Friday, 25 September 2015

SIKAP YANG BUAT SHAKLEE TIDAK BERKESAN

Mana-mana customer yang ambil Shaklee sebagai salah satu produk kesihatan memang mengharapkan hasil yang positif. Tapi kadang-kadang sikap sesetengah individu yang membuatkan produk kelihatan seperti 'tidak mujarab' atau 'tidak berkesan'. Sikap macam mana tu aaaahhh??? 
 
1. Suka Minta Diskaun

Ini bukan suka minta diskaun harga, tapi ambil vitamin tidak dalam set yang dicadangkan. Kita pun faham ada sesetengah customer yang tidak cukup badget untuk pembelian satu set. Tapi tak kurang jugak yang memang berkira sangat pasal kesihatan. Contohnya set kurus; terdapat pelbagai produk di dalam set kurus. Tapi nak cuba Lecithin je. Kononnya dah pernah terbaca yang Lecithin dapat turunkan berat badan. Alahai, kalau pakai baju pun mesti nak sepasang dengan kain atau seluar, barulah lengkap. Vitamin Shaklee ni special sikit, setiap ahlinya ada ikatan kasih sayang yang tak dapat dipisahkan. Barulah set dapat bekerja dengan efektif. Kalau beli dalam bentuk set. barulah dapat beli harga diskaun.

2. Ikut-ikut kawan

Lain badan, lain kesannya. Si A ambil set kulit ESP dan Vita E je dah molek kulit. Si B pula bila dah nampak si A dengan kulit glowing-glowing dan nak ambil set yang sama dengan si A. Pada hal si A ada jenis masalah yang lain dari si B. Bila di cadangkan ikut masalah kulit sendiri, keluar pulak ayat ,

'Hari tu kawan I pakai set tu ok je kulit dia, takkkan I tak boleh".... 

ok lah, kita ikut je... Lepas tu keluar pulak statement 

"Kenapa kulit I tak jadi macam kulit kawan I, kami guna set yang sama???" 

Bila badan lain-lain, kesan dan tempoh pun lain-lain lah dik. Sebab tu lah Shaklee menawarkan set yang pelbagai ikut masalah masing-masing.

3. Pelupa



Pengambil vitamin perlu konsisten dalam tempoh sekurang-kurangnya 3-4 bulan. Kalau boleh janganlah miss aturan makan tu. Bagi peluang badan bertindak balas dengan vitamin yang diambil. Kalau asyik-asyik lupa, akhirnya produk jugak disalahkan sebab takde kesan.

4. Minum air terlalu sedikit


Yang ini memang susah nak didik kadang-kadang. 1 liter pun dah dianggap banyak minum air. Sedangkan pakar pemakanan juga mencadangkan sehingga 2-3 liter sehari. Air sangat-sangat diperlukan oleh tubuh sebab ada sesetengah vitamin yang larut air, so water intake yang mencukupi sangat perlu. Lagi pun air merupakan medium detoks yang paling baik untuk tubuh badan. Keperluan air juga diperlukan kerana organ dalaman memang memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Kalau tak cukup air, buah pinggang lah paling  menderita dik oooiii !!!!

5. Tidak Detoks



Saya selalu mencadangkan customer untuk detoks tubuh terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplemen. Kenapa detoks penting?? Hari-hari kita makan. Jadual makan untuk hidangan utama adalah 3 kali sehari, 3 kali lagi kudap-kudapan. Tapi nampaknya macam 3 kali hidangan utama tu jadi lebih pulak. Paling kesian, sistem pencernaan tak berapa nak bagus. Membuang 2-3 hari sekali, yang lain masih bertimbun di usus, yang membuang hari-hari pun belum tentu usus bersih, inikan lagi yang jarang-jarang. Usus yang kotor langsung tidak menggalakkan penyerapan vitamin dengan sempurna. Oleh itu agak rugi jika mengambil vitamin tapi faedah yang diserap amat sikit sekali. So, cucilah usus terlebih dahulu agar usus dapat bekerja dengan baik.

6. Tak Sabar

Bulan depan nak kawin, bulan ni baru sibuk nak cari set kulit. Lepas tu nak kesan yang cepat dan kurang sabar. Sabar dik, bukan hari ni makan, esok terus cantik. Shaklee bukan macam produk segera. Baru guna 3 hari dah kecoh kulit masih tiada perubahan. Produk Shaklee produk semulajadi. Ia memerlukan tempoh bersabar yang sangat tinggi.

