EKZEMA YANG MENGGANGGU




Kulit merupakan bahagian tubuh yang paling besar sekali. Pendedahan secara langsung atau tidak terhadap keadaan persekitaran misalnya cuaca, sinar matahari  ataupun yang lain boleh mengakibatkan perubahan pada struktur atau kesihatan kulit kerana kulit merupakan bahagian yang cukup sensitif. Keadaan ini secara tidak langsung boleh mengakibatkan kulit terdedah dengan pelbagai masalah kulit.

Keadaan persekitaran yang tidak sihat pada masa kini, membuatkan kulit mudah terdedah dengan masalah kulit, contohnya ekzema, sejenis penyakit kulit yang biasa menyerang masyarakat pada masa kini. Penyakit kulit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira peringkat umur dan ada kalanya boleh menyebabkan kulit berair, berdarah, dan bernanah. Ekzema bukan sahaja dihadapi oleh orang dewasa, malah kanak-kanak turut menjadi mengidap ekzema.

Gejala-Gejala Ekzema.


1. Acute Eczema


i. Erythema : Kulit terasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan kulit
ii. Papules : Pembentukan tompok-tompok merah

2. Eczema Kronik


i. Kulit menjadi berair dan bersisik
ii. Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut

Punca-Punca Kehadiran Ekzema


1. Faktor-Faktor Dalaman (Fizikal)


i. Ahli keluarga yang mempunyai masalah ekzema, asma atau aliergi rhinitis (Faktor Genetik)
ii. Perubahan yang ketara seperti keresahan dan stress (tekanan)
iii. Faktor pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

2. Faktor Luaran (Persekitaran)


i. Bahan-bahan iritasi : Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas atau lembap atau sebaliknya.
ii. Alahan : Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan, hama dari habuk.

Kitaran Ekzema


Ekzema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan 'allergens' atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya menyebabkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Ekzema menyebabkan kegatalan yang teramat sangat. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semakin kering. Apabila kerap digaru, lapisan kulit akan mula terkoyak dan ruam akan mula timbul.

Ekzema Dikalangan Bayi dan Kanak-kanak


Ekzema kanak-kanak juga  dikenali sebagai Ekzema Atopi. Ekzema atopik ialah sejenis penyakit kulit yang berlaku akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik. Ekzema boleh terjadi pada semua peringkat usia, paling umum pada bayi dan biasanya akan hilang selepas bayi berusia tiga tahun. Namun ada juga yang mengalaminya seumur hidup.

Kebanyakan penghidap ekzema sering mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah yang sama serta alahan lain seperti asma atau rhinitis. Kebanyakan pakar perubatan tidak mengetahui dengan tepat punca ekzema, tetapi mungkin disebabkan kepincangan dalam sistem imunisasi iaitu kelainan pada protein tertentu yang penting dalam mempertahankan permukaan kulit.
 

Panduan Menguruskan Ekzema

 

1. Sentiasa memastikan kulit lembap
2. Elak mandi terlalu lama
3. Elakkan menggunakan sabun atau bahan-bahan yang mengandungi bahan kimia yang dapat
    mengaktifkan keradangan kulit.
4. Jangan mandi dengan menggunakan air panas atau air suam.
5.Gunakan sabun yang ­lembut, mempunyai kelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang
    mengeringkan kulit.
6. Elakkan tersentuh sabun, minyak wangi, serbuk pencuci, barang perhiasan dan persekitaran yang
    boleh menyebabkan ekzema.
7.  Memakai baju longgar, nipis dan diperbuat daripada kapas
8.  Elakkan makanan yang menjadi alahan kepada bayi seperti susu lembu, telur dan kekacang.
9.  Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi
10.  Mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur kerana panas boleh ­menyebabkan berpeluh
       yang memburukkan keadaan gatal dan rengsa.
11.  Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas daripada habuk dan kotoran
12.  Pastikan kuku anak sentiasa pendek agar dia tidak boleh menggaru dan seterusnya
       memudaratkan lagi ekzema.

RAWAT EKZEMA CARA SHAKLEE 

 

 

MEALSHAKES

Memperbaiki Kulit Rosak Kerana Ekzema

ALFALFA

Raja Segala Tumbuhan dan Herba. Kaya Dengan Kandungan Klorofil Yang Dapat Membantu Masalah Kulit

HERBAL BLEND MULTI PURPOSE CREAM

Diperbuat Daripada Estrak Herba Semulajadi Sage, Rosemary dan Horse Chesnut Yarrow. Herbal Blend Mengekalkan Kelembapan Kulit

VITAMIN E

Vitamin E merupakan vitamin yang sangat bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat ekzema. Vitamin E juga mampu mengelakkan kulit dari dijangkiti bakteria. Kesan parut boleh pudar dengan pengambilan Vitamin E

OMEGA GUARD

Omega Guard bertindak dengan menguatkan sel membran serta mencegah keradangan kulit dan mengurangkan keradangan. Ia juga melembapkan dan melembutkan kulit kerana kulit yang kering menyebabkan ekzema semakin teruk

ENERGIZING SOY PROTEIN

Bertindak membina sel yang sehat dan membaiki sel yang rosak.ESP turut membantu memudarkan parut dengan cepat




Comments