Saturday, 29 November 2014

LECITHIN






Diestrak dari kacang soya organic bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.



Manfaat Utama

1. Menyerap vitamin yang larut lemak
Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak

2. Melindungi Hati
Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati

3. Pemecahan Lemak dan Kolesterol
Lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh

4. Pelangsingan
Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang

5. Mencantikkan otot dan kulit
Membentuk membrane sel,melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.

6. Memperbaiki alergi
Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salurdarah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit – dermatitis , demam alergi

7. Menghalang kejadian batu karang
90% dari batu karang terjadi dari kolesterol, lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang

8. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress
Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf cranial yang memperingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

9. Menghalang tekanan darah tinggi
Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah

10. Memperbaiki prostat lelaki
Kajian telah membuktikan masalah prostat dan uretha lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak

11. Meringankan sembelit
Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ia melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.

Cadangan ;

Untuk memelihara kesihatan ; 2 kali sehari, 3 kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan)

Untuk pelangsingan, tekanan darah tinggi, pemecahan lemak ; 2-3 kali sehari, 6 kapsul setiap kali  (sebelum atau selepas makan)


Kurang mahir memilih produk shaklee yang sesuai???
Jom hubungi saya ;
SHAKLEE LABUAN
 


Thursday, 27 November 2014

BASIC H2 ORGANIC SUPER CLEANING CONCENTRATE








Basic H2 ® adalah sesuatu yang anda perlukan untuk ribuan kerja-kerja isi rumah.
Kepekatan yang tinggi – 16auns membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa setelah dicampur dengan air.
Pembersih serbaguna dan berkuasa. Menghilangkan kotoran, gris dan kotoran dari permukaan boleh dibasuh didalam dan diluar. Cairkan mengikut arahan.
Tidak perlu dibilas, tiada sisa, formula bebas coretan
Tiada toksik
Semula jadi
Kepekatan berganda
Bahan surfaktan yang mampu biodegradasi

Cara menggunakannya :



1. 16oz botol kecil ini boleh menghasilkan 48gelen bancuhan yang selamat , benar-benar berkuasa
2. Untuk diguna sebagai pembersih pelbagai : tambah ¼ sudu, 16 oz air
3. Untuk tingkap dan cermin : tambah 1-2 titik ke 16 oz air
4. Untuk nyah gris : tambah 1 ½ sudu tek, 16 oz air
5. Untuk kerja yang lebih besar, tambah 2 oz kepada 1 gelen air

Tahukah anda?

Kebanyakkan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormone. Bahan pelarut organic seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsa hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca boleh merosakkan hati yang merengsa kulit, mata dan sistem pernafasan.
Pencuci Super Organik Basic H2

Perbezaan Shaklee

SELAMAT

1. Tiada toksin
2. Tanpa gas beracun
3. Tanpa bahan kimia berbahaya
4. Tanpa bahan pewangi
5. Lembut pada tangan
6. pH yang seimbang
7. Tanpa klorin


BERKESAN

1. Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
2. Kepekatan berganda – 16auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
3. Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama


MESRA ALAM

1. Ramuan semulajadi yang diestrak daripada jagung dan kelapa
2. Biorosot
3. Tanpa fosfat
4. Bungkusan yang boleh dikitar semula
5. Tanpa bahan pewarna
6. Selamat untuk sistem septic dan pembentungan


Nakkan yang ORGANIK???
Jom hubungi saya
SHAKLEE LABUAN

 

Sunday, 23 November 2014

TESTIMONI MEALSHAKES














Bermasalah memilih vitamin yang sesuai dengan bajet anda??
saya boleh bantu
SHAKLEE LABUAN


Monday, 17 November 2014

OSTEMATRIX


Perbezaan Shaklee

Kandungan kalsium yang seimbang memastikan kadar penyerapan adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan

Manfaat Utama



1. Menguatkan Tulang
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat

2. Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan Stress
Ia mengimbangi  tekanan darah. memelihara deyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur dengan selesa, memperbaiki jantung yang berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki Masalah Haid
Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecilanya

5. Pengalkalian Tubuh
Kalsium adalah mineral alkali, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesity diwaktu tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi

6. Memperbaiki Hiperaktiviti Perut dan Gastrik

7. Vitamin D
Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegeterian, individu yang kurang terdedah kepada cahaya matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D

8. Magnesium 
Ini adalah ion positif no.2 terpenting dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos

9. Zinc, Boron, Manganes, Kuprum
Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis

Bagaimana Memilih Kalsium Premium?