7. Tak ikut aturan makan.

Produk penambah tenaga misalnya, pengambilannya perlu diwaktu pagi dimana ia menjadi energy booster untuk memulakan tugasan seharian. Bukannya diambil pada waktu malam sebelum tidur dimana ia mungkin menjadi penyumbang masalah kenaikan berat badan. Bila dah jadi macam tu barulah nak salahkan produk, walhal empunya badan silap aturan makan. 

8. Ambil Kaffein



Tidak salah ambil kaffein, tak berdosa pun kalau diambil bersama vitamin. Tapi perlu tahu, kaffein mampu menganggu penyerapan vitamin ke dalam tubuh. Jadi nak rugi atau untung?? 
 

9. Tak tahan healing crisis

Kesan seperti sakit kepala, jerawat, haus dan sebagainya semasa pengambilan produk diperingkat awal dikenali sebagai healing crisis ataupun proses pemulihan. Ia merupakan perkara  sementara yang dialami oleh individu dan kesannya adalah berlainan. Tempoh healing crisis adalah sehingga sekurang-kurangnya 3-4 bulan dan bergantung kepada individu dan dinasihatkan untuk terus mengambil produk yang dicadangkan. Semakin teruk healing crisis yang dialami merupakan petanda tingginya tahap toksin dalam diri seseorang.

10. Tak percaya

Letaklah kepercayaan pada produk yang diambil. Bila tiada sikap itu, maka semangat untuk teruskan pengambilan produk pun akan ikut luntur dan akhirnya masalah tidak dapat dipulihkan. Acah-acah nak ambil produk, tapi pada masa yang sama ;

"Boleh percaya ke ni?"
 
So, sikap korang yang mana satu?? Yang rasa-rasa produk tak berkesan, boleh semak balik sikap  yang tak patut diteruskan  okey !!

Wednesday, 23 September 2015

KENALI PELBAGAI PUNCA RAMBUT GUGUR


Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.

Rambut yang cantik dan sihat memang menjadi idaman setiap individu sama ada lelaki atau perempuan. Rambut memberi penyeri kepada penampilan individu setiap hari. Tidak hairanlah terdapat individu yang sanggup berhabis ratusan dan ribuan ringgit ke salon semata-mata demi memastikan rambut mereka sentiasa terjaga. 



Masalah rambut gugur turut dialami hampir ramai orang. Bezanya sama ada serius ataupun tidak. Secara umumnya keguguran rambut kurang dari 100 helai adalah normal. Tetapi jika jumlah tersebut melebihi dari nilai itu, rawatan sepatutnya harus dimulakan. 

Bagi setiap individu, hampir 90% rambut dikulit kepala akan berada dalam fasa pertumbuhan, manakala selebihnya akan berada dalam fasa rehat. Fasa pertumbuhan akan berterusan antara dua hingga enam tahun. Secara normalnya, rambut akan mula gugur di penghujung fasa rehat. Pertumbuhan rambut yang normal perlu melalui tiga peringkat iaitu fasa pertumbuhan, fasa rehat dan fasa gugur.

Jenis-jenis Masalah Keguguran Rambut

1. Androgenetik Alopesia

Lelaki atau perempuan terdedah untuk mengalami masalah keguguran rambut jenis ini. Walaubagaimanapun, masalah ini lebih banyak dikaitkan dengan masalah kebotakkan yang dialami oleh lelaki (male pattern baldness). Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi masalah ini ;

i. Masalah hormon lelaki (testosterone)
ii. Faktor usia (melebihi 20 tahun ke atas)
iii.  Faktor keturunan 

Dipasaran terdapat pelbagai ubat dan produk yang mampu menangani masalah seperti ini, namun rawatan serta pemeriksaan dari doktor diperlukan terlebih dahulu bagi menentukan tindakan dan rawatan seterusnya yang bersesuaian.

2. Alopesia Areata

Keguguran jenis ini melibatkan sesetengah tempat di kepala. Rawatan khusus secara berterusan dikatakan mampu merawat masalah ini.

