Saturday, 19 September 2015

BEZA VITAMIN DAN UBAT ; Semua Perlu Tahu



Lumrah pada yang sakit, sama ada yang mengalami sakit biasa atau sakit kronik bertungkus lumus dan bermati-matian mencari penawarnya. Dalam zaman serba moden ini, terdapat banyak kaedah perubatan yang diperkenalkan dan masing-masing dengan tujuan dan matlamat yang sama, iaitu memulihkan kemerosotan kesihatan kepada kesihatan yang lebih baik.

Ubat atau Vitamin?

Mana satu nak pilih?? Ubat atau Vitamin?? Ubat biasanya diberi apabila seseorang telah disahkan mengidap sesuatu penyakit, manakala vitamin diberi apabila nutrisi yang terdapat dalam badan tidak mencukupi untuk menghidari berlakunya masalah kesihatan yang lain. Betul tak???

Contohnya kalau kita pergi klinik sebab demam, doktor akan beri kita paracetamol. Penyelesaian kepada panas badan yang dialami dan menjadi ubat tahan sakit kerana demam. Tapi, bila vitamin diberi??? Bila demam, kadang2 tu mesti akan pakej dengan batuk dan selsema. Kalau pada masa demam, belum sempat pulak batuk dan selsema tu datang, masa ni lah kadang-kadang doktor akan suggest  Vitamin. Contohnya vitamin C untuk pertahanan tubuh agar tidak mudah diserang batuk dan selsema sebab demam. Ada tak macam tu?? Sebab saya pun pernah ke klinik... so ini memang biasa.

So, dari sini kita boleh beza antara fungsi ubat dan vitamin. Tapi, masih ramai tak faham beza ubat dan vitamin, kerana pada mereka ia nampak macam sama, bentuk tablet, cecair dan kapsul. 

Apakah Itu Ubat?

Ubat merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan dalam rawatan, pencegahan dan dignosis penyakit.  Ubat boleh didapati dari klinik, kedai farmasi dan pasaraya. Sekiranya ubat diambil seperti yang diarahkan oleh pengamal perubatan, ia mampu merawat atau mengawal penyakit. 

Ubat terbahagia kepada dua ;

i. Ubat Am (Over The Counter) OTC

Boleh dibeli tanpa prekripsi di kedai farmasi/ kedai biasa. Ubat jenis OTC merupakan ubat yang mengandungi bahan yang dikawal melalui Akta Racun 1951.

ii. Ubat Terkawal

a) Ubat Terkawal dengan Preskripsi

Boleh dibeli hanya melalui doktor atau ahli farmasi

b) Ubat Terkawal tanpa Preskripsi

Boleh diperoleh dari ahli farmasi

*Preskripsi merupakan arahan bertulis berkaitan ubat daripada doktor 

Masyarakat sehingga hari ini masih lagi kurang menyedari kesan sampingan kepada pengambilan ubat-ubatan . Ini kerana ubat-ubatan yang disarankan oleh pengamal perubatan merupakan jenis dadah.

Dadah jika diambil dalam keadaan tubuh sihat dan normal ia akan memudaratkan kesihatan. Jika diambil dalam dos yang berlebihan, ia akan memudaratkan si pengambilnya. Walaubagaimanapun, jika ia diambil dalam sukatan dan dos yang tertentu mengikut nasihat pakar, ia akan melegakan kesakitan. Biar sebagaimana selamat ia digunakan, dadah dalam ubat-ubatan masih boleh memberikan kesan sampingan.

Kesan sampingan ubat 


Hampir semua ubat-ubatan berpotensi memberi kesan sampingan kepada pesakit. Ada kalanya, kesan sampingan itu tidak disedari oleh pesakit kerana tanda-tandanya hampir sama seperti penyakit, contohnya seperti jangkitan, alahan, penyakit metabolik, penyakit kulit, penyakit mata, masalah hati, kegagalan buah pinggang, gangguan sistem pencernaan serta masalah saraf dan sebagainya. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat, kurang ketahanan dan idiosinkrasi 

Apa itu Vitamin?



Vitamin merupakan zat yang diperlukan oleh tubuh bagi membantu tubuh bekerja dengan baik dari segi pertumbuhan, fungsi sel dan perkembangan tubuh badan. Kekurangan vitamin menyebabkan tubuh lebih terdedah dengan penyakit. Keperluan vitamin juga bergantung kepada usia seseorang. Semakin meningkat usia, keperluan terhadap penjagaan tubuh perlu diambil berat kerana kesihatan tubuh badan tidak lagi sama sewaktu kanak-kanak dan remaja.

Sumber utama vitamin adalah melalui pemakanan seharian. Jika hidangan sepinggan anda lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan tubuh, vitamin adalah tidak perlu sama sekali. Tetapi adakah kita pasti makanan tersebut benar-benar cukup nutrisi?? Cara pengendalian makanan yang tidak berdisiplin boleh merosakkan nutrisi semulajadi dalam makanan. Contohnya masak terlalu lama, sumber tidak segar dan kaedah memasak yang tidak sihat semua itu mampu merosakkan nutrisi dalam makanan harian.




Pengambilan makanan dalam porsi yang tidak betul juga tidak menjamin tubuh mendapat manfaat vitamin secukupnya. Contohnya, berdasarkan piramid makanan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu 5-6 hidangan sehari, tetapi tidak semua yang boleh mengikut aturan ini. Kekangan waktu dan tugas membuatkan ramai memilih untuk makan dikedai sahaja.

Terdapat 2 jenis vitamin;




i) Vitamin larut air

Terdapat 9 jenis vitamin larut air. Vitamin larut air merupakan vitamin yang mudah dikeluarkan dari tubuh contohnya melalui perkumuhan. Hanya vitamin B12 sahaja yang merupakan vitamin larut air yang boleh disimpan di dalam hati bagi tempoh yang panjang.

ii) Vitamin tidak larut air

Vitamin tidak larut air bermaksud vitamin yang disimpan ditisu-tisu lemak tubuh. Antara jenis vitamin tidak larut air adalah vitamin A, D, E dan K.

"Dah dapat beza antara ubat dan vitamin? Rasanya kalau tak banyak, mungkin sikit kefahaman tu dapat daripada tak tahu langsung kan?? So, jangan samakan ubat dengan vitamin tau sebab kedua-duanya tidak sama dari segi kandungan. Malah kesannya pun tidak sama. Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati, haaa..... kat sini lah betulnya perumpamaan tu... hehehe... jom dapatkan vitamin neutral Shaklee dari Pengedar Shaklee Labuan. Konsultasi percuma diberikan. COD untuk warga Labuan tau.... dan pos percuma bagi mereka yang tinggal luar dari Labuan" - Pengedar Shaklee Labuan



 

No comments:

Post a Comment