Sunday, 21 January 2018

Testimoni Tulang Rapuh dan Patah


Testimoni tulang rapuh


Testimoni tulang rapuh

Testimoni tulang rapuh

Testimoni tulang rapuh

Ostematrix Tulang Rapuh






Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

** Semua maklumat tentang produk serta testimony yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH DAN MENCEGAH sebarang peyakit. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit yang memerlu anda mendiagnos, konsultasi serta rawatan susulan sebelum mengambil vitamin **


Friday, 19 January 2018

Kalsium Untuk Tulang Rapuh

Kalsium sangat penting dalam memastikan kita memiliki tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Keperluan kalsium amat diperlukan  seawal umur kanak-kanak lagi. Pada waktu ini perkembangan tulang sangat pesat sekali sekaligus penting bagi setiap ibu bapa memastikan anak-anak dibekalkan dengan sumber kalsium yang mencukupi bagi menangani masalah tulang rapuh.

Tulang rapuh merupakan gejala dimana tulang hilang kepadatan, mengakibatkan tulang-tulang menjadi rapuh atau mudah patah. Semakin meningkat usia seseorang, tulang akan mengalami kekurangan kepadatan tulang, sekaligus tulang akan semakin menipis.


Kalsium untuk tulang rapuh


Keperluan kalsium adalah berbeza mengikut peringkat umur. Semakin bertambah umur seseorang, semakin tinggi keperluan kalsium diperlukan. Pengambilan kalsium yang mencukupi ada untuk menghindari gejala tulang rapuh dikalangan orang dewasa yang berpotensi mengidap osteoperosis.



Golongan UmurKeperluan kalsium
Bayi0 - 6 bulan200 mg / hari
7 - 12 bulan260 mg / hari
Kanak-kanak dan Remaja1 - 3 tahun700 mg / hari
4 -8 tahun1000 mg / hari
9 - 18 tahun1300 mg / hari
Dewasa19 - 50 tahun1000 mg / hari
51 - 70 tahun1000 mg / hari
19 - 50 tahun1000 mg / hari (lelaki)
1200 mg / hari (perempuan)
Above 711200 mg / hari

Jadual keperluan kalsium mengikut peringkat umur


[sumber ; http://www.myhealth.gov.my/kalsium-oral/]

Golongan Berisiko Kurang Kalsium

1. Wanita Putus Haid

Kekurangan hormone estrogen dikalangan wanita yang sudah putus haid meningkatkan risiko kurang kalsium kerana hormone ini berperanan dalam penyerapan kalsium.

2. Wanita Yang Tiada Haid

Child Bearing Age ataupun wanita yang tiada haid pada usia muda akan mengalami masalah kekurangan kalsium. Gangguan hormone turut mengakibatkan tubuh mengalami masalah penyerapan kalsium yang sempurna.

3. Masalah Alahan Laktosa Dalam Susu

Terdapat sesetengah individu yang tidak boleh menerima susu kerana mengalami masalah alahan laktosa dalam susu. Ini mengakibatkan mereka tidak memperoleh kalsium secara semulajadi.

4. Lelaki Yang Mempunyai Paras Hormon Yang Rendah

Lelaki menghasilkan hormone testosterone walaupun diusia lanjut. Penghasilan hormone testosterone yang rendah meningkatkan risiko mengalami masalah tulang rapuh atau osteoperosis

Kepentingan Kalsium dan Vitamin D Untuk Tulang Rapuh


Vitamin D sering dikaitkan dengan vitamin yang diperolehi apabila tubuh terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin D turut diperolehi melalui pemakanan seharian seperti pengambilan minyak hati ikan, kuning telur dan juga produk tenusu. 

Vitamin D amat diperlukan terutama sekali dalam meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus. Vitamin D juga membantu penyerapan mineral dalam tulang sekaligus mengurangkan risiko tulang rapuh.

Rawatan Masalah Tulang Rapuh

1. Terapi gentian hormone (Hormone Replacement Theraphy) = membantu wanita yang bakal menopause untuk mengekalkan keupayaan tulang. 

2. Rawatan testosterone bagi lelaki yang mengalami osteoporosis yang dikaitkan dengan kekurangan hormone

3. Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. kadar kerapuhan tulang akan direndahkan manakala proses penghasilannya akan meningkat

4. Kalsitonin hormone yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid menghalang sel yang menyebabkan kerapuhan tulang.

