak cukup air, buah pinggang lah paling  menderita dik oooiii !!!!

5. Tidak Detoks



Saya selalu mencadangkan customer untuk detoks tubuh terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplemen. Kenapa detoks penting?? Hari-hari kita makan. Jadual makan untuk hidangan utama adalah 3 kali sehari, 3 kali lagi kudap-kudapan. Tapi nampaknya macam 3 kali hidangan utama tu jadi lebih pulak. Paling kesian, sistem pencernaan tak berapa nak bagus. Membuang 2-3 hari sekali, yang lain masih bertimbun di usus, yang membuang hari-hari pun belum tentu usus bersih, inikan lagi yang jarang-jarang. Usus yang kotor langsung tidak menggalakkan penyerapan vitamin dengan sempurna. Oleh itu agak rugi jika mengambil vitamin tapi faedah yang diserap amat sikit sekali. So, cucilah usus terlebih dahulu agar usus dapat bekerja dengan baik.

6. Tak Sabar

Bulan depan nak kawin, bulan ni baru sibuk nak cari set kulit. Lepas tu nak kesan yang cepat dan kurang sabar. Sabar dik, bukan hari ni makan, esok terus cantik. Shaklee bukan macam produk segera. Baru guna 3 hari dah kecoh kulit masih tiada perubahan. Produk Shaklee produk semulajadi. Ia memerlukan tempoh bersabar yang sangat tinggi.

7. Tak ikut aturan makan.

Produk penambah tenaga misalnya, pengambilannya perlu diwaktu pagi dimana ia menjadi energy booster untuk memulakan tugasan seharian. Bukannya diambil pada waktu malam sebelum tidur dimana ia mungkin menjadi penyumbang masalah kenaikan berat badan. Bila dah jadi macam tu barulah nak salahkan produk, walhal empunya badan silap aturan makan. 

8. Ambil Kaffein



Tidak salah ambil kaffein, tak berdosa pun kalau diambil bersama vitamin. Tapi perlu tahu, kaffein mampu menganggu penyerapan vitamin ke dalam tubuh. Jadi nak rugi atau untung?? 
 

9. Tak tahan healing crisis

Kesan seperti sakit kepala, jerawat, haus dan sebagainya semasa pengambilan produk diperingkat awal dikenali sebagai healing crisis ataupun proses pemulihan. Ia merupakan perkara  sementara yang dialami oleh individu dan kesannya adalah berlainan. Tempoh healing crisis adalah sehingga sekurang-kurangnya 3-4 bulan dan bergantung kepada individu dan dinasihatkan untuk terus mengambil produk yang dicadangkan. Semakin teruk healing crisis yang dialami merupakan petanda tingginya tahap toksin dalam diri seseorang.

10. Tak percaya

Letaklah kepercayaan pada produk yang diambil. Bila tiada sikap itu, maka semangat untuk teruskan pengambilan produk pun akan ikut luntur dan akhirnya masalah tidak dapat dipulihkan. Acah-acah nak ambil produk, tapi pada masa yang sama ;

"Boleh percaya ke ni?"
 
So, sikap korang yang mana satu?? Yang rasa-rasa produk tak berkesan, boleh semak balik sikap  yang tak patut diteruskan  okey !!

Comments