BUANG RAHIM KERANA FIBROID

Apa Itu Fibroid?





Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang terjadi pada dinding rahim, khasnya pada lapisan otot. Rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan pertama, iaitu lapisan yang paling luar atau lapisan yang paling nipis dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot (myometrium) yang mampu mengembang dan membesar ketika seseorang wanita berbadan dua. 

Ketika kandungan hampir kepada tempoh kelahiran, otot akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan akan pulih ke keadaan sediakala.  Walaubagaimanapun, ketumbuhan fibroid boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot yang bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Endometrium merupakan lapisan rahim yang paling dalam.  Lapisan ini sering berubah mengikut pusingan haid. Apabila wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan gugur dan ia akan keluar bersama darah haid. Darah haid merupakan campuran antara darah dan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Kerana itulah haid disebut sebagai darah kotor kerana campurannya mengandungi bahan-bahan tersebut.

Gejala Fibroid

1. Haid terganggu

Pendarahan yang banyak dan berpanjangan merupakan salah satu simptom kepada gejala fibroid. Keadaan ini turut mendorong kepada masalah kekurangan darah (anemia). Lazimnya, jika berlaku pendarahan yang terlalu banyak dan berketul-ketul, pemeriksaan doktor harus dilakukan. Jika benar-benar disahkan fibroid, rawatannya adalah secara pembedahan.

2. Masalah ketidaksuburan

Fibroid boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan. Akan tetapi, tidak semua gagal mengandung. Antara kemungkinan yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ;

~ Ketumbuhan yang besar boleh menyebabkan keguguran
~ Kelahiran tidak cukup bulan
~ Masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang.
~ Ada kalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung.
~ Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid akan menjadi tegang dan tertekan disamping melalui proses perubahan yang dinamakan 'degenerasi' 

3. Tekanan pada pundi kencing

Kedudukan pundi kencing yang berdekatan dengan rahim. Apabila terdapatnya fibroid, ia akan menekan pundi kencing dan akan menyebabkan wanita akan mengalami masalah kerap kencing dan adakalanya tidak dapat mengawal apabila batuk atau bersin

4. Kekenduran Rahim (Prolaps)

Fibroid juga boleh menyebabkan prolaps. Wanita yang mengalami kekenduran rahim akan dibantu dengan alat 'forceps' atau 'vacuum' sewaktu proses melahirkan. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika wanita mempunyai fibroid.

Rawatan


1. Pembedahan

Pembedahan diperlukan bagi fibroid yang besar dan menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kurang darah (anemia), masalah kesuburan, masalah gangguan saluran kencing ataupun menyebabkan rahim turun (prolaps). Dua perkara yang perlu doktor maklum tentang pesakit;

i) Adakah wanita tersebut masih mahu melahirkan anak?
ii) Adakah wanita tersebut mengalami prolaps?

Jika wanita tersebut masih muda, subur dan masih mahukan anak, pembedahan akan dilakukan bagi membuang fibroid sahaja. Ia dinamakan 'myomektomi'. Namun, ia memberikan kesan jangka panjang dimana fibroid akan tumbuh semula serta mengganggu kesihatan dan akhirnya akan menyebabkan rahim akan dibuang bersama fibroid.



2. Pembedahan membuang rahim (Hysterektomi)

Bagi wanita yang tidak lagi bercadang untuk hamil, kaedah ini mungkin dipilih walaupun ramai diantara mereka yang tidak sanggup kerana rahim merupakan lambang kewanitaan dan menyebabkan mereka tidak didatangi haid lagi.

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU??
 

Vivix Shaklee kaya dengan Resverestoral adalah kaya dengan anti oksidan yang membantu meningkatkan perlindungan sel daripada serangan sel kanser ataupun ketumbuhan yang diragui



Merupakan anti oksidan yang kuat. Anti oksidan adalah agen pembasmi sel kanser dan merupakan penentang radikal bebas yang akan memusnahkan molekul yang boleh memusnahkan sel sihat.


Gamma-Linoleic Asid atau GLA berfungsi untuk menstabilkan hormon di dalam badan. Pertumbuhan fibroid dirangsang oleh hormon estrogen. Kandungan hormon estrogen yang berlebihan menggalakkan pertumbuhan fibroid. Biasanya ada perimbangan antara 2 jenis hormon dalam tubuh wanita. Estrogen sentiasa dikeluarkan oleh ovari, manakala progesteron dikeluarkan pada waktu ovulasi atau waktu penetasan telur pada hari ke 12-16 dalam pusingan haid.

Jika ovulasi tidak berlaku, kandungan progesteron tidak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa kaunter tindakan progesteron. Terdapat kesan tidak baik, pelbagai jenis tumbuhan dirahim dan payudara akan muncul, antaranya fibroid dan barah. GLA Shaklee membantu menstabilkan hormon dalam tubuh, dan sekaligus mencegah fibroid dan barah.

Rujuk Senarai Harga Di sini

TESTIMONI SET FIBROID




"Mommiesss ada simptom fibroid?? Cepat-cepat rawat sebelum memudaratkan kesihatan. Dapatkan Set Fibroid Shaklee dari saya, Pengedar Shaklee Labuan. Dapatkan konsultasi secara percuma untuk produk Shaklee. COD PERCUMA juga untuk warga Labuan...... senangkan??? Untuk Mommies yang berada luar Labuan, jangan susah hati sebab kos pengeposan juga PERCUMA.... " - Pengedar Shaklee Labuan



 

Comments