5. Kalsium dan Vitamin D amat diperlukan untuk golongan lelaki dan juga perempuan untuk mengelakkan masalah tulang rapuh

6. Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mengurangkan risiko tulang patah terutama sekali tulang belakang.
[Sumber : http://www.myhealth.gov.my/tulang-rapuh-osteoporosis/]

Cegah Tulang Rapuh Dengan Ostematrix Shaklee

Ostematrix labuan


Testimoni Tulang Rapuh

Testimoni Tulang Rapuh





Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala


Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.


** Semua maklumat tentang produk serta testimony yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH DAN MENCEGAH sebarang peyakit. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit yang memerlu anda mendiagnos, konsultasi serta rawatan susulan sebelum mengambil vitamin **




Tuesday, 2 January 2018

Shaklee Baby ; Set Bayi Selamat

Shaklee labuan



Shaklee baby

Wow... tak sangka Shaklee Malaysia dah lancarkan produk Shaklee Baby. Kalau vitamin yang Shaklee keluarkan sangat semulajadi, apalagi kalau barangan keperluan bayi kan? Mestilah yang betul-betul selamat dan tidak memudaratkan.



Untuk pengetahuan ibu-ibu yang masih mencari set baby yang selamat, Shaklee Baby merangkumi 3 produk dalam 1 set, antaranya Gentle Wash, Soothing Lotion dan Massage Oil. Kalau google sebenarnya banyak lagi produk baby yang dikeluarkan oleh Shaklee, tapi buat masa ini cuma 3 produk ni saja yang di jual di pasaran Malaysia.


1. Gentle Wash

Baby Shaklee Gentle Wash


- Mengandungi chamomile, lavender dan vera organik untuk mententeramkan, menenangkan dan melegakan kulit
- Diuji untuk sensitiviti
- Formula yang tidak pedihkan mata

2. Soothing Lotion

Baby Shaklee soothing lotion


- Losyen yang lembut ini mengandungi chamomile, lavender, minyak rosmeri, minyak vanilla, minyak bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter organic
- Kelembapan optimum
- Menenangkan dan melegakan kulit
- Mengembalikan nutrient kulit

3. Massage Oil

Baby Shaklee Massage oil


- Minyak urut yang sangat lembut ini sememangnya sempurna untuk mengurut bayi anda pada bila-bila masa ataupun digunakan sebagai pelembap selepas mandian.

Bestkan kalau ada bau baby?... hihihi
Lepas ni, untuk ibu-ibu yang rasa was-was dengan produk baby yang dijual dipasaran, mungkin boleh cuba set Shaklee Baby ni. 


Shaklee labuan

Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala


Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.


Sunday, 24 December 2017

Set Youth Shaklee Bebas Paraben

Tahun 2018 adalah tahun yang dinantikan sebab Shaklee akan release skincare product terbaru.. yeayyy !!!! Set Youth yang akan menggantikan Nutri White. Tak sabar rasanya nak tunggu BLC on February nanti sebab SID je layak beli Set Youth ni sebelum dijual kepada pengguna Shaklee yang lain. 


Kandungan produk penjagaan kulit Shaklee ni sudah pun dipatenkan dimana set lengkap Youth mampu membantu menangani kesan penuaan kulit wajah sehingga ketahap sel. Penghasilan semula sel-sel ini dapat membantu untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin yang membantu kulit wajah lebih muda.

Keistimewaan Set Youth Shaklee

Penyelidikan Set Youth selama 8 tahun meyakinkan pengguna untuk memiliki set ini. Antara keistimewaan Youth adalah ;

1. Mempunyai 8 patent khas
2. 100 % di hasilkan dari tumbuh-tumbuhan
3. Bebas GLUTEN
4. Bebas diuji ke atas haiwan
5. Bebas dari 2500 bahan kimia yang boleh merosakkan kulit wajah

Kajian Klinikal Set Youth Shaklee

Rangkaian penjagaan kulit Youth Shaklee telah diuji secara klinikal yang terbukti berkesan dimana ia melibatkan analisa terhadap 7 perubahan pada kulit wajah dimana ianya merangkumi

