Sunday, 16 November 2014

CERGAS LANGSING SELEPAS BERSALIN



Wanita hamil pastinya akan mengalami perubahan bentuk badan dan itu adalah suatu situasi yang normal bagi wanita yang melalui 9 bulan tempoh kehamilan. Pastinya setiap wanita hamil memasang angan-angan agar kembali langsing selepas proses melahirkan. Secara puratanya wanita hamil akan mengalami peningkatan berat di antara 10-13kg. Selepas kelahiran, berat ibu akan berkurangan dalam anggaran 5-6kg secara automatik. Jika penurunan sangat minima, besar kemungkinan ibu mengalami ‘water retetion’ atau ‘berat air’. Usah risau, kerana ia akan hilang melalui pembuangan air kecil dan pepeluhan dalam tempoh 2-3 minggu selepas kelahiran.  Tetapi, apa yang pasti, amalan pemakanan dan diet yang betul mampu mengembalikan bentuk badan asal dengan cara yang sihat.



1. Latihan Fizikal

Berat badan ideal mampu dikembalikan selepas bersalin dengan melakukan beberapa latihan fizikal yang sesuai. Memandangkan tubuh ibu memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya, pemilihan latihan fizikal mestinya tidak terlalu membebankan namun efektif. Sebagai contoh, aktiviti berjalan kaku mahupun melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah atau turun naik tangga. Disarankan pada waktu itu ibu telah benar-benar sihat ataupun tunggulah sehingga tempoh pantang 40 hari.



Elak memilih dari melakukan olahraga yang melibatkan pergerakkan seperti menghentak-hentak atau ‘high impact’. Pengaruh hormone progesterone yang ada boleh mengakibatkan tulang-tulang terasa sengal dan akhirnya boleh menyebabkan kecederaan. Bagi wanita yang bersalin melalui kaedah pembedahan, seeloknya dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu untuk memastikan tempoh yang paling sesuai untuk memulakan aktiviti fizikal ini.



Perut yang rata selepas proses melahirkan turut menjadi idaman setiap wanita. Antara senaman perut yang mudah diikuti seperti ‘sit up’ atau senaman kegel. Latihan secara rutin harus dilakukan agar otot pinggul kembali kuat. Namun begitu setiap wanita memerlukan jangkamasa yang berbeza-beza bagi mendapatkan semula bentuk badan yang langsing. Ia juga bergantung kepada tahap kerajinan melalukan latihan fizikal.





2. Amalkan Pola Pemakanan Sihat

Pastikan ibu memperolehi zat makanan yang betul dan mencukupi untuk kelihatan langsing dan cergas selepas bersalin. Ini bukan sahaja untuk memastikan ibu sihat, malah membekalkan zat yang secukupnya kepada bayi yang disusukan agar susu yang dihasilkan lebih berkualiti dan mengenyangkan bayi. Pengambilan makanan dalam kadar kalori yang terlalu sedikit, kurang 2000 kalori per hari misalnya, tidak menjamin ibu mencapai berat badan yang ideal. Pengambilan kalori yang terlampau rendah hanya mendorong tubuh untuk merendahkan lagi tahap metabolism tubuh. Gantikan lah makanan yang tinggi lemak dengan makanan yang tinggi serat agar membantu ibu mengurangkan berat badan.




3. Susukan Bayi Anda

Menyusukan bayi mampu mengurangkan penyimpanan lemak anda. Ini kerana dengan menyusukan bayi, tubuh ibu mampu membakar kalori sehingga 500 kalori setiap hari denga purata penyusuan sebanyak 850ml. Jadi, susukanlah bayi anda agar manfaatnya dapat dikongsi bersama. Melalui penyusuan bayi memperoleh zat untuk tumbesaran, manakala ibu pula mampu membakar kalori untuk kembali langsing.






Kurang mahir memilih set yang sesuai dengan bajet??
hubungi saya untuk konsultasi percuma
SHAKLEE LABUAN


No comments:

Post a Comment