Punca Keguguran Rambut

Jika terdapat gumpalan rambut pada sikat setiap kali menyikat rambut, berkemungkinan anda mengalami masalah keguguran rambut. Banyak faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini, antaranya ; 

1. Proses melahirkan anak

Seseorang wanita yang baru sahaja melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat dalam satu tempoh yang agak lama. Selepas fasa bersalin, ibu akan melalui fasa gugur rambut dengan cepat. Terdapat sesetengah ibu yang mengalami keguguran rambut yang agak kronik dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Namun situasi ini bersifat sementara dan kebanyakkannya akan pulih seperti biasa antara satu hingga 6 bulan.

2. Diet yang tidak seimbang

Diet yang tidak seimbang akan menyebabkan sesetengah nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut tidak diperoleh dengan secukupnya. Kekurangan protein dalam menu harian menjadi punca masalah keguguran rambut. Protein menyokong pertumbuhan dan menguatkan fungsi rambut.

3. Kulit kepala tidak sihat

Jangkitan pada kulit kepala boleh berlaku seperti kulat, bakteria dan sebagainya. Dapatkan rawatan sewajarnya kerana jangkitan tersebut boleh menyebabkan bahagian kepala yang bermasalah akan menjadi botak untuk selamanya.

4. Suhu badan yang tidak stabil

Perubahan suhu badan akibat demam dan jangkitan virus seperti selsema boleh mengakibatkan masalah keguguran rambut secara serius. Walaubagaimanapun, masalah ini boleh pulih sebaik suhu badan kembali kepada keadaan asal.

5. Tekanan

Gangguan emosi yang berlaku boleh menyebabkan tekanan yang memberi kesan kepada masalah keguguran rambut.

6. Rawatan kanser

Rawatan kanser seperti kimoterami yang dijalankan secara kerap dalam tempoh tertentu memberi kesan kepada kulit kepala. Rawatan ini menyebabkan pertumbuhan sel-sel rambut terhenti. Masalah ini akan pulih apabila selesai rawatan.

7. Pengambilan ubat-ubatan

Ubat-ubat seperti ubat untuk penyakit gout, artritis, kemurungan, hipertensi, ubat mencairkan darah dan masalah jantung menjadi salah satu punca kepada masalah keguguran rambut.
  
8. Faktor luaran

Penggunaan syampu yang tidak sesuai, terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan, udara yang kotor, penggunaan bahan kimia untuk rambut dan sebagainya memberi kesan negatif kepada tahap pertumbuhan rambut.

Kaedah Rawatan Keguguran Rambut

Tidak semua masalah keguguran rambut memerlukan rawatan khas ini kerana terdapat jenis masalah yang akan pulih seperti sedia kala apabila mencapai jangka masa tertentu. 

Walaubagaimanapun, jika punca disebabkan masalah seperti Androgenetik dan seumpamanya perlulah mendapatkan rawatan dan pengesahan doktor terlebih dahulu. Kebiasaannya terdapat dua jenis ubat yang diluluskan dan terbukti berkesan untuk merawat masalah androgenetik alopesia iaitu Minoxidil (sapuan) dan Finasterida (makan). Dinasihatkan berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan masalah yang dihadapi

Kaedah Rawatan Secara Semulajadi

1. Santan Kelapa


Santan kelapa memiliki banyak khasiat dan mampu memberikan kesan positif terhadap pertumbuhan rambut jika digunakan secara teratur. Mengandungi glukosa, fruktosa, asid amino, enzim, protein, kalium, fosfor, zat besi, Vitamin A, B1 dan C. Kandungan zat kimianya pula berupa enzim yang mampu mengurai sifat racun.

Ambil santan kelapa yang dicampurkan bersama hirisan batang pisang. Lumurkan pada kepala dan bungkus selama 10 minit

Selain dari itu, penggunaan minyak kelapa turut membantu. Lakukan urutan lembut pada kulit kepala dengan menggunakan minyak kelapa.

2. Limau nipis



Bilasan berasid mampu melembutkan dan menambahkan kilauan pada rambut selain memulihkan keguguran rambut. Perahkan lebih kurang 3 biji limau nipis bersama 2 biji putih telur. Ratakan keseluruh bahagian rambut. Biarkan selama 2 jam dan kemudian barulah dicuci. 

3. Lidah buaya

 

Ambil lendir lidah buaya yang dicampur bersama dengan lendir bunga raya dan daun litup bumi. Campurkan kesemua bahan bersama sedikit minyak zaitun. Sapu lendir campuran tadi pada kulit kepala dan bungkus selama 30 minit. Cuci rambut keesokkan hari. Amalkan pada setiap minggu.