1. Kedutan di wajah
2. Saiz pori di wajah
3. Ton warna kulit
4. Ketegangan kulit
5. Tekstur kulit
6. Pigmentasi pada kulit wajah
7. Kecerahan kulit

Langkah Penjagaan Kulit Wajah Dengan Youth Shaklee

Set penjagaan kulit wajah Youth Shaklee telah diformulasikan mengikut 5 langkah untuk penjagaan serta 1 bonus langkah untuk menceriakan kulit wajah. Antara langkah penjagaan kulit Youth Shaklee adalah ;

1. Mencuci
2. Menyegar
3. Mengaktif
4. Melindungi
5. Merawat
6. Menceriakan 

Langkah pertama ; YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER

Youth Luminous Geli Oil Cleanser Shaklee


Pembersih wajah dengan pH seimbang bukan sabun 3 dalam 1. Pembersih ini memcuci wajah secara lembut, membersih dan persediaan kulit kita untuk produk Youth yang seterusnya.

Langkah kedua ; YOUTH PERFECTING SKIN TONER

Youth Perfect Skin Toner Shaklee


Membantu menutup semula pori-pori terbuka serta menyuburkan kulit

Langkah ketiga ; YOUTH ACTIVATING SERUM

Youth Activating Serum Shaklee


Memulih serta memperbaiki kulit. Serum berteknologi tinggi ini telah dipatenkan dimana Serum Pengaktifan Keanjalan memiliki 10 kali bahan aktif untuk memperbaiki kulit pada tahap sel. Hasilnya, kulit akan menyokong penghasilan kolagen serta menjadikan sel-sel kulit lebih muda.

Langkah keempat ; YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER SPF30

Youth Age Defense Moisturizer


Krim pelembap yang memberi perlindungan dari sinaran matahari SPF 30 UVA / UVB spectrum luas tanpa kimia. Turut melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar terutama sekali radikal bebas. Krim ini dihasilkan dari bahan semulajadi dan biopolymer dari hidupan laut.

Langkah kelima ; YOUTH ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM (RICH OR LIGHT)

Youth Advanced Renewal Night Cream


Menghidrat serta melembutkan kulit jauh ke dalam kulit semasa tidur. Krim malam ini menyokong pembaharuan sel kulit pada waktu malam. Dihasilkan dari ramuan botani propretari Shaklee yang akan membantu penghasilan kolagen dan elastin untuk kulit lebih muda, licin serta bercahaya

Penjagaan Kulit Tambahan

RADIANCE    C + E    CAPSULE

Radiance C E Shaklee
Dengan kelebihan 20% Vitamin C tulen membantu menyihatkan kulit serta mengurangkan bintik-bintik hitam akibat kesan penuaan. Ia juga melicinkan tekstur kulit serta mencerahkan warna kulit. Kapsul ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, biadegradable dan tidak menggunakan bahan pengawet.

BB CREAM

BB Cream Shaklee


Krim kecantikkan dengan fungsi 5 dalam 1ini menyediakan lapisan sempurna untuk tekstur kulit kita. BB Cream juga memperbaiki, menghidrat, menyuburkan serta melindung. Krim ini mempunyai fungsi tambahan pelindung matahari dari bahan semulajadi untuk menyediakan perlindungan SPF 30 UVA / UVB spectrum luas tanpa kimia

Rangkaian kulit Youth Shaklee telah diuji secara klinikal oleh pakar Ophthalmologist membuktikan bahawa skincare ini selamat untuk mata, tidak merengsa walaupun pada mata yang sensitive

Jom kita lihat testimoni Youth yang telah menggunakannya ;


Testimoni Youth Shaklee

Testimoni Youth Shaklee

Testimoni Youth Shaklee

Testimoni Youth Shaklee

Testimoni Youth Shaklee


Testimoni Youth Shaklee

Testimoni Youth Shaklee

Jika Shaklee pilihan anda , pastinya Shaklee akan memberikan yang terbaik. Hubungi saya untuk maklumat produk serta konsultasi secara percuma


Pengedar Shaklee Labuan

Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

Friday, 22 December 2017

Tips Menabung Dengan Efisyen Ikut Konsep 6 Jars T Harv Eker

Dalam soal duit, istilah cukup memang tak pernah wujud. Makin besar pendapatan , semakin lah besar keraknya. Tak hairanlah walaupun gaji puluhan ribu, masih ada keluahan "Gaji tak cukup". 

