Saturday, 31 May 2014

TESTIMONI VIVIX

Testimoni 1

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN (CADANGAN)

"Macam mana nak makan vitamin ni ??  banyak sangat ....  makan time bila ni?? kalau ter 'miss' macam mana?"


Soalan favourite ni. Memang customer akan tanya tentang jadual pengambilan. Biasanya saya akan buat jadual khas dan print out. Tapi kalau setakat sebotol je order tak la buat jadual.

Ok ... kat sini ada cadangan jadual. Tak terikat sangat pon. Kalau ter 'miss' pon boleh ambil time lain. Tapi yang penting ambil ikut sukatan yang dicadangan. Contohnye Vita E ambil sebiji sehari, so ambil sebiji je...  overdose payah pulak karang.



Panduan Pengambilan Vitamin Shaklee

1. Dicadangkan pengambilan air bagi pengamal supplimen adalah sehingga 3-4 liter sehari.

2. Vitalea  tidak digalakkan diambil bersama ESP / Mealshake / Ostematrix / Cinch Shake.

3. Alfalfa tidak digalakkan diambil bersama Vita E. Pesakit SLE perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil Alfalfa.

4. Elak membancuh ESP / Mealshake / Cinch Shake dengan air panas melebihi 40 darjah celsius

5. Sekiranya anda demam / selsema, ambil 2 tablet Vita C yang telah dipatahkan dua, dua kali sehari untuk boost imun.

6. Vivix, Collagen dan Vita E tidak boleh diambil oleh wanita hamil.

7. Sila rujuk wakil Shaklee anda untuk makluman bermanfaat tentang Shaklee.












Saturday, 24 May 2014

JAGA USUS KITA

USUS TERSUMBAT DAN KOTOR PUNCA MASALAH PENGHADAMAN




 Hari-hari kita makan.... pagi, thari, petang, malam... makan..makan..makan.... syukur dengan rezeki.. alhamdulillah

Tapi sedar tak kita yang selama ini ada kalanya tidak 'membuang' berhari-hari. sumbat sampai padat, sendat, mampat..... usus dah penuh....
sistem penghadaman terganggu oleh banyak faktor yang kadang-kadang kita kurang nak ambil tahu.. kenapa masalah ini berlaku???

1. Stres (tekanan)
Apabila kita mengalami stres, sebagai langkah survival, badan akan mengalihkan tenaga, darah, enzyme dan oksigen daripada organ penghadaman ke tempat lain di dalam badan.

2. Antibiotik
Pengambilan antibiotik yang terlalu banyak boleh membunuh bakteria baik di dalam sistem penghadaman kita.

3. Diet yang tidak sihat
 Makanan yang diproses tidak bagus untuk kesihatan. Ini kerana dalam proses penghasilan makanan ini, segala nutrien dan fiber yang terkandung dalam gula dan karbohidrat akan dibuang.

4. Pemakanan berfiber rendah
Badan kita memerlukan makanan komponen seperti fiber untuk mengeluarkan sisa menerusi usus. Kekurangan fiber boleh mengakibatkan sembelit. Apabila kita mengalami sembelit, sebahagian daripada toksin daripada sisa makanan akan diserap masuk ke saluran darah.

5. Makanan mentah yang tidak mencukupi
Enzyme dalam makanan membantu penghadaman dan ini dihasilkan menerusi makanan mentah. Makanan yang dimasak melebih 116 darjah akan memusnahkan ezyme.

6. Nitrat (yang didapati dalam ikan bakar, jeruk)
Pernah dikaitkan sebagai punca kanser perut.

7. Merokok dan alkohol.

8. Tabiat makan
Makanan yang tidak dikunyah dengan baik sebelum ditelan akan menyebabkan perut banyak angin, senak dan kembung. Ia juga boleh mengakibatkan sembelit.