4. Daun serai



Ambil beberapa helai daun serai. Tumbuk daun tersebut sehingga lumat. Kemudian masak bersama secawan air sehingga kekuningan. Setelah sejuk sapukan pada kulit kepala. Amalkan selama 2 minggu dan lihat kesannya.

Bagaimana Shaklee 
Dapat Membantu ??




1. Zinc Complex 

Zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan merangsang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel.

2. B-Complex

Kekurangan Vitamin B12 menyebabkan rambut mudah gugur dan menyebabkan penipisan rambut dan kebotakkan. Biotin merupakan komponen penting untuk pertumbuhan semula rambut.

3. ESP

Protein penting dalam menggalakkan pertumbuhan semula rambut. Protein ESP membantu rambut agar tumbuh dengan segera dengan lebih cepat dan sihat jika diambil secukupnya. Kekurangan protein mengakibatkan rambut tumbuh dengan lambat

4. Nourishing Scalp Treatment

Nourishing Scalp Treatment merupakan formula eksklusif serta telah terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan dan menguatkan rambut secara semulajadi.

5. Revitalizing Shampoo

Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut. Sistem pembersihan lembut dan berpaten. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa perlu melembapkan atau mengeringkan.

6. Lightweight Conditioner

Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diuruskan

Testimoni Set Rambut Gugur



 

"Masih belum jumpa set penjagaan rambut untuk rambut gugur? Jom dapatkan Set Rambut Gugur Shaklee yang dapat membantu masalah anda. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk keterangan lanjut berkenaan produk. Konsultasi adalah percuma !!!! Perhatian untuk warga Labuan, perkhidmatan COD secara percuma turut disediakan. Untuk luar Labuan, jangan risau.... kerana penghantaran secara pos akan diberikan juga secara PERCUMA. Bestkan!!!" Pengedar Shaklee Labuan 

 

Saturday, 19 September 2015

BEZA VITAMIN DAN UBAT ; Semua Perlu Tahu



Lumrah pada yang sakit, sama ada yang mengalami sakit biasa atau sakit kronik bertungkus lumus dan bermati-matian mencari penawarnya. Dalam zaman serba moden ini, terdapat banyak kaedah perubatan yang diperkenalkan dan masing-masing dengan tujuan dan matlamat yang sama, iaitu memulihkan kemerosotan kesihatan kepada kesihatan yang lebih baik.

Ubat atau Vitamin?

Mana satu nak pilih?? Ubat atau Vitamin?? Ubat biasanya diberi apabila seseorang telah disahkan mengidap sesuatu penyakit, manakala vitamin diberi apabila nutrisi yang terdapat dalam badan tidak mencukupi untuk menghidari berlakunya masalah kesihatan yang lain. Betul tak???

Contohnya kalau kita pergi klinik sebab demam, doktor akan beri kita paracetamol. Penyelesaian kepada panas badan yang dialami dan menjadi ubat tahan sakit kerana demam. Tapi, bila vitamin diberi??? Bila demam, kadang2 tu mesti akan pakej dengan batuk dan selsema. Kalau pada masa demam, belum sempat pulak batuk dan selsema tu datang, masa ni lah kadang-kadang doktor akan suggest  Vitamin. Contohnya vitamin C untuk pertahanan tubuh agar tidak mudah diserang batuk dan selsema sebab demam. Ada tak macam tu?? Sebab saya pun pernah ke klinik... so ini memang biasa.

So, dari sini kita boleh beza antara fungsi ubat dan vitamin. Tapi, masih ramai tak faham beza ubat dan vitamin, kerana pada mereka ia nampak macam sama, bentuk tablet, cecair dan kapsul. 

Apakah Itu Ubat?

Ubat merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan dalam rawatan, pencegahan dan dignosis penyakit.  Ubat boleh didapati dari klinik, kedai farmasi dan pasaraya. Sekiranya ubat diambil seperti yang diarahkan oleh pengamal perubatan, ia mampu merawat atau mengawal penyakit. 