1. Pilih produk yang mempunyai vitamin D dan magnesium
2. Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral

Kepentingan Vitamin D 

Bagi menggalakkan penyerapan kalsium dan fosforus, Vitamin D membantu dalam mengawalatur penyimpanan kalsium dan fosforus di dalam tulang. Kekurangan Vitamin D boleh mengakibatkan tulang rapuh kerana kurangnya penyerapan kalsium dan mineral. Keadaan ini mendorong terjadinya masalah rikets bagi kanak-kanak dan osteomalasia bagi dewasa. Tubuh manusia mampu menghasilkan Vitamin D melalui tindakan cahaya matahari ke atas kulit. Minyak ikan, telur kuning dan produk tenusu pula merupakan sumber makanan yang diperkaya dengan Vitamin D.
 



**********************************************************

Mencari sumber kalsium premium? Lengkap dengan Vitamin D yang mampu menggalakkan penyerapan kalsium lebih efektif? Jom cuba OSTEMATRIX yang sangat memberi kesan terbaik pada tubuh. Hubungi saya untuk konsultasi percuma. Penghantaran tanpa cas seluruh LABUAN dan tiada kos pos LUAR LABUAN.



 **********************************************************

Sunday, 16 November 2014

CERGAS LANGSING SELEPAS BERSALIN



Wanita hamil pastinya akan mengalami perubahan bentuk badan dan itu adalah suatu situasi yang normal bagi wanita yang melalui 9 bulan tempoh kehamilan. Pastinya setiap wanita hamil memasang angan-angan agar kembali langsing selepas proses melahirkan. Secara puratanya wanita hamil akan mengalami peningkatan berat di antara 10-13kg. Selepas kelahiran, berat ibu akan berkurangan dalam anggaran 5-6kg secara automatik. Jika penurunan sangat minima, besar kemungkinan ibu mengalami ‘water retetion’ atau ‘berat air’. Usah risau, kerana ia akan hilang melalui pembuangan air kecil dan pepeluhan dalam tempoh 2-3 minggu selepas kelahiran.  Tetapi, apa yang pasti, amalan pemakanan dan diet yang betul mampu mengembalikan bentuk badan asal dengan cara yang sihat.



1. Latihan Fizikal

Berat badan ideal mampu dikembalikan selepas bersalin dengan melakukan beberapa latihan fizikal yang sesuai. Memandangkan tubuh ibu memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya, pemilihan latihan fizikal mestinya tidak terlalu membebankan namun efektif. Sebagai contoh, aktiviti berjalan kaku mahupun melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah atau turun naik tangga. Disarankan pada waktu itu ibu telah benar-benar sihat ataupun tunggulah sehingga tempoh pantang 40 hari.



Elak memilih dari melakukan olahraga yang melibatkan pergerakkan seperti menghentak-hentak atau ‘high impact’. Pengaruh hormone progesterone yang ada boleh mengakibatkan tulang-tulang terasa sengal dan akhirnya boleh menyebabkan kecederaan. Bagi wanita yang bersalin melalui kaedah pembedahan, seeloknya dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu untuk memastikan tempoh yang paling sesuai untuk memulakan aktiviti fizikal ini.



Perut yang rata selepas proses melahirkan turut menjadi idaman setiap wanita. Antara senaman perut yang mudah diikuti seperti ‘sit up’ atau senaman kegel. Latihan secara rutin harus dilakukan agar otot pinggul kembali kuat. Namun begitu setiap wanita memerlukan jangkamasa yang berbeza-beza bagi mendapatkan semula bentuk badan yang langsing. Ia juga bergantung kepada tahap kerajinan melalukan latihan fizikal.





2. Amalkan Pola Pemakanan Sihat

Pastikan ibu memperolehi zat makanan yang betul dan mencukupi untuk kelihatan langsing dan cergas selepas bersalin. Ini bukan sahaja untuk memastikan ibu sihat, malah membekalkan zat yang secukupnya kepada bayi yang disusukan agar susu yang dihasilkan lebih berkualiti dan mengenyangkan bayi. Pengambilan makanan dalam kadar kalori yang terlalu sedikit, kurang 2000 kalori per hari misalnya, tidak menjamin ibu mencapai berat badan yang ideal. Pengambilan kalori yang terlampau rendah hanya mendorong tubuh untuk merendahkan lagi tahap metabolism tubuh. Gantikan lah makanan yang tinggi lemak dengan makanan yang tinggi serat agar membantu ibu mengurangkan berat badan.




3. Susukan Bayi Anda

Menyusukan bayi mampu mengurangkan penyimpanan lemak anda. Ini kerana dengan menyusukan bayi, tubuh ibu mampu membakar kalori sehingga 500 kalori setiap hari denga purata penyusuan sebanyak 850ml. Jadi, susukanlah bayi anda agar manfaatnya dapat dikongsi bersama. Melalui penyusuan bayi memperoleh zat untuk tumbesaran, manakala ibu pula mampu membakar kalori untuk kembali langsing.






Kurang mahir memilih set yang sesuai dengan bajet??
hubungi saya untuk konsultasi percuma
SHAKLEE LABUAN