9. Makan buah bercampur dengan makanan lain
Buah-buahan perlu dimakan tanpa dicampur dengan makanan lain kerana ia mengandungi enzyme yang tinggi. Buah-buahan hanya mengambil masa antara 20-30 minit untuk melalui sistem penghadapi dan untuk nutrien diserapkan. Jika buah-buahan dimakan bersama makanan lain, ia memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadam. Buah-buahan itu akan “terperam” dalam proses penghadaman dan mengakibatkan gastrik. Pengambilan protein dengan makanan berkanji seperti pasta dan kentang akan menjadikan sistem penghadaman mengalami stres.

10. Dadah/ubat
 Hampir semua dadah/ubat dan kimia tidak elok untuk sistem penghadaman. Banyak ubat yang boleh menjejaskan sistem penghadaman, antaranya pil perancang keluarga, antacids, antihistamines, laxatives, steroid, alkohol dan banyak lagi. Ubat anti-radang seperti aspirin dan acetaminophen boleh merosakkan dinding perut dan menjejaskan penghadaman dan boleh mengakibatkan jangkitan.

11. Toxin daripada pencemaran alam sekitar.
Apabila kita terdedah kepada perkara-perkara ini, badan kita secara semulajadi akan bertindak balas untuk menyingkirkannya dan proses ini menggunakan banyak tenaga, lantas mengakibatkan tenaga untuk menghadam berkurangan.

 

Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih: 

1. Sembelit 
2. Selalu kentut
 3. Sering sakit kepala
 4. Susah nak hadam 
5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
6. Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati (pedih ulu hati)
13. Ulser Peptic.
14. Cirit-birit
15. Kanser kolon

Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:


1. Jantung stres atau lemah
2. Sakit sendi dan arthiritis
3. Menjejaskan fungsi otak dan boleh mengakibatkan nyanyuk
4. Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5. Badan lesu dan otot lemah
6. Berat badan bertambah
7. Cepat nampak tua
8. Kanser


untuk membersih usus... bolehla cuba HERBLAX :)



Thursday, 15 May 2014

KITARAN HAID TIDAK TERATUR


"Kenapa dengan period saya ni?"

"Kenapa saya tidak period bulan ni?" 






Persoalan 'kenapa dengan period saya ni' mungkin biasa didengari dari mereka-mereka yang mempunyai masalah kitaran haid yang kadang-kala menggangu. Kenapa ia berlaku?? Sebenarnya banyak faktor dan penyebab bagi masalah ini. Setiap individu mungkin memiliki sebab yang berlainan kepada masalah yang sama. sebagai gadis/ wanita, perlu mengambil berat tentang masalah ini kerana mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh tubuh kepada tuan punya badan.

Haid Yang Normal 

Wanita normal akan mengalami kedatangan haid sehingga 7 hari (bergantung kepada individu) dengan kitaran normal selama 28 hari. Ada sesetengah wanita yang dapat menjangkakan kehadirannya jika putarannya normal setiap bulan.

Haid Tidak Normal

Masalah kedatangan haid merupakan isu wanita yang biasa didengari. Masalah haid tidak normal diukur dari kerap atau pun kurang kehadirannya. Pengaliran yang terlampau banyak dan berpanjangan turut menjadikan masalah haid tidak normal
 
Empat Ketagori Masalah Haid 

1.  Amenorrhea
Dikategorikan untuk wanita/gadis yang mempunyai kuantiti haid yang terlampau sedikit. Ia berlaku pada gadis yang tidak didatangi haid sehingga umur 16 tahun, atau tidak didatangi haid untuk tempoh beberapa bulan. Amenorrhea mungkin disebabkan oleh kehamilan, senaman yang berlebihan, gangguan pemakanan, tekanan fizikal dan psikologi, tumor, sindrom ovari polisistik, kegagalan ovari pra-matang, menopaus dan tiroid atau ketidakseimbangan hormon.