Ubat terbahagia kepada dua ;

i. Ubat Am (Over The Counter) OTC

Boleh dibeli tanpa prekripsi di kedai farmasi/ kedai biasa. Ubat jenis OTC merupakan ubat yang mengandungi bahan yang dikawal melalui Akta Racun 1951.

ii. Ubat Terkawal

a) Ubat Terkawal dengan Preskripsi

Boleh dibeli hanya melalui doktor atau ahli farmasi

b) Ubat Terkawal tanpa Preskripsi

Boleh diperoleh dari ahli farmasi

*Preskripsi merupakan arahan bertulis berkaitan ubat daripada doktor 

Masyarakat sehingga hari ini masih lagi kurang menyedari kesan sampingan kepada pengambilan ubat-ubatan . Ini kerana ubat-ubatan yang disarankan oleh pengamal perubatan merupakan jenis dadah.

Dadah jika diambil dalam keadaan tubuh sihat dan normal ia akan memudaratkan kesihatan. Jika diambil dalam dos yang berlebihan, ia akan memudaratkan si pengambilnya. Walaubagaimanapun, jika ia diambil dalam sukatan dan dos yang tertentu mengikut nasihat pakar, ia akan melegakan kesakitan. Biar sebagaimana selamat ia digunakan, dadah dalam ubat-ubatan masih boleh memberikan kesan sampingan.

Kesan sampingan ubat 


Hampir semua ubat-ubatan berpotensi memberi kesan sampingan kepada pesakit. Ada kalanya, kesan sampingan itu tidak disedari oleh pesakit kerana tanda-tandanya hampir sama seperti penyakit, contohnya seperti jangkitan, alahan, penyakit metabolik, penyakit kulit, penyakit mata, masalah hati, kegagalan buah pinggang, gangguan sistem pencernaan serta masalah saraf dan sebagainya. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat, kurang ketahanan dan idiosinkrasi 

Apa itu Vitamin?



Vitamin merupakan zat yang diperlukan oleh tubuh bagi membantu tubuh bekerja dengan baik dari segi pertumbuhan, fungsi sel dan perkembangan tubuh badan. Kekurangan vitamin menyebabkan tubuh lebih terdedah dengan penyakit. Keperluan vitamin juga bergantung kepada usia seseorang. Semakin meningkat usia, keperluan terhadap penjagaan tubuh perlu diambil berat kerana kesihatan tubuh badan tidak lagi sama sewaktu kanak-kanak dan remaja.

Sumber utama vitamin adalah melalui pemakanan seharian. Jika hidangan sepinggan anda lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan tubuh, vitamin adalah tidak perlu sama sekali. Tetapi adakah kita pasti makanan tersebut benar-benar cukup nutrisi?? Cara pengendalian makanan yang tidak berdisiplin boleh merosakkan nutrisi semulajadi dalam makanan. Contohnya masak terlalu lama, sumber tidak segar dan kaedah memasak yang tidak sihat semua itu mampu merosakkan nutrisi dalam makanan harian.




Pengambilan makanan dalam porsi yang tidak betul juga tidak menjamin tubuh mendapat manfaat vitamin secukupnya. Contohnya, berdasarkan piramid makanan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu 5-6 hidangan sehari, tetapi tidak semua yang boleh mengikut aturan ini. Kekangan waktu dan tugas membuatkan ramai memilih untuk makan dikedai sahaja.

Terdapat 2 jenis vitamin;




i) Vitamin larut air

Terdapat 9 jenis vitamin larut air. Vitamin larut air merupakan vitamin yang mudah dikeluarkan dari tubuh contohnya melalui perkumuhan. Hanya vitamin B12 sahaja yang merupakan vitamin larut air yang boleh disimpan di dalam hati bagi tempoh yang panjang.

ii) Vitamin tidak larut air

Vitamin tidak larut air bermaksud vitamin yang disimpan ditisu-tisu lemak tubuh. Antara jenis vitamin tidak larut air adalah vitamin A, D, E dan K.

"Dah dapat beza antara ubat dan vitamin? Rasanya kalau tak banyak, mungkin sikit kefahaman tu dapat daripada tak tahu langsung kan?? So, jangan samakan ubat dengan vitamin tau sebab kedua-duanya tidak sama dari segi kandungan. Malah kesannya pun tidak sama. Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati, haaa..... kat sini lah betulnya perumpamaan tu... hehehe... jom dapatkan vitamin neutral Shaklee dari Pengedar Shaklee Labuan. Konsultasi percuma diberikan. COD untuk warga Labuan tau.... dan pos percuma bagi mereka yang tinggal luar dari Labuan" - Pengedar Shaklee Labuan



 

Wednesday, 16 September 2015

PROMOSI ESP HARGA MURAH SEPTEMBER 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alahai cuaca sekarang. Cuaca tak berapa nak sihat , jerebu tebal nampaknye kat luar. Dari Labuan - KL hari tu sempat snap picture sayap aircraft kabur-kabur je. Nak landing masa tu, سُبْحَانَ اللّهُ , semoga perjalanan seterusnya dipermudahkan.