Tips menabung

Saya pun masih cuba mendidik diri untuk berbelanja mengikut keperluan, walaupun ada masanya terkeluar dari landasan. Shopping paling bahaya adalah shopping dihujung jari, memang sadis nafsu shopping ni. Tau tau duit gaji makin sikit je... huhuhuhu...

Sepanjang tahun 2017 saya buat tabungan hanya untuk beberapa perkara penting je. Antaranya ;

Tabungan roadtax dan perbelanjaan kereta
Tabungan anak sekolah tahun 2018 
Tabungan ke akaun CIMB anak
Tabungan kucing (Jangan gelak)
Tabungan simpanan bulanan

Peratus tabungan ini ikut kemampuan diri. Jangan buat sampai rasa terbeban dan ikat perut berabis. Tabungan ni wujud setelah ditolak hutang piutang setiap bulan seperti bil telefon, sewa rumah, bayaran kereta, kad kredit, belanja mak abah, hutang PTPTN serta insuran diri.

Untuk tahun 2017 ni juga saya wujudkan akaun SSPNi anak untuk keperluan pembelajaran mereka akan datang. Bagusnya SSPNi bersekali dengan insuran anak walaupun suami sudah adakan insuran kami sekeluarga. 

Apa Kelebihan Menabung?

1. Meningkatkan pendapatan
2. Meningkatkan kualiti hidup
3. Membiayai pendidikan
4. Membeli rumah
5. Tanggungjawab berumahtangga
6. Membeli barang keperluan
7. Keselesaan hidup dalam persaraan
8. Berdikari dalam pengurusan kewangan
9. Kecemasan

Di sini saya kongsikan beberapa tips tabungan yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang berhasrat untuk menabung agar tidak menyusahkan diri dan orang lain pada masa akan datang. Peratus tabungan bolehlah dipotong mengikut jumlah pendapatan masing.

Tabungan ini adalah berdasarkan konsep 6 Jars yang telah diasaskan oleh  T Harv Eker yang mendidik agar menabung dengan lebih efisyen, Secara tidak langsung menjamin Money freedom di masa akan datang. Tabungan ke 7 adalah untuk ibubapa supaya kita sentiasa beringat dengan jasa mak abah yang telah membesarkan kita. Tiada pun dalam konsep 6 Jars oleh T Harv Eker, cuma atas kesedaran diri masing-masing.

Apa itu konsep tabungan 6 Jars T Harv Eker?

Tips Menabung 6 Jars T Harv Eker


1. NEC (Necessity Account) 55%

Tabungan untuk keperluan dan perbelanjaan keperluan contohnya belanja harian, bil-bil, keperluan anak-anak

2. EDU (Educational Account) 10%

Tabungan untuk pembelajaran anak-anak seperti buku, yuran tuisyen

3. LTSS (Long Term  Saving For Spending) 10%

Tabungan untuk sesuatu keperluan yang memerlukan jumlah yang banyak seperti pembelian perumahan, tanah

4. FFA (Financial Freedom Account) 10%

Tabungan untuk hari tua

5. PLAY (Leisure) 10%

Tabungan untuk hobi contohnya melancong

6. GIVE (Charity) 5%

Tabungan untuk kebajikan

7. PARENTS (Ibubapa) 

Tabungan ibu bapa ini termasuklah peruntukkan yang saya sediakan untuk keperluan pembelian vitamin Shaklee. Apa guna jual vitamin Shaklee tapi langsung tiada bahagian untuk ibu bapa. 

Untuk tahun 2018, saya akan cuba meningkatkan lagi disiplin menabung agar dapat menyediakan ketujuh tujuh tabungan. Walaupun agak susah nak kikis sawan shopping online tu .. hehehhe

Pengedar Shaklee Labuan

Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.