2. Oligomenorrhea
Merujuk kepada masalah haid yang datang sekali-sekal. Keadaan ini mungkin sindrom ovari polisistik, kegagalan ovari pra-matang, penyakit rahim, gangguan tiroid, kelenjar pituitari atau hipotalamus dan ketidakseimbangan hormon lain.
3. Abnormal Uterine Bleeding
Diketagorikan bagi gadis/wanita yang memiliki pendarahan yang banyak melebihi 7 hari. Boleh berlaku akibat daripada pelbagai jenis keadaan, fibroid atau polip, endometriosis, jangkitan, kehamilan ektopik atau keguguran, penyakit rahim, ketidakseimbangan hormon dan penggunaan ubat-ubatan tertentu. Pada wanita menopaus dan putus haid, rujuk doktor bagi pendarahan yang berlaku.

4. Dysmenorrhea
Kumpulan yang mengalami kesakitan semasa haid yang sangat teruk. Dysmenorrhea turut disertai oleh gejala lain seperti cirit birit, loya, muntah, sakit kepala atau sakit belakang. Boleh disebabkan oleh keadaan seperti jangkitan, endometriosis, fibroid, atau sista ovari.
Sebab Lain Haid Tidak Teratur

1. Mengandung 
Haid akan terus berhenti jika tubuh didapati mengandung. (Tapi ada juga yang period masa mengandung dan menyebabkan wanita tidak tahu mereka mengandung)


2. Stress
Stress juga penyebab haid tidak teratur kerana wujudnya hormon Cortisol sewaktu stress. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hormon estrogen dan progesterone. Jika tubuh merembes terlalu banyak hormon Cortisol, kehadiran haid setiap bulan akan turut terganggu

3. Diet
Peningkatan berat badan turut menjadi faktor terhadap masalah haid tidak teratur. Ini juga akan berlaku pada wanita yang dalam usaha menurunkan berat badan tanpa diet yang betul. Hormon-hormon yang terhasil akibat aktiviti akan menganggu rutin haid wanita.
4. Senaman berlebihan
Tubuh badan memerlukan tenaga yang mencukupi sebelum/semasa haid. Pembakaran kalori yang berlebihan akan menyebabkan kurang tenaga yang perlu digunakan sewaktu kedatangan haid
5. Pil Perancang
Kesan sampingan pengambilan pil perancang adalah berbeza setiap individu kerana pil perancangan mengganggu fungsi kelenjar ovari dan memakan masa untuk pulih. 

Kaedah Rawatan Yang Sesuai

1. Amalkan Kehidupan Yang Sihat
Pilih makanan yang sihat dan makanan tambahan yang dapat meningkatkan penyerapan nutrien agar dapat membantu fungsi badan dengan lebih baik.
2. Tambah Multivitamin Dalam Diet Anda
Pastikan diet seharian lengkap dengan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Nutrien ini mungkin tidak membantu memperbetulkan haid yang tidak teratur, tetapi untuk wanita/gadis, kekurangan nutrien ini akan mengakibatkan osteoporosis.
3. Penghidap Anemia !!! Jangan Lupa Iron dan Vitamin C.
Amat penting bagi mereka yang mempunyai masalah jenis Abnormal Uterine Bleeding. Pendarahan yang banyak mungkin menyebabkan anemia.
4. Aromatherapi Bagi Yang STRESS!!
Sebagai remedi semula jadi. Tidak salah untuk mencuba titisan lavender, chamomile atau ylang-ylang dalam mandian anda.
5. Luangkan Masa Beberapa Minit Sehari Untuk Diri Sendiri. Tak Rugi Rasanya...
Ambilah sehingga 15 minit sehari setelah penat berkerja. Jangan terlalu menyiksa diri.
6. Amalkan Teh Hijau
Kandungan L-Theanine, estrak asid amino dari teh hijau mengurangkan ketegangan dan tekanan.
7. Bersenam Secara Teratur
Senaman sangat baik kerana mengurangkan tekanan dan meningkatkan gaya hidup sihat, Akan tetapi bersenam secara berlebihan dan pengurangan berat badan yang terlampau akan menyebabkan hormon estrogen menurun, menyebabkan haid tidak teratur atau terus berhenti. Pastikan penggunaan kalori berada pada tahap yang sihat untuk mengekalkan berat badan. walau bagaimanapun, individu yang mempunyai berat yang berlebihan juga boleh mengalami masalah haid tidak teratur. Pastikan berat anda berada pada tahap normal.
8. Penggunaan Herba
Penerimaan herba adalah berbeza setiap individu. Mungkin boleh digunakan sebagai kaedah alternatif.
9. GLA SHAKLEE

http://vitafamilyshop.blogspot.com/2014/07/gla.html
[{KLIK pada gambar untuk maklumat GLA]


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.  
Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. 

