DERITA WANITA BERTUDUNG; DEGILNYA KELEMUMUR



Selain suka bercerita soal kecantikan, wanita juga suka jika mempunyai rambut yang cantik !!!! Betul tak??? Wanita bertudung jangan terlepas pandang bahagian ini.... walaupun bertudung, jangan pandang ringan soal penjagaan rambut dan kulit kepala. 

Kelemumur..... Gatalnya !!!!!


Rasanya kulit kepala berkelemumur merupakan perkara biasa, terutama pada mereka yang kuat berpeluh. Disebabkan ia bukan merupakan masalah besar, tetapi sering dipandang ringan sehinggalah terjadinya masalah rambut dan kulit kepala yang lain. Kelemumur terjadi disebabkan beberapa perkara ;

1. Peluh

Apabila bertudung, kulit kepala mudah berpeluh dan lembab. Mereka yang kuat berpeluh mudah mengalami masalah kelemumur kerana kulit kepala yang lembap dan tidak bersih. Apabila peluh ini terkumpul, akan menyebabkan pertumbuhan kulat yang dinamakan Pitirosporum Ovale. Semakin aktif penghasilan sebum (minyak semulajadi) yang berlebihan pada kulit kepala, semakin aktif pertumbuhan kulat ini. 

2. Pertukaran Pantas Kulit Kepala

Secara normalnya, tempoh kulit kepala bertukar yang baru adalah dalam tempoh 28 hari. Tetapi, masalah kelemumur akan menjadi semakin serius jika kulit kepala bertukar dengan cepat. Ini juga punca berlakunya masalah kelemumur.

3. Jarang Bersyampu

Jika bertudung, kulit kepala mestilah sentiasa pastikan bersih. Jangan ingat orang tidak nampak rambut kita, kebersihan rambut terabai. Nak-nak lagi kalau rambut tu panjang. Sekali tanggal serkup kepala......... hapak !!!!!! Tidak semestinya bersyampu setiap hari, tetapo sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan syampu yang sesuai. Lembutkan rambut dengan penggunaan perapi.  

4. Perubahan Hormon

Hormon yang tidak stabil juga merupakan punca kepada masalah kelemumur. Setiap perubahan yang berlaku kepada wanita semasa mereka datang haid, sedang hamil atau selepas tempoh melahirkan boleh menjadi penyebab mengapa kepala mereka dipenuhi kelemumur. Walaupun hormon tidak boleh diubah, tetapi sekurang-kurangnya anda bersedia supaya anda tidak diserang kelemumur lagi. Apatah lagi kelemumur berkuping yang boleh menyebabkan kulit kepala terluka atau berbau.

5. Diet yang tidak seimbang

Kekurangan zat-zat penting seperti keperluan zink, vitamin B dan juga beberapa jenis lemak boleh menjadi penyebab kepada masalah kelemumur.

Atasi masalah kelemumur sebelum parah!!! 

1. Urus tekanan dengan baik

Perubahan hormon penyebab terjadinya kelemumur mungkin disebabkan oleh tekanan seharian yang dialami. Uruslah tekanan dengan baik agar diri berada dalam keadaan tenang.

2. Bersyampulah

Usahakan untuk mencuci rambut dengan syampu yang sesuai sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Apa salahnya peruntukkan sedikit wang untuk membeli pengering rambut agar rambut tidak basah sewaktu mengenakan tudung. Ingat .....  Ada masanya pengering rambut amat diperlukan!!!! Kalau boleh rambut cukup kering sewakti memakai tudung.

3. Amalkan diet seimbang

Makanan bagaimana yang membantu memiliki kulit kepala yang sihat??? Pilihlah makanan yang kaya dengan zink, b-complex dan lemak yang membantu memelihari rambut dan kulit kepala.

4. Amalan petua orang lama

Tidak salah jika mahu mengamalkan petua-petua lama dari bahan-bahan semulajadi. Antaranya ;

lumur perahan limau ke atas kulit kepala sambil kulit kepala diurut perlahan-lahan.  Bungkus kepala denga tuala dan biarkan untuk beberapa ketika. Kemudian bilas dengan air suam. 

Anda juga boleh menggunakan santan dengan cara mencampur bersama segelas jus nanas, jus limau dan setengah gelas air kelapa. Cuci rambut dengan campuran ini dengan mengamalkannya seminggu sekali.

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU??

 

ESP

Meningkatkan tenaga dan protein, menghasilkan sel-sel baru untuk rambut kerana rambut dibina dari protein.

B-Complex

Meredakan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. Sangat baik dalam membantu mengurus tekanan.

Membaiki masalah rambut beruban dan gugur. Merawat masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

Vita-C

Membantu meningkatkan peredarah darah ke kulit kepala. Membentuk kolagen agar kulit kepala lebih sihat. Vita-c juga meningkatkan sistem imunisasi tubuh terutama mereka yang mudah terdedah dengan masalah kesihatan.

Alfalfa

Bertindak sebagai agen detox toksin yang terdapat dalam tubuh yang menjadi punca kepada masalah kesihatan. 

ATAUPUN.... DENGAN MENCUBA RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE


1. Nourishing Scalp Treatment

Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan masalah rambut diperingkat akar umbi dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
* Tidak berminyak atau melekit pada rambut
* Antioksida yang terdapat dalam vitamin A dan E serta Coenzim10 melindungi kulit kepala daripada radikal bebas.

Perbezaan Shaklee

ProSanté®  Nourishing Scalp Treatment merupakan formula eksklusif yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semulajadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem penjagaan rambut ProSanté®

2. Revitalizing Shampoo

* Kutikel rambut yang lembut dan beralun 
* Menyegar dan mengimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa penghidratan berlebihan atau pengeringan

3. Purifying Shampoo

* Membersih hingga ke akar rambut, membuang baki produk gayaan rambut, pertambahan mineral dan bahan cemar alam sekitar yang lain.
* Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

4. Replenishing Conditioner

* Membersih hingga ke akar rambut , membuang baki produk gayaan rambut, pertambahan mineral dan bahan cemar alam sekitar yang lain.

* Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

5. Lightweight Conditioner

* Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit.
* Rambut lebih tebal, berkilat dan subur

6. Long Lasting Finishing Spray

* Mengekalkan gaya rambut
* Memberikan perlindungan UV
* Menguruskan rambut yang dikerinting halus dan rambut yang mudah kusut.

"Yang mana pilihan anda?? Vitamin atau produk penjagaan rambut?? Kurang arif dalam membuat pilihan?? Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan konsultasi secara percuma tentang produk yang sesuai.  Perkhidmatan COD juga disediakan bagi warga Labuan. Cas pengeposan tidak dikenakan kepada pelanggan luar Labuan juga" - Pengedar Shaklee Labuan

 




Comments