Thursday, 21 December 2017

Kenapa Makanan Berwarna Ungu Sangat Power? Vivix Shaklee

Bila balik semenanjung, memang agak gilalah tengok sayur dan buah buahan yang bermacam jenis. Bukan saja macam macam jenis, macam macam warna pun ada. Dari warna putih, hijau, merah, oren sampailah ke warna ungu pun ada. Saya ni agak berani untuk cuba macam-macam buah dan sayur-sayuran yang berwarna warni, almaklumlah tak takut telan sayur. Semua pun bedal sebab saya tau khasiat sayur dan buah berbeza berdasarkan warna. 



Kalau sayur warna hijau biasanya kaya klorofil, mampu meningkatkan kealkalian tubuh badan kalau diamalkan, insyaAllah dapat mencegah dari kanser.

Kalau sayur / buah warna oren katanya tinggi beta kerotin, sangat baik untuk mata. Phytonutrient seperti Beta-Cryptothanxin, karotenoid, zeaxanthin dan lutein yang terdapat dalam tumbuhan berwarna oren memberi zat dalam pembentukkan sel serta mencegah penyakit jantung.

Amalan memakan tumbuhan berwarna merah dapat mencegah masalah prostat, menurunkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kolesterol. 

Manakala tumbuhan berwarna putih pula mampu membantu menyeimbangkan hormon.

Tumbuhan Berwarna Ungu Yang Superpower

Tumbuhan berwarna ungu adalah disebabkan kehadiran phytonutrient yang dikenali sebagai anthocyanins yang merupakan salah satu bahan yang  terdapat dalam flavonoids. Selain memberi warna ungu pada sayuran dan tumbuhan, kehadiran anthocyanin ini sangat diperlukan oleh tubuh agar dapat mencegah penyakit kanser. Bahan antioksida ini kalau nak tahu tidak dihasilkan oleh tubuh, tapi sangat bermanfaat dalam mencegah sel tubuh dari rosak 

1. Plum




Buah yang sangat comel dan sangat sayang nak makan. Kebiasaannya saya beli memang dapat yang manis, tapi ada masa kurang bernasib baik manisnya kurang. Jika dimakan bersama kulit, khasiatnya 20 kali ganda antioksida berbanding isi didalam.

2. Berri



Strawberi, mulberi, blueberi dan segala adik beradik berri yang meningkatkan kemampuan otak dan juga mood. terdapat kajian yang mengatakan berri sangat baik untuk perkembangan otak kanak-kanak

3. Kentang ungu



Makan kentang ungu dengan kulitnya sekali. Selain dari kandungan anthocyanins, kentang ungu memiliki 2-3 kali lebih kebaikan berbanding kentang berwarna lain kerana kandungan potassium, magnesium, vitamin C dan fiber yang tinggi.

4. Ceri



Ceri mampu menurunkan kadar tekanan darah serta memastikan saluran darah dalam keadaan baik. Pengidap masalah sendi seperti osteoarthritis dan gout patut amalkan ceri supaya mengurangkan keradangan yang disebabkan penghasilan kristal disekeliling sendi. Ceri juga mencegah kanser, masalah jantung dan kencing manis.

5. Anggur



Kandungan resveratrol yang terdapat dalam anggur terutama anggur muskat meningkatkan lagi keupayaan tumbuhan ini untuk memelihara sel agar sihat yang boleh membawa kepada penyakit kronik. Mengikut kajian klinikal, resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil akibat pencemaran

6. Lobak Ungu

Semua jenis lobak memiliki paras kalori yang rendah serta memiliki serat diet yang tinggi, vitamin K, vitamin C, potassium dan mangan. Kesemua jenis lobak (kecuali lobak putih) membekalkan carotenoid yang didapati mampu melawan beberapa jenis kanser serta meningkatkan imun terhadap serangan penyakit. Akan tetapi, lobak ungu dipercayai memiliki kadar antioksida yang tinggi kerana kehadiran anthocyanins

7. Kobis Ungu



Warna ungu yang cantik pada kobis ungu kadang-kadang rasa sayang nak makan. Kandungan anthocyanins yang terdapat dalam kubis ungu lebih mudah digunakan oleh tubuh jika ia di masak. Jika ia ditapai untuk membuat kimci, kubis ungu sangat baik sebagai makanan probiotik yang mampu mencegah serangan bakteria, mencerna makanan dengan baik serta menyerap nutrient dengan sempurna


Apakah Kebaikan Makanan Berwarna Ungu?