**************************************************

Adakah anda mencari penyelesaian untuk masalah haid yang tidak berkesudahan?... inginkan bantuan secara EKSKLUSIF oleh pengedar Shaklee yang dilantik? Hubungi saya untuk konsultasi percuma. Penghantaran percuma bagi seluruh Labuan dan Luar Labuan. 

**************************************************


 

 



Tuesday, 6 May 2014

KEPENTINGAN SUPPLEMEN TERHADAP KANAK-KANAK

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan rangkaian nutrien yang lengkap yang diperolehi dari pelbagai sumber makanan yang berkhasiat, Pengambilan makanan yang seimbang seharusnya mengikuti piramid makanan yang telah ditetapkan agar diet sihat dapat diamalkan termasuklah amalan seperti :

a) pengambilan produk-produk tenusu seperti keju dan yogurt
b) kepelbagaian buah-buahan dan sayur-sayuran segar
c) pengambilan protein dari sumber seperti ikan, ayam dan telur.
d) makanan bijirin penuh seperti beras perang dan oat


Kanak-kanak Yang Bagaimana Memerlukan Suplimen?

1. Kanak-kanak yang memiliki keluarga yang terlalu sibuk. Kurang mementingkan nutrisi dalam menyediakan menu harian. Sumber pemakanan dari bahan-bahan yang kurang kesegarannya.
2. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kesihatan seperti asma ataupun masalah pencernaan kurang baik.
3. Kanak-kanak yang aktif
4. Kanak-kanak yang kerap mengambil makanan segera, makanan ringan atau makanan yang diproses.
5. Kanak-kanak yang kurang gemar mengambil sarapan.
6. Kanak-kanak yang gemar minum minuman berkarbonat dimana kanak-kanak kurang mendapat zat yang secukupnya dari minuman tersebut. 

6 Sumber Mineral dan Vitamin Yang Penting Untuk Perkembangan Kanak-kanak.

 

VITAMIN A : Menggalakkan pembentukkan tisu dan tulang, kulit dan mata yang sihat dan imuniti.
SUMBER : susu, keju, telur, sayur-sayuran/ buah buahan berwarna oren seperti lobak

VITAMIN B : Membekalkan tenaga dan menjaga kesihatan sistem saraf tubuh.
SUMBER : daging, ayam, ikan, kekacang, susu, keju

VITAMIN C : Menggalakkan pembentukkan otot, tisu dan kulit.
SUMBER : strawberi, kiwi, tomato dan sayuran hijau seperti brokoli

VITAMIN D :  Menggalakkan pembentukkan tulang dan gigi dan membantu tubuh menyerap      kalsium dengan lebih baik.
SUMBER : Produk tenusu, kuning telur dan minyak ikan.


KALSIUM : Membantu membentuk tulang yang kuat
SUMBER : Produk tenusu, keju. yogurt, tofu dan kalsium dari jus oren

IRON :Membentuk otot dan penting dalam kesihatan sel darah merah. Amat penting untuk anak yang meningkat remaja terutama anak perempuan yang sudah mengalami proses menstrual.
SUMBER : Daging merah, bayam, kekacang dan prunes


MUNGKIN MEALSHAKES DAPAT MEMBANTU !!!!

http://vitafamilyshop.blogspot.com/2014/07/meal-shakes.html 
KLIK pada gambar untuk maklumat MEAL SHAKES