Bulan ni miting sampai ke KL dekat hotel sini. اَلْحَمْدُلِلّهِ selamat sampai.





Hari ni nak share promosi Shaklee bulan September. Bukan 1 je tau. Jangan lupa, promosi new membership percuma vitalea pun
masih ada. 

Promosi New Member Registration

Paling best ada Promosi ESP Harga Murah di bulan September 2015 sahaja !!!!. Save budget sangat-sangat kalau beli ESP bulan ni.

Promosi ESP







Untuk pembelian ESP dalam bentuk set / bersama produk Shaklee yang lain, Diskaun 10% diberi untuk ESP tau !!!! Untung sangat kalau shopping ESP bulan ni. Kat bawah ni antara set cadangan yang boleh dibeli bersama ESP.








"Berminat dapatkan promosi ESP harga murah bulan September 2015?? Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk dapatkan konsultasi secara percuma. Penghantaran secara COD juga dikenakan secara percuma untuk warga labuan tau!!.. Untuk warga luar Labuan yang berminat dengan Shaklee, penghantaran secara pos juga diberikan secara percuma untuk anda. So, tunggu apa lagi??" - Pengedar Shaklee Labuan 


 

Tuesday, 8 September 2015

VITA-LEA UNTUK ANAK TIDAK MAKAN SAYUR



Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yang lengkap dalam pertumbuhan mereka. Pengambilan pemakanan yang sihat bukan sahaja membantu mencegah dijangkiti pelbagai penyakit, bahkan juga membantu menjaga kesihatan tubuh dan merangsang minda untuk menerima sesuatu yang baru.

Rutin ibu bapa yang sangat padat adakalanya membuatkan kesihatan anak terabai. Ramai juga ibu bapa yang kurang arif tentang nutrisi yang sepatutnya dibekalkan kepada anak mereka. Kurangnya pengetahuan, tiada masa dan hanya bergantung kepada pembantu rumah menjadi faktor kesihatan anak-anak tidak menentu. 

Secara fizikalnya mungkin anak-anak nampak sihat tetapi adakah pasti mereka mendapat nutrisi secukupnya dari makanan seharian? 

Vita-Lea For Children Memenuhi Keperluan Kanak-kanak

Vita-Lea For Children terdiri daripada 18 jenis vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B, kalsium, magnesium, zinc dan kuprum. Ia merupakan formula yang diperbaharui, Vita-Lea menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak menyebabkan kerosakkan gigi, tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.


Anak tak makan sayur??? Sesuai sangat !!!! Kanak-kanak 4 hingga 12 tahun yang tidak gemarkan sayur sesuai mengambil Vita-Lea kerana kadar penyerapan yang mudah dan pantas. Ia juga bebas gluten serta hadir dalam perisa anggur yang sangat lazat. 

Confirm anak-anak suka !!!!!!

Padat Dengan Vitamin



* Vitamin A menyihatkan gusi, gigi dan kulit
* Vitamin C menyihatkan gusi, gigi dan kulit
* Vitamin B6 menyokong penghasilan tenaga
* Kalsium dan Vitamin D menyihatkann dan menguatkan tulang.
* Zat besi menggalakkan penghasilan sel darah merah
* Iodin menyokong fungsi kelenjar tiroid yang penting untuk perkembangan sempurna
* Magnesium menyihatkan dan menguatkan tulang
* Zink menguatkan ketahanan tubuh dan mempercepatkan pemulihan

Sumber : iSihatOgos2015


"Bukan senang nak pujuk anak makan sayur. Kulit jadi kering, senang sakit. Jom cuba Vita-Lea For Children dengan rasa anggur yang lazat. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk konsultasi produk secara percuma. Perkhidmatan COD secara turut disediakan untuk warga Labuan. Untuk kawan-kawan diluar Labuan, jangan risau... pengeposan secara percuma diberikan untuk korang-korang tau !!" - Pengedar Shaklee Labuan