ANEMIA DIKALANGAN IBU HAMIL




Ibu hamil cenderung untuk mengalami ANEMIA apabila mengalami tahap HEMOGLOBIN yang rendah. Apabila ibu mengalami anemia, bekalan oksigen yang dibekalkan kepada bayi melalui darah ibu dikuatiri tidak mencukupi akibat masalah kekurangan darah merah yang dialami oleh ibu.



Sewaktu hamil, tubuh akan menghasilkan lebih darah untuk menyokong pertumbuhan bayi. Akan tetapi, jika ibu tidak mendapat bekalan iron yang mencukupi, berkemungkinan tubuh tidak mampu menghasilkan jumlah darah merah yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan

Terdapat 3 jenis penyebab anemia yang boleh dialami oleh ibu hamil :


1. Kekurangan Iron

Anemia jenis ini berlaku apabila tubuh tidak memperoleh sumber iron yang mencukupi untuk membina sel darah merah agar dapat mengelakkan berlakunya tahap hemoglobin yang rendah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel darah merah dimana tugas hemoglobin adalah mengangkut oksigen dalam sel darah merah keseluruh tubuh.
Akibat kekurangan sumber iron, bekalan oksigen tidak dapat disalurkan keseluruh tubuh melalui sel darah merah. KEKURANGAN IRON merupakan gejala yang biasa berlaku dikalangan ibu hamil.


2. Kekurangan Folate

Folate atau juga dikenali dengan panggilan asid folik merupakan kumpulan dalam vitamin B. Tubuh memerlukan folate untuk menggalakkan pertumbuhan sel baru, termasuklah pembentukkan sel darah merah yang sihat. Ibu hamil amat memerlukan folate dalam jumlah yang mencukupi. Akan tetapi pengambilan folate menerusi pemakanan seharian adakalanya tidak mencukupi bagi ibu hamil. Sama seperti iron, kekurangan folate turut menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat disalurkan dengan sempurna keseluruh tubuh badan. Ini akan memberi kesan terhadap kandungan seperti masalah tulang belakang dan bayi lahir dengan kurang berat badan.


3. Kekurangan Vitamin B12

Vitamin B12 diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang sehat. Ibu hamil yang kurang mengambil daging, telur atau sumber tenusu cenderung kekurangan vitamin jenis ini. 


Tips Tangani Anemia Sewaktu Hamil
 
 
1. Ambil Zat Besi

Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi dari sumber seperti haiwan dan tumbuhan. Sumber seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya diambil 4 kali dalam seminggu. Selain sumber haiwan, zat besi juga boleh diperolehi daripada pengambilan sayur-sayuran yang cukup. Contohnya, bayam merupakan sayuran yang kaya dengan zat besi.

2. Ambil makanan yang kaya asid folik 

Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.

 3. Tingkatkan Pengambilan Vitamin C

Lengkapkan diet seharian dengan pengambilan  buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.

4. Ambil Kekacang 


Kekacang seperti Cashew, Hazelnut dan Almond memiliki kandungan zat besi yang tinggi. Pengambilan kekacang juga digalakkan kerana tinggi dalam omega-3 yang dapat membantu perkembangan otak bayi.

5. Elak Kaffein

Berusaha menjauhi pengambilan teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Kehadiran asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan .

Cadangan Zat Besi Untuk 
Mengatasi Anemia ? 

VITA-LEA SUMBER ZAT BEZI YANG TERBAIK

http://vitafamilyshop.blogspot.com/2014/07/vita-lea-iron-formula.html
 [Klik gambar untuk maklumat produk]

Testimoni The Beauty Of You



Testimoni lain







Sukar Mencari Set Lengkap Ibu Hamil ?
Cuba yang terbaik dari SHAKLEE




*****************************************

Mencari set hamil yang memberi 1001 kebaikan khasnya untuk kesihatan ibu dan perkembangan anak? Set Hamil Shaklee menawarkan kebaikan yang memberi manfaat kepada kedua-duanya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut berkenaan produk. Percuma penghantaran untuk seluruh LABUAN dan percuma pos untuk LUAR LABUAN.



*****************************************

Comments