Saturday, 3 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE LABUAN

Pengedar Shaklee Labuan  


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam sejahtera dan salam perkenalan. Semoga rakan-rakan dikurniakan kesihatan yang baik dan sempurna. Almaklumlah, cuaca sekarang pun kurang menentu. Ada masa panas, ada masa hujan. Semua itu mempengaruhi kesihatan kita seharian. Bagi yang sihat-sihat selalulah ucap اَلْحَمْدُلِلّهِ  bagi menunjukkan syukurnya kita kehadrat الهي

Alhamdulillah, semenjak menjadi pengguna Shaklee, kesihatan seharian semakin baik. Saya merupakan Pengedar Shaklee Labuan dan telah menjadi pengguna produk Shaklee sejak tahun 2013. Hanya serius berbisnes secara online dan offline bermula tahun 2014, semasa saya berada ditahun akhir pengajian. Saya bermula dengan produk Set Migrain yang merangkumi Ostematrix dan B-Complex. Kemudian dengan produk Shaklee Set Sendi yang merangkumi Ostematrix, AJHT dan Omega Guard yang saya beli khas untuk ibu tersayang. Melihat keberkesanannya pada diri sendiri dan keluarga saya rasa itulah yang terbaik.

Pengedar Shaklee Labuan
 
Pengedar Shaklee Labuan

Sebagai Pengedar Shaklee Labuan, saya memberi pilihan kepada pelanggan untuk membeli secara terus dari saya atau saya membuat pembelian secara online dan Shaklee akan terus menghantar ke alamat pelanggan. Saya juga menyediakan perkhidmatan Cash On Delivery (COD) bagi warga Labuan. Alhamdulillah, sebagai Pengedar Shaklee Labuan saya juga menyediakan produk Shaklee secara ready stocks terutama sekali pelanggan yang memerlukan produk Shaklee dengan kadar segera. Kebiasaannya saya memberi pilihan sama ada ;

i. Datang sendiri ke rumah saya yang berada di Tanjung Aru, Labuan.
ii. Saya sendiri akan menghantar mengikut alamat pelanggan
iii. Berjumpa dilokasi yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Jika berminat memiliki produk Shaklee, boleh hubungi saya , Pengedar Shaklee Labuan melalui ; 


Pengedar Shaklee Labuan

Pembayaran boleh dibuat melalui ;

Mizan Adlia binti Mohd Shoib
No akaun : 1151 2107 2404
Maybank Berhad

Mizan Adlia binti Mohd Shoib
No akaun : 1242 0003451 524
CIMB

Bukti pembayaran perlu disertakan sekali.

Senarai Pengedar Shaklee ;

Pengedar Shaklee Labuan

1. Syayuzie binti Omar (Taman Mutiara)- 0199161978
2. Suhaina binti Suliman (Bukit Kalam)- 0138377326
3. Noor Hasimah binti Mohd Ayub (Sungai Bangat)- 0178655768
4. Felicia Dorothea Jeffret Ajang (Labuan/Sarawak)- 0198281364
5. Norzalinah Evawinni binti Abd Kini (Taman Mutiara/Takaful)- 0198310300
6. Nur Asmah binti Ishak (Kerupang)- 0148948991
7. Ihya Fatimah Rangkuti binti Ishak- 0195315776
8. Nur Liza binti Lailee - 0165093607
9. Khairul Nisah binti Bujang (Kerupang/Kampung Pantai/ Sarawak)- 0139425464
10. Abdullah bin Matasan (Saguking)- 0198503288
11. Siti Harizah binti Abd Rahim (Kampung Pantai)- 0178352805
12. Lisa binti Ladis @ Abdul- 0195838059


Pengedar Shaklee Sarawak

1. Misinah binti Mohamad Fadzil - 0198616122
2. Felicia Dorothea Jeffret Ajang (Labuan / Sarawak)- 0198281364
3. Khairul Nisah binti Bujang (Kerupang / Kampung Pantai / Sarawak)-0139425464

Pengedar Shaklee Selangor

1. Huda Mohamad Nasir
2. Rohaini binti Abdul Rahman (Klang)- 0166351618
3. Siti Zuraidah binti Johari (Meru)- 0192996732
4. Siti Maziah binti Mat Rais (Sungai Besar- 0104304757