TULANG RAPUH, LELAKI ATAU WANITA BERISIKO ?




Masalah tulang rapuh atau turut dikenali sebagai Osteoporosis tidak memilih mangsa. Siapa sahaja baik lelaki mahupun wanita, mampu diserang masalah tulang rapuh. Masalah tulang rapuh merupakan satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia boleh berlaku dikalangan mereka yang lanjut usia dan wanita menopause.

Lebih banyak tisu tulang hilang sekitar umur 35 tahun. Ini menyebabkan tulang semakin lemah dan nipis. Akan tetapi, individu yang waktu mudanya sangat aktif sehingga waktu tua, risiko tulang rapuh amat rendah kerana tulang masih kuat. 

Tulang merupakan tisu hidup yang memperbaharui diri sendiri dengan berterusan. Ia terdiri daripada bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen, bahan mineral, salur darah dan sum sum tulang. Tulang yang sihat amat padat yang ruang diantara tulang dengan tulang amat rapat. Keadaan sebaliknya berlaku kepada yang memiliki kepadatan yang rendah, ruang diantaranya amat besar menjadikan tulang sangat lemah dan kurang elastik.



Kekurangan hormon penting seperti hormon estrogen (wanita) dan hormon testosteron (lelaki) yang sepatutnya menyokong kekuatan tulang dengan cara memproseskan mineral seperti kalsium. 

Bagaimana Wanita Berisiko Mengalami Tulang Rapuh?

1. Wanita dilahirkan dengan ketumpatan yang lebih rendah berbanding lelaki dan kadar kemerosotan jisim tulang wanita lebih cepat berlaku berbanding lelaki.

2. Kitaran haid wanita turut dikawal oleh hormon estrogen. Hormon ini turut memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan dan kekuatan tulang wanita. Paras estrogen akan menurun apabila wanita mencapai tempoh menopause kerana pada waktu ini paras estrogen akan jatuh dengan mendadak berbanding sebelum menopause. Kekurangan horman estrogen menyumbang kepada kehilangan jisim tulang pada kadar satu hingga tiga peratus setahun.

3.  Wanita yang menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum mereka berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.

4. Wanita yang tidak datang haid dalam jangka masa lama (melebihi 6 bulan). Keadaan ini menyebabkan paras hormon estrogen rendah.


Punca Lelaki Rapuh Tulang

Bagi lelaki, kadar kerapuhan tulang bermula agak lambat jika dibandingkan dengan wanita. Akan tetapi akan sama apabila mencapai umur 65 tahun. Kekurangan hormon testosteron dikalangan lelaki menjadi punca dan penyumbang kepada masalah tulang rapuh.

Tanda dan Gejala Tulang Rapuh

1. Sukar untuk berdiri atau duduk dengan lurus (bongkok)

2. Tulang mudah patah tanpa sebarang hentakan atau hentaman (tulang pergelangan tangan, tulang pinggul dan tulang spinal)

3. Sakit sendi atau berisiko mengalami arthiritis dan kecacatan bagi kes patah akibat tidak dapat pulih sepenuhnya. 

Faktor-faktor Lain Penyumbang Risiko Tulang Rapuh

1. Hypertiroidism (Kelenjar tiroid yang sangat aktif)

2. Gangguan kelenjar adrenalin (Sindrom cushing, penghasilan berlebihan kortisol)

3. Hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenalin menyebabkan osteoporosis 

4. Kurang pengeluaran hormon seks (Estrogen dan testosteron)

5. Gangguan di kelenjar pituitari

6. Kencing manis 

7. Tidak aktif

8.  Pengambilan minuman keras dan merokok dengan kerap

9. Gangguan penyerapan seperti Coeliac disease (penyakit seliak) dan Crohn disease (penyakit crohn)

10. Penggunaan ubat berdos tinggi bagi rawatan kortikosteroid bagi tempoh yang lama (selalu digunakan bagi rawatan arthiris dan asma). Ubat ini boleh mengurangkan kekuatan tulang

11. Kekurangan kalsium

12. Paras vitamin D yang rendah

13. Diet yang terlampau sehingga mencapai berat yang sangat rendah.

Tips Mencegah Tulang Rapuh

1. Mengambil keperluan zat kalsium secukupnya

2. Mengambil cukup Vitamin D jika kurang terdedah dengan cahaya matahari

3. Melakukan senaman secara teratur seiring dengan usia.

4. Membuat rawatan awal sebaik masalah kekurangan hormon testosteron dan estrogen dikesan

5. Menghindari alkohol dan tabiat merokok  

Rawatan Tulang Rapuh

Setiap individu disarankan untuk mengambil sehingga 1000mg setiap hari atau bersamaan dengan segelas susu untuk membekalkan kalsium pada tubuh. Pengambilan kalsium sewaktu muda amat digalakkan bagi menjamin kesihatan tulang yang optimum. Bagi mereka yang telah disahkan mengalami masalah tulang rapuh, beberapa kaedah rawatan yang telah disediakan untuk membantu mereka yang mengalami masalah.
 
1. Terapi gantian hormon- Terapi yang mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan tulang patah sepanjang tempoh rawatan.

2. Rawatan testosteron untuk lelaki

3. Ubat bukan hormon yang mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan tulang patah.

4. Selective estrogen receptor modulators (SERMs) 



BERMINAT UNTUK CUBA SET TULANG RAPUH SHAKLEE ?


ESP

ESP merupakan sumber protein yang baik yang dihasilkan tanpa perisa tiruan, pewarna dan juga pengawet. Protein amat diperlukan dan penting dalam pertumbuhan semula sel-sel tulang yang telah mati atau rosak.

Ostematrix 

Ostematrix merupakan supplemen yang membantu menguatkan tulang, membantu fungsi saraf dan mengelakkan kekejangan otot akibat kekurangan kalsium. Ostematrix Shaklee amat istimewa kerana dirumus dengan kandungan :-

 
Inginkan penjagaan optimum untuk tulang rapuh? Dapatkan set lengkap set tulang rapuh dari pengedar Shaklee yang berdekatan atau hubungi saya, Shaklee Labuan untuk set tulang Shaklee. Penghantaran percuma untuk seluruh Malaysia. Konsultasi percuma turut diberikan untuk anda :)




 





Comments