Makanan Berwarna Ungu Mencegah Ulser


Bahan antioksida yang terdapat di dalam makanan berwarna ungu mencegah terjadinya ulser perut yang disebabkan tidak balas bahan kimia.

Makanan Berwarna Ungu Bagus Untuk Hati

Hati merupakan organ penapis yang akan menapis logam berat yang masuk ke tubuh melalui pemakanan. Makanan berwarna ungu yang terkenal dengan kandungan antioksida yang tinggi yang boleh mengurangkan risiko kerosakkan hati.

Makanan Berwarna Ungu Baik Untuk Kesihatan Jantung

Memiliki kadar lemak yang rendah dan diperkaya dengan kandungan nutrient yang tinggi menjadikan makanan berwarna ungu mampu mengekalkan berat badan yang sihat sekaligus mencegah dari diserang masalah jantung. anthocyanins yang dipunyai oleh makanan berwarna ungu dipercayai mampu menurunkan paras kolestrol jahat serta meningkatkan kolesterol baik seterusnya memelihara kesihatan jantung

Makanan Berwarna Ungu Mencegah Jangkitan Kuman Pada Salur Air Kencing


Kita sangat disarankan untuk mengambil hidangan sayur-sayuran atau buah-buahan setiap hari. Selain dari membekalkan vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran turut membekalkan serat serta memastikan tubuh kekal sihat. Akan tetapi ada beberapa sebab mengapa anda perlu pilih tumbuh-tumbuhan dan buah buahan berwarna ungu

Makanan Berwarna Ungu Mengurangkan Keradangan

Apabila tubuh badan mengalami masalah kesihatan, tubuh akan menghantar isyarat dengan cara tubuh menunjukkan keradangan akibat penyakit yang dihadapi. Makanan tinggi antioksida diperlukan agar tubuh mampu melawan semula penyakit yang dihadapi.


Vivix Shaklee Makanan SuperPower 



1. Anggur Muscadine


Anggur Muscadine merupakan satu-satunya jenis anggur yang memiliki lebih satu kromosom, dimana ahli saintis percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Ia memiliki asid allergik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai dalam anggur yang lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

Kajian sains oleh Universiti Georgia telah membangunkan satu proses estraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu estrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi. Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat di dalam Vivix, ahli sains telah mengabungkan resveratrol yang terlampau tulen dengan estrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Lobak Unggu. Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix
  
2. Elderberry Eropah (Sambucus Nigra)



Vivix Shaklee


Elderberry mampu mengubati simptom flu, terutama sekali Influenza B. Berry mengandungi flovonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria. Elderberry turut kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin yang memberi kesan anti radang. Ia juga mengurangkan simptom seperti sakit otot sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.

Elderberry tidak hanya kaya dengan antioksida, tetapi juga kaya dengan vitamin A, B dan C dan juga nutrien seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. Elderberry turut berkesan terhadap masalah seperti flu, jangkitan yeast, asma, batuk, sesak hidung dan dada  diabetes. Ia juga mampu merendahkan tahap kolestrol dan menghalang oksidasi kolestrol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.

Kesimpulannya, Elderberry mampu memberi  perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk, strok dan serangan sakit jantung. Manfaat lain dari Elderberry adalah mengurangkan stress, memperbaiki penghadaman dan penglihatan


3. Lobak Ungu  (Purple Carrot)




Lobak Ungu merupakan sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins memberi warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran, Berry banyak mengandungi anthocyanins, terutama sekali Blueberry, yang mengandungi antioksidan yang tinggi. 

Anthocyanins adalah antioksidan utama yang terdapat dalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren, manakala lobak ungu-kuning memiliki kapasiti antioksidan yang paling tinggi. Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua jenis lobak. Asid Klorogenik dipercayai mampu mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi. 


4. Polygonum Cuspidatum 


Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun), merupakan tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia. Banyak juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun merupakan sumber komersial Resveratrol yang juga terdapat dalam estrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.



Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan cina. Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal ke atas haiwan untuk menentukan manfaat kesihatan resveratrol. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratol membantu melambatkan proses  penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet, dan mengurangkan berat badan.

Kebaikan Vivix

Pengedar Shaklee Labuan


Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.